kengkawan

June 7, 2011

KERACUNAN MAKANAN BOLEH BUAT HATI SAKIT???

ASSALAMUALAIKUM...



penat hari ini. kaki serius lenguh berjalan2 sekitar KL. hari ini banyak agenda yang aku buat. tu pasal lah tak sedar diri. berjalan dan merendek tak ingat kesihatan kaki. teruk. sellfish. penjual ikan. sian kaki letih berjalan. dan sekarang merintih akibat kaki kelenguhan.

sapa tengok aku time ini memang la kurang sopan. duduk sudah macam haiwan peliharaan tarzan. buruknya sikap anak dara ini. oit. tak ada siapa nak pinang ko la. kalau perangai tak berubah. ha. aku tak kisah pon tak ada orang masuk minang. sebab aku tak mau kawen lagi. aku tak puas belajar lagi.


okey. sebelom aku mengarut dengan panjang lebar seperti karangan STPM. aku nak story sikit. tadi aku pergi HKL. melawat classmate aku. IRWAN SHAKIM. kena tahan wad dah seminggu. hari ini baru kesempatan nak melawat.


aku tanya la pasal apa la pulak boleh masuk hospital. sebab dia ni sentiasa sihat. sudah 2 tahun aku kenal dia. tak penah tengok dia sakin. ye la dia ni ceria je orang nya.

angkara keracunan makanan rupanya. tapi yang peliknya doktor cakap keracunan makanan ini virus dan bacteria dah merebak pada bahagian hati dan buah pinggang. doktor kurang pasti kenapa begitu cepat merebak. mungkin angkara keracunan makanan atau mandi sungai.

mandi sungai. alasan doktor itu memang la tidak logik sama sekali. tapi kalau dah doktor itu sirius. maka betol lah apa yang doktor itu cakap..


bahayakan. keracunan makan pon boleh menyebabkan hati sakit. dan yang peliknya mandi sungai boleh rosakkan buah pinggang.


nasihat doktor pada kami tadi. jangan terlalu kerap makan makanan di luar. sebab kurang sihat.

doktor.. saya pelajar kolej. tinggal dihostel. macam mana nak makan kalau tak keluar jugak setiap hari. alamatnya mati kering la aku kalau aku dengar cakap doktor ini. kasihan badan aku. hari hari mengadap makanan kurang sihat dan khasiat.

No comments:

Post a Comment