kengkawan

May 18, 2011

POLKA DOT DALAM HIDUP GADIS

asalamualaikum

hai readers. hai bloggers. hai followers. hai semua. isma betolbetol mengambil masa hari ini untuk menaip entry. hari yang membuzykan. hari sambutan pendidik di kolej yang kurang menyengit. huh. kecian aku tengok all my lecturer. student kolej isma ni tak appreciate langsung jasa lecturer. pada semua lecturer KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA. sorry. bagi isma jasa lecturers tak terbalas hingga akhir hayat.


tapi pagi buta ni. bukan isma nak cerita tentang apa yang terjadi pagi semalam. tapi isma nak kongsi sikit cerita seorang gadis yang kerdil. bukan dia pendek tau. tinggi dia 160cm. tinggi la jugak. ini kerdil dari segi hati dan nurani. ceeehhhwaahh. tapi ini kisah benar. bukan rekaan.



pada suatu hari. seorang gadis yang cukup peramah dan talkative keluar dari hostel pada hari cuti. bukan niatnya mencari masalah. tetapi hanya mengeluarkan peluh setelah sihat dari demam. 
semasa gadis  menunggu komuter untuk menuju ke subang parade. dia mendapat panggilan dari seorang yang bergelar kawan.

" nak ajak overnite? lin,aku bukan tak mau. tapi aku tak pernah overnite. lagipon aku ni takut anything happen kat aku," terang gadis itu pada kawannya lin.

setelah diberi jaminan oleh lin. maka. gadis tu pon setuju. tempat jumpa di empire subang. so, senang la. gadis  pon nak ke subang.

setiba di empire. bukan sahaja kawan gadis itu, lin. tetapi ramai yang turut serta. ada lelaki. ada jugak perempuan. mula-mula perancangan nak overnite sekitar KL. tetapi last minutes seorang lelaki, razif ubah plan ke genting. gadis sudah tidak senang duduk.

sms gadis: abg, sayang nak ikut kawan overnite genting boleh? kawan sayang perempuan,lin. dengan kawankawan dia. ada lelaki ada perempuan.

sms tunang: abg tak kisah sayang. janji sayang pandai jaga diri. abg tak mahu kongkong sayang. 

gadis pon setuju ke genting. Lin menghampiri gadis dengan muka serba salah. 

"gadis, aku kena balik U kejap. nak ambil barang. then hantar member aku. so, ko naik dengan tasya okey. nanti turun genting ko naik kete dengan aku."

"okey. no hal. aku pon dah kenal tasya. so, aku tak la takut sangat"

sebelom nak masuk kedalam kereta. razif [anak tan sri mana tah] belanja gadis baskin robin. cup besar lagi. semasa dalam perjalanan, mereka singgah 7-eleven. beli air. dan gadis diberi air HOME SOY.

sms tunang: sayang kat mana ni? 
sms gadis: sayang dalam kete. tadi singgah 7-eleven. mereka beli air. ni sayang tak naik dengan lin. naik kereta dengan kawan lin,tasya.
sms tunang: sayang tak beli air. nanti dahaga plak. sayang jaga diri. abg risau.
sms gadis: tak beli. sebab mereka belanja. 
sms tunang: tak yah minum la sayang. abg tak sedap hati.
sms gadis: sayang dah minum dah

10 minit selepas gadis minum. gadis pening kepala. pening yang teramat sangat. kereta membelah di lebuhraya persekutuan. tanpa ragu, gadis bagi tahu tasya. yang dia mahu pulang. tasya tak sedap hati. lalu tunang tasya syak bahawa air yang di minum gadis di campur dengan sesuatu. 

tunang tasya menghantar gadis pulang ke kolej untuk menjaga keselamatan gadis. kereta milik razif dan kawanya follow di belakang.

"apasal. gadis nak ambil baju kew? "

tak. gadis tak ikut kita"

"ape sal plak. tadi dah janji nak ikut."

"gadis pening. dia baru baik demam."

"alah. dah naik genting nanti tak pening la."

tunang tasya arah gadis masuk kolej segera. terhuyung hayang gadis jalan masuk pagar kolej.

call tunang: sayang. pening pala kew?. abg rasa mereka masukkan something kat air sayang tadi.
sayang. kenapa senyap. sayang jangan macam ni. abg risau. abg jauh sayang. pliss jangan macam ni. sayang cakap ape ni. kenapa merapu macam ni. sayang khayal ni.

5 jam selepas itu gadis sedar. dan call tunangnya. menurut tunang nya. gadis hilang pertimbangan. lalok. tak sedarkan diri. kawan tunang gadis yang dengar suara gadis masa lalok bagi tahu gadis terkena 'ice'. sejenis dadah yang mengkhayalkan.


ini kisah benar. dan gadis itu sekarang dalam keadaan fobia dan mengasingkan diri dari orang lain. dari gadis seorang yang ceria. talkative. kini pendiam dan mengasingkan diri dari umum. 

pada gadis diluar sana. anda memang tidak selamat. berhatihati. 





1 comment: