kengkawan

July 28, 2011

FRIENDSHIP HARI NI....

ASSALAMUALAIKUM..


hari ni kemalasan aku nak pergi kelas makin teruk. hahahah. buleh tak kalau hari ni tak nak pergi kelas. hope kelas cancel la last minutes. hurraaayyyy...
sila jangan nak mimpi.
ecited sesangat ni. malam ni nak balik perak. yahhooooo...
KUALA KANGSAR i'm came back....

hari ni khutbah pasal ramadhan.. aku tak berapa dengar sangat. sebab speaker masjid PJ tetibe pulak slow. dengar ada sebut ramadhan je. ao, aku agak pasal ramadhan..


ramadhan al-mubarak. selamat berpuasa bagi semua umat islam. selamat berdiet baik semua yang nak berdiet. selamat menunaikan ibadat sunat di bulan yang penuh barakah ini.


hari ni kolej aku ade wat friendship dengan IKM KL. disebabkan kolej aku ni padang pon tak dak, so, kena la buat frienship untuk latih pasukan kolej.

wah.. kemain semangat agi lah atlet kolej ni. almaklumla.. sukan IKM/KKTM semalaysia nak dekat. so, kena la bersungguh-sungguh berlatih. nak buktikan kat IKM/KKTM semua yang KKTM PJ walaupon tak ada padang langsung tapi buleh menang.
ecewaahhhh...



nie team aku.. team netball kolej..

guys.. petang ni kita buat betol2... ok.. 

KKTM PJ grow up... 


wish gudluck jugak pada team football, volleyball and takraw tuk game petang ni..

to team bola sepak, kemarin korang bantai ILP KL 8:3... hari ni 8:0 okey... chaiyok2

July 26, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 4

ASSALAMUALAIKUM..


hari rabu biarkan gambar yang menceritakan segalanya. tangan hanya berehat seketika....






SAKIT WOOOOOOOOO....

July 25, 2011

AKTIVITI BERFAEDAH PETANG NIE...

ASSALAMUALAIKUM...

ponet den ari ni.. hari ni hari aku di penuhi dengan aktiviti yang berfaedah sikit. biasa nya petang2 aku akan mengadap laptop sampai bosan. bukan ngadap laptop tak berfaedah.. kureng la. pepandai je aku..

ape yang faedah sangat petang ni???





netball.....

July 24, 2011

CONTEST SHAWL DAN AKU

ASSALAMUALAIKUM...


join contest.. hahaha 


nak join contest dari cik yang comel ni klik banner tau...


gambar saya ber-shawl...

-
-
-
-
-
-
-
-


tak a stylo sgt aku pakai shawl... hahaha
menggedik saja..




CONTEST MUKA AYU TANPA MAKE UP

ASSALAMUALAIKUM

malam ni aku tak dak kerja. just nak join contest bebanyak.. 


nak join klik BANNER tau...


bawah ni gambar aku yang tak make dan tak ayu.. hahahahah

-
-
-
-
-
-
-

gambar ni masa aku budak2 yang tak matang dan di bawah umur.. hahahaha
menggedik kat tempat kerja masa rehat... 


aku nak tag




JOM KORANG JOIN THIS CONTEST... MUDAH JE... 


MEMBALAS DENDAM... DAN AKU PUAS

ASSALAMUALAIKUM..


tajuk entry macam jahat kan. dan kali ni aku memang bertindak jahat. sejahat jahatnya.
see, betapa jahatnye aku hari ni.


hari tu aku de pos entry tentang aku kehabisan maggi si SINI..

dan hari ni, aku tidak mengalami masalah yang sama....yeah.. satu percampaian yang terbaik. uuwweeeekkkk..


hari ni aku keluar. menikmati bandaraya kuala umpur yang macam nak pecah.
perrhhhh... lame tak pergi KL, macam2 dah jadi. padahal PJ-KL bukan jauh sangat kan. KL sentral tgh renovate. baru aku tau tadi... gile kuno aku seketika.


