kengkawan

February 9, 2011

~Kerana Dia~

~ Pasai Dia~

        Pew pandangan korang istilah “Tikam Belakang”.

Aku nak share something hari nie.

Aku memang ramai kawan. Tapi aku tak punya sahabat. Aku nie memang bengkeng orang nye. Sebab aku nie tak suka berlengah. Aku banyak melakukan silap. Terlalu banyak. Tapi aku tak pernah khianati kawan.

Bagi aku, kawan itu permata. Susah nak dapat, dan sayang nak lepaskan.

Tapi, bagi manusia yang suke amalkan “TIKAM BELAKANG” nie, dia tak rase serba salah kew? Aku pon tak tahu lah.

Perkara ini terjadi pada aku.

Dahulu ( time aku muda ), aku de sorang kawan yang aku anggap dia tu sahabat aku. Kemane aku pergi, pasti bersamanya. Susah senang kami harungi bersama. DIA seorang gadis yang cantik. Kulit warna kuning langsat. Hidung yang mancung, pipi tak tersorong, lemah lembut, pemalu, cirri-ciri isteri solehah memang ade la pada DIA.

Kami rapat semua orang tahu. Tak dapat disangkal lagi. Aku ade masalah pada DIA la aku luahkan. DIA pon begitu. Kami serasi bersama.

“ku sangkakan hujan sampai ke petang, akhirnya hujan di tengah hari”

Keakraban kami telah berakhir. Tu semua terjadi semenjak DIA temui teman baru. Teman DIA cantik, pandai, peramah dan yang penting ngam la dengan DIA.

Sejak itu, aku disisih kan. Makan aku sendirian, aku jadi seorang yang pendendam.

Tapi, bila DIA ditimpa masalah, aku di cari. Mana perginya teman DIA. Best friends forever katenya. Hanya tinggal janji. Pe manfaat yang DIA dapat, dia lakukan seperti aku tak dek perasaan. Aku sakit, aku nangis. Tak de sape peduli.

Dan kini, aku tidak lagi begitu. Hati aku keras kerikil. Tidak aku bia orang pergunakan aku. Aku kini tau yang aku juga punya kelebihan tersendiri, walaupon aku tidak secantik DIA.


p/s:: adakah anda sepertinya.
:: ingatlah, hati manusia mudah dapat, tak mudah di jaga.
:: tak ada sahabat sejati dalam dunia zaman kini, yang ada hanya teman khianati.
:: ambil langkah berjaga-jaga.

No comments:

Post a Comment