kengkawan

June 17, 2011

ANTARA PELACUR DAN USTAZAH

ASSALAMUALAIKUM

dua karekter yang berbeza. dan terlalu berbeza. ini bukan cerita rekaan. tapi ini cerita benar yang akan dipertimbangkan kebenaran nya. dan mungkin menjadi tanda tanya buat kita.

aku aku peraban petang petang yang indah ini. indah kew?? indah lah buat aku. menikmati petang yang redup dengan lempeng pisang dengan kopi panas. peerrrggghhh.. memang best wo. eh. aku bukan nak cerita pasal cara buat lempeng pisang atau cara nak bancuh kopi panas. tak. nak cerita kisah ustazan dan seorang pelacur.


korang  baca paper tak baru baru ini. gempar pasal seorang ustazah kena tahan dan didakwa sebab bersubahat dengan suami merogol anak sendiri. yang lebih memilukan apabila ustazah tu tutup mulut anak nya dari menjerit. subahanallah... manusia sekarang ni hilang sudah sifat kemanusiaan. tak kasihan ke tengok anak menangis merayu minta simpati agar tidak di apa apakan. tak ada sekelumit perasaan simpati ke dalam hati ustazah itu..

hati tidak seindah nama. orang yang menjadi sanjungan kini bertukar jadi binatang dalam sekelip mata je. jahilnya manusia. aku tahu. menurut perintah suami itu adalah wajib. tapi perintah yang baik. dan tidak memberi sebarang kemudaratan. aku tahu syurga seorang isteri dibawah kaki suami. tapi bukan pada suami yag bernafsukan binatang.

aku kesal dengan sikap insan bergelar ustazah ini. seorang yang tahu syariat agama. seorang yang tahu tuntutan allah. tapi, tewas dalam gengaman bisikan syaitan. halus sungguh permainan syaitan ini. aku nak marah ustazah ini pun tak buleh jugak. mungkin diugut? atau ada masalah lain yang kita tak tahu.


berlainan pulak dengan kisah seorang perempuan yang berkerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan. sedap je bunyi kerja ini. padahal GRO. telah di desak untuk menjadi pelacur oleh suaminya. ini satu lagi. suami yang bersifat binatang. berhati syaitan. perempuan yang daif menurut perintah  seorang suami yang konon nya buleh berada di syurga bila mati kelak.

apa jadi pada pelacur ini. meringkuk dalam penjara. membunuh suami yang dikasihi kerana cubaan merogol anak gadis nya yang berusia 14 tahun. walaupun sering dihina oleh masyarakat sekeliling. masih ada sifat kemanusiaan dilam hati. sanggup membunuh suami yang konon menjamin syurga demi maruah seorang anak yang cuba dinodai oleh bapa sendiri.


aku bukan la nak cakap tak bagus jadi ustazah. tapi jaminan syurga bukan pada seorang yang bergelar ustazah sahaja. manusia boleh goyang bila syaitan mula merasuk. ttak kira lah ustazah ke pelacur ke. tetap syaitan ini menodai jiwa hamba ALLAH.


dan aku pulak tidak suruh korang jadi pelacur. tak. perempuan itu tak nak pon diri nya jadi pelacur. tapi, jangan hina orang kalau kita tak tahu apa yang terjadi antara mereka.


aku??? bukan main hebat bersyarah. perrgghh. padahal bukan baik sangat pon. dan aku sedar itu. jadi, jom tengok AL-KULIAH di Tv3.

AL-KULIAH:: mujahid angkasa lepas

7 comments:

  1. hurm..no comment..tp itulah umat akhir zaman...

    ReplyDelete
  2. dunia sekarang weh..tak tau dah cmne nak knal org baik dgn orang tak baik.

    ReplyDelete
  3. adeh, macam-macamhal manusia zaman sekarang ni.sedih betul bila baca cerita macam ni

    ReplyDelete
  4. tu la. manusia akhir zaman... berdoa agar kita tidak begitu...

    ReplyDelete
  5. manusia kini macam2 sikapnya..
    tak sempat tgk al kuliyah tadi..

    ReplyDelete
  6. biase la tu esma..manusia kan suke judge people by its cover..

    ReplyDelete