aku ke mid valley. macam bese, aku akan ke MPH. ha. kat situ la aku banyak membaca. free kot. Thanks MPH. siap sediakan kerusi untuk orang yang tak nak beli buku.. sayang MPH.


lepas hampir 5 jam bermastautin kat MPH. perhhhh... lama jugak. siap baca 10 komik tadi. semua khatam kot. memang kedekut duit betol nak beli komik.
aku tertarik dengan satu buku ni. sebenar nya banyak buku aku tertarik. pasal duit aku menarik. so, terpaksa la aku tertarik dngan satu buku je.

jam menunjukkan pukul 6:15. aku aku baca buku ni kat sini, mau pukul 12 maam aku aku sedar. so, aku pon buat muke sememeh keluarkan duit beli buku tu.

KICK THE ANIMAL OUT

aku pon berkejar kejar ke carefour. nak balik kolej before magrib kan.. 
aku beli ni:

-
-
-
-
-
-
-
-
-


sampai dua bungkus aku beli.. hahahhaa.. balas dendam semalam kelaparan sebab maggi habis. 
dendam terbalas dan aku puas.

opsssss... manggi dah kembang.

ber"SEDAP dulu ye....

July 23, 2011

PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN

ASSALAMUALAIKUM....

hari ini aku berjaya bangun awai. pukul 8:30 kot. wow amatlah awal. selalu tengahari baru aku terhegeh hegeh nak bangun. hari ni mimpi apa tah aku tetibe jadi anak dara yang teramatlah rajin.


sudah kebiasaan lepas subuh pasti aku tidur balik. kalau ikut pantang orang tua tua;
tak elok lepas subuh tidur balik. rezeki tak masuk. rezeki di patuk ayam. macam-macam la patang larang. tapi orang zaman sekarang ni bukan nak dengar sangat. lagi di buat ada lah.
haaaiisssshhh..


hari ni aku bukak album lama. bukan lah album sangat. gambar dalam laptop je. kalau tengok gambar ikot turutan umo. pasti aku ketawa terbahak-bahak. ye la betapa selekehnya aku masa usia 9 tahun. waaa...
rasa nak bunuh dan hapus je gambar tu.

kalau orang tengok. mau depa bahan aku sampai lebam. kalau incik sayang aku tengok. oh... tidak.. pasti aku diketawakan. dan time tu aku akan sorok muka aku dalam baju...


jom tengok perubahan wajah aku masa aku umur 16 tahun hingga sekarang. dari umur 16 je tau. sebab dalam laptop ada dari umur 16 je. time tu baru start pakai enset camera. (padahal pinjam henset abah).


masa umur 16 tahun

time ni aku dalam feri pulau pinang. cuti sekolah kan. aku pon langkah kaki tinggalkan rumah menuju ke kampung halaman. yeahh.. teman kan tok aku yang kesorangan di kampung. 
masa umur 16, mak aku dah lepaskan aku berdikari tau. 
aku balik kampung sesorang kot... 

masa umur 17 tahun

ni time aku tengah kerja. jugak kat penang. aku kerja kat ESSO station. umor 17 kot dah kerja. 
hehehehe. ni time tengah tunggu result SPM. kalau tak salah time ni baru 5 hari kerja.


masa umur 18 tahun

gambar ni aku make up sikit. konon perasan cantik la. time ni aku nak pergi daftar masuk kolej. tu agak bergaya sikit tu. mana la nak tau time daftar terjumpe lelaki idaman ke. so, make up la sikit. 


masa umur 19 tahun.

see... time ni dah start dah pakai selendang. wahh... kemain lagi . muke macam telur ayam dan itik pun still lagi nak ssenyum senyum. hahahah.
senyum nak tayang lesung batu tu je. 



masa umur 20 tahun (sekarang)

ni la rupa aku sekarang. amboi tudung tak mau kalah ni. haish...



seriusly, aku lebih suke masa aku umur 17 & 16 tahun dulu. muke innocent je. baik je. time tu memang aku baik pon. 
uweeekkkkkk..


ye la muka aku masa tu seketul jerawat pon tak dak. sekarang ni. haissshhhh... incik jururawat ni tumbuh tak ikut time betol. ekot suke hati dia je. 


pape pon. incik jerawat. pergi la jejauh ye. saya bukan tak suke kat anda. tapi anda ni comel sangat. so, anda pergilah pada orang yang lebih comel dari aku...


korang pulak??? apa perubahan diri korang??? jom la kongsi ramai2..... 









