kengkawan

June 17, 2011

WOISSHHH... LAKI KAU LAKI AKU!!!

ASSALAMUALAIKUM


korang pernah tak terfikir yang korang bakal terima co-wifey?? and to man, korang pernah tak terfikir yang korang akan kawen lebih dari satu. pernah tak korang fikir kan itu semua. kita tak dapat agar tau apa yang bakal terjadi di kemudian hari.


aku masih muda. baru berumur 20 tahun. muda lagi kan. tapi tradisi keluarga aku semua nikah awal. kakak atas aku. umur baru 19 dah nikah dengan lelaki pilihan hati. dua bulan semai kasih. terus di ijab kabulkan. gentle la abang ipar aku. kakak aku yang sulung pulak. educated sikit. tapi nikah awal jugak. habis degree umur 23 dah nikah dengan lelaki pilihan sendiri. berkenalan dalam dunia maya. terus nikah walaupun belum ketemu. gentle lagi abg ipar aku. abang aku pulak lambat sikit. maklumlah lelaki. nak jaga anak dara orang kena ada kewangan yang kukuh. so, lambat lah. tahun depan akan di nikahkan.


itu keluarga dekat aku. sepupu aku pulak sama jugak. tahun depan sepupu aku nak nikah. umur baru 19 tahun. dah tahun depan 20 akan dinikahkan. awalkan?? aku?? aku lah yang akan pecah tradisi keluarga. nikah paling lambat. aku rasa terlalu muda lagi untuk aku kejinjang pelamin. belum sedia tuk ke alam rumah tangga lagi..


entry aku bukan pasal aku nikah awai ke lambat. tak. tapi nak cerita pasal laki kau laki aku. oppssss...
isu ni jarang orang fikirkan. tapi sedar tak sedar ni la yang yang jadi dalam dunia sekarang. bahaya tau dak. nak pulak nisbah lelaki rendah berbanding perempuan. nak nak pulak ratio wanita berkerjaya lebih tinggi dari lelaki. nak nak pulak jumlah lelaki yang cerdik dan pintar lebih sedikit kalau nak dibandingkan dengan wanita.


darjat?? ni bukan pasal pilih bulu. ni bukan pasal harta. tidak. agama pon tuntut agar cari pasangan yang setara kehidupannya. sebab itu islam suruh kita ni bersederhana. agar mudah didekati. dengan isu yang macam ni. kompom kompom ada kes laki kau laki aku...


bagi yang berstatus sederhana. ni selamat la buat mereka. sebab kurang berkemampuan nak simpan 2 perempuan dalam satu masa yang sama. so, isteri dia pon dapat hidup dengan aman. dia tau husband dia tak layak untuk nikah dua. aman di situ. tapi macam mana dengan yang tak sedar diri??? opssss.. tak ada jawapan.


tapi korang tau. golongan muda sekarang ni berlumba lumba tau kumpul kekayaan. untuk kepuasan diri. golongan muda sekarang ni gaji hampir mencacah 5k. tu baru basic. belum campur allowence lagi. bonus bulanan lagi. kalau engineer kilang la. paling busuk pun boleh dapat 10k sebulan. masyuk tak. muda muda dah ada duit banyak.


okey yang ni berisiko besar nak timang madu lebah cap orang asli. kaw punya. fresh lagi. perempuan tak buleh nak bangkang. sebab itu sudah hukum agama. laki boleh nikah lebih dari satu jika dia berkemampuan. dan berlaku adil. itu sudah hak seorang suami yang berkemampuan.


tapi sanggup ke korang di madukan dengan kawan baik korang. ish aku masih lagi terpengaruh dengan cerita ANNISSA. yang aku rasa da yang terjadi di malaysia ni. kawan baik kau kebas laki kau. oh no. ni mungkin tidak terjadi. tapi, kalau jadi jugak macam mana?? what should i do???


korang pasrah saja la kalau ni terjadi. tak kan nak cerai pulak. ALLAH murka. kalau husband korang selama ni jalani tenggunjawab dengan baik. korang tak buleh nak cerai macam tu je. lain la kalau husband korang abaikan anak anak. abaikan nafkah untuk korang. itu dibenarkan lah bercerai. mohon perceraian untuk mencari keredhaan allah..


macam mana lah kes kebas laki kawan baik ni jadi :-

> korang terlalu percayakan kawan korang even hal rumah tangga korang pon serba serbi korang story
> korang selalu keluar dengan kawan korang then korang bawak husband korang sekali. kalu jarang kali tak pa la. nie every week. depa pon main mata. dari mata turun ke hati.
> korang biarkan husband korang rapat dengan kawan baik korang. ala kawan baik. takkan nak buat jahat. ingat kawan baik tak semesti dia betul betul baik.
> yang paling penting. korang abaikan hubungan korang dengan ALLAH dan suami korang. kalau korang jaga hubungan korang dengan ALLAH dengan baik. insyaallah. laki korang setia dengan korang.



aku tak la cakap semua kawan baik suka rampas laki orang. hati orang kita tak bulah nak baca. korang buleh ke baca hati kawan baik korang tu. tak kan. ke korang tanya dia. kawan baik, aku nak baca hati kau. buleh?
itu tak kan terjadi okey. macam la kawan baik korang tu nak kasi korang baca hati dia. kang tak pasal pasal dia bagi penampar sulung kang. tak pasal je korang dapat blusher kekal selama tiga hari. dah jimat blusher korang tiga hari. tapi.....okey jugak macam tu..



ni bukan khas untuk orang yang dah kawen je tau. yang bertunang, yang still kapel ke. jangan la terkejut kalau kawan baik korang kebas balak korang. korang jawab la sendiri sebab apa kawan baik korang kebas balak korang.


kawan kawan aku tak pernah jumpe incik sayang aku.
tapi!! aku pernah jumpe kawan kawan incik sayang aku.. hahahahaha...
incik sayang cepat cepat la pinang I kalau U tak mau I lari ikut kawan U... jangan marah ye incik sayang. ;)


kami bukan under age ye. aku udah upper. jangan tahan kami lagi minta ic...

btw tahniah buat IRINE NADIA MARCELLO sebab sudah bertunang dengan jejaka pilihan hati.

1 comment:

  1. http://amethyst89saphire.blogspot.com/2011/06/giveaway-anisumbrella-boutique.html

    hey , come and join my Giveaway !

    ReplyDelete