kengkawan

June 13, 2011

NAK GLAMOUR??

ASSALAMUALAIKUM.

tak semua orang boleh jadi glamour. dah tak semua orang tak boleh jadi glamour. aku mencarut? ye. memang aku suke mencarut. opsss. mengarut. tengok. see. kan aku dah cakap aku memang suke mengarut.

kalau dulu aku suke jadi perhatian semua orang. itu semua masa aku hingusan lagi la. konon nak glamour. last-last aku undur diri. sebab aku rasa tak ada manfaat pon dunia glamour ni. kadang kadang aku teringin jadi seperti CIK EPAL. glamour gitu. vogue and vass, but. tak semua orang mampu begitu. macam itu jugak aku.

kadang kadang aku nak sesangat jadi macam YUYU ZULAIKHA. glamour dengan kecantikan dan style nya yang cute. huh. itu semua mimpi dalam sedar bagi aku.


sekarang aku hanya jadi diri sendiri. sebab apa aku pilih jadi diri sendiri. sebab aku rasa dengan jadi diri sendiri aku akan lebih selesa. bukan senang nak jadi orang lain dalam keadaan selesa. sebab itu bukan diri kita. dan aku yakin yang aku boleh jadi seperti mereka. duduk dengan keyakinan. dan berani terima kenyataan.

ape pasal aku skema A tetiba erk. sebab aku mula membentuk diri sendiri. menjadi lebih baik. aku tetiba terfikir. kenapa ramai yang kejar dunia glamour? korang nak tau tak. orang yang glamour berterusan. dia tak kejar tau status glamour ni. dan dia buat adalah dasar minat.

minat aku? ha. aku memang tak sesuai la dalam dunia glamour ni. cisss. memang tak sesuai. haha

1. sebab muka aku ni muka macam mintak penampar. tak lawa tapi buat buat lawa. memang muka mintak penampar lah. kalau buat muka comel. dah macam berung panda kelaparan. buat muka cute. dah macam kucing hilang cucu dan cicit. kalau buat muka garang. macam harimau bintang menyuap mengantuk. buat muka selamba. macam muka orang utan kena kejutan elektrik. haha. memang la tak sesuai.

2. sebab aku ini suka sendirian. orang ajak hang out. len kali lah. malas la. bila orang ajak tengok wayang. ala. dah tengok la movie ni. sebab dah download. orang ajak main bowling. bowling?? tak pandai. kang asyik masuk longkang ja. malas la. buat malu kena gelak. orang ajak shopping. mana? mid valley? pavilion? sorry la geng. aku shopping sungei wang je. aku suke shopping jalan tar. so, macam mana nak glamour.

3. aku suke baca buku. aik. asal orang baca buku tak buleh glamour ke. eh. sapa cakap tak buleh. buleh apa. macam novelis. semua glamour. tapi aku tidak la. buku dunia aku. sebab kalau aku baca buku. memang aku tak akan berganjak dari buat kerja yang lain. dan kalau aku dah start baca buku. tak ada sesiapa yang nak kacau aku. sebab aku akan mula tak layan dan buat dunno ja. so, ada gaya nak glamour tak???

4. cara aku. ape kena la pulak dengan cara aku. 1st cara aku berpakaian. mungkin ada yang cakap over. tapi kadang kadang je la. tapi aku rasa aku ni too simple. kalau ada kala aku tetibe je vogue tak tentu pasal itu sebab aku perasan diva tika itu. 2nd, cara aku cakap. pergghh. memang tak ada style langsung. dah tu cakap tak reti nak tapis. ikut sedap mulut je. sampai orang kecik hati pon aku pedulik hape. huh. teruk. 3rd, cara aku makan. yang ni memang la aku la manusia paling fail. dari aku kecik sampai ke beso. asyik fail je. makan tak panah nak elok. comot memanjang. dah jenuh nak cover dah. makan pon penoh sopan kemain. tup tup. de jugak kat hidung terkena. cisss.. ni ke ciri-ciri glamour.


aku bukan lah tercipta untuk glamour. sudah terbukti sejak azali lagi. aku hanya aku. yang kejar cita-cita dengan cara aku sendiri. aku jugak seorang yang pantang kena cabar. dulu aku paling bencilah pakai heels ni. tapi kena cabar dengan abang aku sebab aku jalan tak ada gaya wanita impian.

so, sekarang. akulah perempuan paling konfiden bila pakai hells. eceehhh. ini betol betol aku puji diri sendiri. sudah puas aku kutuk diri aku. sekarang tiba masa aku nak manje manje dengan diri aku dengan puji melambung kemain tinggi.

aku seorang yang berani
aku seorang yang pandai
aku seorang yang selenge kadang kadang
aku seorang yang selambe [tengah bersila atas kerusi kat KFC]
aku seorang yang sopan santun. [baru lepas lap mulut comot makan cheeze wedges]
akuseorang yang lemah lembut

aku memang anak yang baik.

4 comments:

  1. jangan cari untuk cari glamour, biar glmour dengan sendiri.. hehe lagi2 kalau kita ni jenis pemalu kalau cari glamour mana nak letak muka bila orang semua kenal kita? kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. yeah..saya juga tak nak glamour. sama la dulu pun teringin jugak nak menempa nama macam blogger tip top tu tapi bila fikir2 balik, kita tak perlu semua tu. diorang glamour sebab blog diorang ada aura kuat (for me la)
    kita jadi blogger yang berjaya di hati kita.hehe

    ReplyDelete
  3. kau bukn selenga memanjang ke ? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. @ain zulaikha:: thnks tuk tips tu. belot. agree. =)

    nurdani:: hehe. kena yakin dengan diri sendiri

    muhammad hanif:: tau tak pe...

    ReplyDelete