kengkawan

June 12, 2011

CUTI CUTI DAN CUTI

ASSALAMUALAIKUM

selama seminggu aku hilang. eh. bukan aku kena culik.. tak okey. aku pulang kampung. almaklumla cuti semester la katakan. orang lain dah sibuk dengan kuliah and klas. aku baru nak cuti. haha. tak apa. benefit kat situ. senang la nak dapat tiket. sebab orang lain dok sibuk kelas. aku pulak sibuk nak balik.

kat rumah aku ni line nya memang la sadis. aku nak on9 pon kena cari line. dah macam guna hanfon dolu-dolu ja. almaklum la. kampung. bak kata incik sayang aku. hulu la katakan. memang payah nak dapat line. suke-suke dia cakap aku duduk hulu. mentang mentang dia bandar. ciss... yang hulu ini jugak la dia sangkut. padan muke. couple la dengan cik hulu ni.


aku bukan nak cerita pasal incik sayang aku tau. aku nak tinggalkan dia sekejap. haha. padan muka dia..


best tau cuti. dapat habiskan masa kat rumah dengan seaman-amannya. katil aku. perrrhhhhh empuk gila. aku suka. aku suka.
duduk kat rumah memang banyak la activiti aku. tolong mak aku kat dapur. kemas rumah. kemas bilik aku. kemas segala serba serbi aku buat.


memasak?? aku suka. aku la wanita yang suke memasak. haha, jangan jeles okey aku ini ada ciri-ciri calon isteri pilihan. cewah. ada bakat tak?? mesti lah ada kan. okey. okey.sila muntah okey.

semalam aku habiskn masa didapur. mak ajar aku buat aiskrim. yummy. sedap. rasa macam aiskrim nestle tau. perisa vinilla pulak tu. memang sedap. tapi agak penat jugak la nak putar aiskrim tu sampai kembang nak mampus. tapi hasilnya. memang best. semalam tengahhari aku buat. malam dah aku curi-curi makan. excited. first time makan aiskrim buat sendiri.


petang pulak aku try buat apam polkadot. hehe,. okey yang ini memang kelakar. sebab apam polkadot aku tak naik. macam bantut je. tak gebu langsung. api kuat ke?? api slow ke. aku pon buat la pala sendiri. tukar periuk kukus dengan kuali. taruk air dalam kuali. taruk jaring periuk kukus kat kuali. then aku kukus apam tu guna kuali je.


nak tau resultnya. gebu gila. aku menjerit kat dapur. adik adik aku semua mai. hahaha. tapi tak dapat nak snap gambar. sebab belom sempat aku nak snap apam tu dah tinggal 6 ketul. angkara adik aku melantak tanpa tunggu aku. hangin aku kemain lagi. rasa nak belasah je budak-budak ini.

projek dapur untuk hari ini??? ape erk?? cadang nak buat tart telur. agak-agak buleh jadi ke tak erk.
wait and see..
okey la. nak keluar. nak pergi bandar. settle bill digi aku. kang tak pasal pasal aku tak buleh nak on9. sia sia ja. :)

chow dulu okey..

jom bercuti dengan projek dapur bersama ISMA ISMAIL.

1 comment:

  1. haha.apam polkadot yang gebu. cuba buat lagi lepas tu snap cepat2.hehe

    ReplyDelete