kengkawan

June 13, 2011

SEPATUTNYA ENTRY PAGI... TAPI!!!

ASSALAMUALAIKUM

tahukah korang ORANG JAHIL BERCAKAP SOAL AGAMA adalah tanda hari kiamat.
aku jumpa actikel ini dalam buku nota alquran assunah masa aku form 5.

tadi masa nak kemas rak buku aku yang makin bersawang sebab dah lama tak kemas. aku terjumpe buku nie. saja tengok balik tulisan jawi aku masa sekolah. huh. teramat lah buruk. tak sangka aku punyai tulisan yang buruk terutama tulisan jawi. rasa nak hempuk je dengan buku. kasi cantik tulisan.

aku bukan nak story pasal tulisan aku. tapi apa yang penah aku tulis dulu. orang jahil mula bercakap pasal agama. okey. ini memang banyak dah terjadi dalam dunia ini. jahil tapi dok heboh macam hebat sangat dalam bidang agama. aku belajar pasal ilmu agama. nak kata dalam itu tidak la. tapi pernah belajar hadis dan alquran sunnah. tapi aku masih jahil. dan aku perlukan bimbingan yang lebih pakar dan arif tentang ini. 


ada segelintir insan yang nak tegur. tapi maki?? macam mana tu erk. most  nya lelaki. sorry lah kaum adam. bukan niat aku nak kondem hangpa semua. tapi banyak terjadi dikalangan korang. dok kutuk wanita melayu rosak. kutuk wanita islam hancur. kutuk pemakaian mereka. aku backup bukan sebab aku pon berkelakuan seperti mereka. bagus. kalian berani nak tegur dikhalayak ramai. dan aku ucap terima kasih ikhlas dari hati. sebab sedar kan aku dari jadi perhatian lelaki buaya. tapi, korang kutuk dan maki macam itu pada wanita luar, korang dah tegur belum adik kakak korang?? korang dah tegur belum rakan rapat korang. korang dah tegur belum ibu mak korang. korang dah tegur belum sedara terdekat korang.?? sebab orang yang terdekat akan disoal dahulu. bukan umum. 


ada jugak perempuan yang tidak sedar diri. mungkin macam aku. duk post entry ini padahal aku pon pernah buat. ye aku pon mungkin tergolong dalam golongan sebegini. oleh itu aku cuba untuk baiki diri.

perempuan yang tak sedar diri ini. korang duk kutuk wanita bertudung urban. berfesyen. padahal korang bertudung pon tidak pernah. korang duk hina orang bertudung pakai ketat ketat. padahal korang nak pakai seluar panjang pon setahun sekali. korang dok hina orang belagak alim. yang korang tak penah nak sedar sedar. bagus kah begitu?? 

sebenarnya bagus mengingati antara satu sama lain. bagus untuk menegur.bagus sangat. tapi jangan lah keterlaluan. korang jahil tentang perkara itu.tapi jangan la belagak fasih dan mahir. ni la yang dikatakan orang jahil bercakap soal agama. dah tak tau buat cara tak tau. jangan nak syok sendiri ingat orang boleh sedar cakap korang. tidak. korang kutuk lagi la orang dok buat. 


kurang arif berjumpalah dengan ulamak atau ustaz. itu adalah lebih baik. seorang ustaz yang baik dan tulus tidak akan menghukum seseorang dengan mengatakan anda kafir. anda jahil anda bla bla bla. tapi akan bagi nasihat dan bimbingan. itu adalah contoh yang baik. 

allah tidak menilai seseorang itu dari segi pemakaian semata mata. oh tidak sama sekali. bukan wanita yang pakai tudung labuh golek golek masuk syurga. dan bukan yang jahat itu lompat lompat masuk neraka. tidak. bukan macam tu erk. korang jangan la pandai pandai buat andaian sendiri. syurga dan neraka hanya ALLAH sahaja yang tahu. so, jangan pandai pandai nak jadi AYAH PIN, HAJI KAHAR or someone else. 


aku bukan nak kasi ceramah erk. bukan niat aku begitu. aku ni tegur diri aku sendiri dan mungkin boleh jadi rujukan buat korang semua. aku ni bukan lah baik sangat. tapi tak salah kalau aku cuba untuk jadi baik dan mungkin lebih baik.


sama sama kita sedar diri.

peace yaaauuuuwwwwww



No comments:

Post a Comment