kengkawan

June 14, 2011

ANTARA HATI DAN BUDI

ASSALAMUALAIKUM

setiap tahun ada 12 bulan 52 minggu 365 hari 8,760 jam dan 525,600 minit. umur aku 20 tahun. bererti sudah 240 bulan 7300 hari 175,200 jam dan 10,512,000 minit aku telah hidup di dunia. dalam tempoh yang agak lama. pernah tak aku fikir soal hati dan budi. kompom la pernah. terutama soal hati. hati hari hari aku dok fikir. kompom punye lah.

aku selalu tanya apa yang ada dalam hati aku. dengki, gembira. atau sedey. hati aku sering bicara tentang rindu. ya. rindu dengan kehidupan lampau. rindu dengan keadaan dahulu. rindu pada incik sayang jugak termasuk tau. tidak pernah aku singgkirkan. wajib. ecehh. gedik nya aku sekarang ni.

back to the topic,


antara hati dan budi?? aku terfikir. kalau diberi pilihan antara hati dan budi. korang pilih yang mana. orang cakap. pilihan hati adalah hakiki. tapi aku tak fikir macam itu. pilihan hati kadang kadang membawa kepada pembunuhan diri. tetapi kalau hati itu penuh dengan sifat nurani. kompom la tepat pilihan hatinya.


pilihan pada sang budi. hutang budi dibawa mati. ini memang aku yakin benarnya. hutang budi bukan buleh dibayar dengan wang ringgit. bukan buleh diganti dengan tongkol emas. bukan buleh di tukar dengan pizza hut. tak buleh derr. hutang budi ni sebagai galang ganti diri di akhirat. mungkin buleh dijadikan amalan untuk bantu masuk syurga. kita tak tahukan.


tapi itu kalau pilihan yang rawak. pilihan untuk soalan. tapi, macam mana dengan pilihan jodoh?? oppssss. terkeluar sikit dari scoopp lisan. ini lebih dari hati.

apa pilihan korang?? insan yang korang cintai yang berjanji sehidup semati atau insan yang telah membantu selamatkan insan yang korang sayang??
aku yakin korang pasti berada dalam dilema kalau berada dalam situasi ini. kalau aku pon menggaban cari penyelesaian. mana tak nya. soal hidup mati ini bukan buleh dibukan play play. kena fikir cook cook. salah pilih kebabom kita nanti.

masalah ini seolah olah bom yang bakal meletop di atas perot. atau keadaan periuk kera dibawah tapak kaki. salah langkah... bboooommmmmmm!!!!!!!!. bersepai daging badan, masa itu?? fuh. berpeluh jugaklah nak fikir jalan yang baik.

pilihan hati??

apa yang akan terjadi kalau pilihan hati dipilih??
dua hati akan bersatu. satu hati pulak merana tak ketahuan hala. meraung kemain lagi. siap ugutan membunuh diri kalau diri tak beriman. dalam masa yang sama penyesalan akan terjadi. ye la kita hanya fikirkan soal hati kita. bagaimana dengan orang sekeliling. family yang tidak merestui kerana kita tidak mengenang budi. dan cinta yang bersemi bukan menyembuhkan malah menyakitkan.

pilihan budi??

apa yang bakal terjadi jika budi dipilih?
dua hati akan merana, sensara. tetapi ramai insan yang tersenyum gelak tawa. mungkin ada jugak aksi membunuh diri jika iman tidak kuat di dada. tapi, pilihan hati mengalami kesukaran untuk bahagia. akibatnya berlaku persengketaan rumahtangga. dan berisiko besar berlaku percakaran. dan tidak mustahil berlaku percurangan atau berlaku penderaan mental dan fizikal kerana belum pernah mengenali lebih dalam.


kedua mengalami risiko yang besar. dan mungkin merungsingkan kedua belah pihak.

jadi apa yang patut dilakukan??? mohon pertolongna dari yang ESA. kompom masalah selesai. tapi hati kena la ikhlas. jangan ada sifat jahat. nawaitu salah. jawapan pon akan salah.

cara yang terbaik elak dari termakan budi orang. sebab kadang kadang yang menabur budi ini tidak ikhlas. kalau ada yang ikhlas, mesti jadi perasaan simpati. andai termakan budi orang itu. cari lah penyelesaian. jangan terkena perangkap yang membebankan.


jaga jaga dengan mainan dunia. tidak semua orang di dunia ini ikhlas. jangan terlalu bersangka baik. jangan pulak terlebih bersangka buruk. bersederhana. itu adalah yang terbaik..


tips hari ini:::

> berhati hati dengan insan yang berlainan jantina. berkawan lah perempuan sama perempuan. lelaki sama lelaki.
> jangan mudah percaya dengan orang yang kita baru kenal. dan jangan pulak terlalu percaya orang yang kita rapat. kawan makan kawan tak mustahil terjadikan???
> hindari dengan orang yang tetibe je nak rapat dengan kita. berhati hatilah.

tips ini bukan nak suruh korang bersangka buruk tapi lebih kepada berhati hati. orang zaman sekarang mudah sangat gelap mata bila terjebak dengan wang dan kesenangan.

info::: wang dan harta musuh utama manusia!!!!!

No comments:

Post a Comment