kengkawan

October 28, 2010

Angkara Private & Confidential

Hari ini.. Satu peristiwa yang buat aku terfikir pew  salah aku...
Aku tidak tahu pew yang telah aku lakukan..
Once aku salah ramai yang akan mention aku ini sebagai pesalah...
Tapi aku??? aku pendam..sebab nilai persahabatan.. aku tidak anggap nya sebagai kawan.. tapi sahabat. yang tinggi martabatnya aku letakkan..


aku bukanlah manusia yang baik..aku insan yang lemah.teramat lemah..  


Kisah Ini terjadi di Dalam library..


  Hanya kerana perkataan Private & confidential??? nonsense...
Aku just nak bercanda macam mana orang lain cuba lakukan..
keadaan ketika itu, setelah dia menghantar assignment aku bertanya kan jawapan bagi soalan tertentu.. aku tahu kau senyum bermakna.maksudku,kau tidak mampu menerangkan..lantas kau capai kertas assignment mu pada ku... tika itu mulut ku mengeluarkan kata-kata itu...
"Private & Confidential".. 


Hanya dengan ayat itu buat kau terasa?? Adakah terlalu tajam gurauan ku sehingga kau jaja cerita ini... Dan semua orang menyalahkan aku...


Kau baru hari ini mengalirkan air mata..tapi aku.. acapkali... setiap hari wahai sahabat..
Bagaimana sakit kau ketepikan aku...kau buat kerja tanpa pedulikan aku..kau kata "dah tau de klas pandai2 la dtg"..


Aku diam Tanpa berkata... tapi kau?? Hanya perkataan "private & confidential" kau jaja seluruh alam...


Adakah adil bagi aku?? kalau kau tidak anggap aku sahabat mu. Adilkan bagi aku sebagai manusia?? adil kah??


Aku tidak salahkan kau.. mungkin semua ini kekhilafan aku sebagai manusia... aku naif dalam berbahasa.. aku naif dalam bersahabat..


1000 kemaafan aku lontarkan atas kata-kata ku... Hati ku bersarang serba salah.. Dan aku tahu itu hak kau nak bercerita... tapi aku kesal..kerna perkara yang tidak seberapa..kau jaja. hingga ada yang mengherdik aku di laman maya.. aku pasrah..kerna kebinasaan mulut ku..


sekali lagi ku pohon maaf...
Kau tetap SAHABAT!!!!!



1 comment:

  1. silau nyer bace belog kaw..
    tuka la kaler pink tu k..
    kurang seswai..
    =)

    ReplyDelete