APABILA STOCK MAGGI HABIS

ASSALAMUALAIKUM.

baru hari ni berkesempatan nak hupdate entry pepanjang yang buleh mengundang gila + meroyan setiap orang.
bebetol sibuk la aku ssekarang ni. sampai blog pon jarang sekali aku bukak. hari ni je aku ketepikan semua kerja semata nak blogging.
wah. memang poyo.


bertungkus lumus sekarang mengiapkan projek. dan menanam azam untuk cemerlang. okey. aku tak nak kejar berjaya. tapi aku nak jadi cemerlang. cemerlang dari segi attitudes. and sikap last baru pelajaran.


weh. asal aku mengong sangat letak pelajaran no last ni?

jangan gelabah. sila baca penerangan dahulu. bagi aku la baik aku kejar attitudes dan sikap dulu dari aku running kejar pelajaran. sikap yang baik mempengaruhi membelajaran yang sempurna. pelajaran yang gemilang tidak mampu menanam sikap yang cemerlang.


hari ni sabtu. mean hari lapar aku. means kedai jauh nak pergi means susah nak cari makan. means aku tengah lapar. means sedey.

bangun pagi.(sebenarnya tengah hari) aku dengan riang pergi gosok gigi, cuci muka ambil towel terus mandi. abis je mandi aku sarung baju tidur. konon malam la. sebab nak sambung tido. bukak la loker. mencari sesuatu untuk isi perut.

TIDAK!!!!!!!!!! MAGGI DAH ABIS. terus aku bad mood. langkah longlai dan gamalai pergi ke katil. terlentang kelaparan. maaaakkkkk. Asu macam dekat afrika dah. makan tak cukup.. uuuwaaaaaaaa.. menangis aku kesorangan.


dengan muke sememehnya aku capai henset buruk aku tapi banyak jasa. titt titt tittt tittt tittt. dail no mak.

"mak... lapo!!!"
"hai.. g la makan... takkan aku nak pos nasi kot."
"maggi abis...."
"la, pergi la kedai... beli nasik..."
"kedai jauh... lapo... lapo..."
"jap ye.. nganga mulut. meh aku suap...."


cisssss. mak aku menganjing aku. time tu rasa nak meraung je. dah la betol2 lapo. meleleh2 air hidung aku tahan selak takut mak sedar aku nangis.


dengan langkah longlai aku kembali ke loker.

" ya allah, hamba mu lapar. bantu lah hamba mu ini"


bukak pintu loker. bukak tin biskut. HABIS JUGAK. memang sedih sungguh. macam mana la aku buleh tak perasan yang makanan aku habis.

tetibe.. tink..tink..tink.. EPAL...


waaaaaaa..... aku jumpe epal la dalam loker.. hurrraaaaaayyyyyy... suke sesangat. dengan riang aku kembali ke katil.

ngap..ngap..ngap...
sedap nye epal ni... (padahal tawar)

epal pon dah duduk selamat dalam perut. time tu otak dah buleh berfungsi...


" epal ni boleh ke bertahan sampai kedai belakang kolej bukak???" 

TIDAK!!!!!!!!!!!!

sob..sob..sob... 

July 22, 2011

TAK SANGKA JADI LAGI....

assalamualaikum...


gembira makan tadi sampai tak sempat nak update blog busuk aku ni.
apa ke hal tetibe nak happy plak kan...

tengok la....






jadi jugak litar flip flop ni...
terharu.. 



July 20, 2011

SAYA BOGGER IPTA/S

ASSALAMUALAIKUM


mase dok blogrunning tadi. terjumpe satu segmen ni.
huiihhhh... dan lagi aku join. walaupon rushing. ye la dah name pon blogrunning...


sebelom ade orang lempang aku slow2. baik hentikan banyak menaip...



klik Banner tau kalau nak join... 



aku ni IPTS. tapi under goverment... macam mane tu erk...


KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, PETALING JAYA


kolej aku banyak cawangan. seluruh malaysia ada. aku cawangan PJ..

July 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 3

ASSALAMUALAIKUM...

tak nak banyak merapu... just nak tunjuk this picture....



before sensor plate touches.... 





after sensor plate touches 

-
-
-
-
-
-
-
-
-


alhamdulillah... 3 litar dah function... lagi 4 litar... chaiyok..chaiyok... 




DEMAM SEHARI JE....

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni baru ade masa nak hupdate entry. almaklumlah sibuk mengalahkan perdana menteri. cewahhhh.. padahal demam.. padan muke aku.


ni aku nak bagi tau sikit la. walaupon korang tak nak tau. aku tetap nak kasi tahu.

aku memang tak buleh makan pedas. bukan sebab ngada2. memang tak buleh. aku demam pon punca makan pedas je. pelik kan?? tapi tu la yang terjadi.


masih ingat lagi. masa aku semester 2 di kolej aku. time tu  nak raya cina. bese la time raya cina McD mesti buat menu buger prosperety. betol je eje ni.. hahahha. gasak la. time tu aku teringin sangat bile aku tengok iklan kat Tv. iklan memang mempengaruhi orang. benci la iklan.


aku tak tau yang buger tu pedar nak mampus. aku pon habis kan la. dah beli kan. membazir pulak kalau buang. balik je dari makan McD tu. aku terus muntah2. esok nye aku demam. nak dekat seminggu jugak la aku demam.


peristiwa ni berulang lagi. tapi kali ni bukan aku makan McD. tapi, nasi lemak.

nampak simple kan. nasi lemak je pon. lepas aku melantak nasi lemak tu. aku sakit perut sesangat. malam tu aku muntah2 and terus suhu badan melambung. tapi, alhamdulillah. sehari lepas tu badan aku kebah.

tu pon aku dengar nasihat mak aku. doa seorang ibu betol2 mustajab dan mujarab. Thanks mak sebab doakan anak mu di perantauan ni.


mak aku nasihat. time demam ni jangan lupa zikir. banyakkan zikir. solat jangan tinggal pulak. minum air bebanyak. sup ayam dengan danging elok beno la tu. hirup sup tu. tak lalu makan nasi pon hirup sup panas. mandi jangan malas. kalu tak larat nak bangun lap je dengan tuala basah.

bla.. bla..bla...bla..bla.. macam2 mak aku bagi nasihat. dan semua nya aku ikut.


berkat patut dengan arahan dan perintah seorang ibu. aku dah sihat. alhamdulillah.

kalau korang nak demam or dah demam. bagi tahu parents korang. doa mereka allah cepat makbulkan.
istifar jangan lupa..

ingat!!! jangan mencarut or salahkan tuhan. musibah itu datang dari ALLAH yang mungkin bawa 1000 rahmat buat kita..



zikir sepanjang aku demam ni hanya

istifar 1000 kali dan ayat kursi.

orang demam mudah setan nak dekat. sebab kita lemah. so, bentengnya ayat kursi tau. 

selamat beramal...

July 17, 2011

CHARGER MP4 AKU MELETOP.....

ASSALAMUALAIKUM..

entry yang kedua aku untuk hari ni.  aku buat. semua tak kena.

aku tak tahu apa kena dengan diri aku hari ni. semua yang ade je yang wrong nye. nak nangis pon ada bila macam2 jadi kat aku hari ni.


CD ROM kat laptop aku tak function. angin nye aku hari ni.
aku nak install printer HP kakak aku kat laptop aku. di sebabkan CD rom aku rosak. aku pon bawak la balik kolej. sebab classmate aku nak share printer dengan aku.


di sebabkan aku cuai... 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


dah jadi macam ni.. macam mana nak install.... nak nangis aku. mula2 CD rom rosak. 
pastu CD pulak patah... 

lagi menambahkan kekecewaan aku.. bila.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



charger MP4 aku meletop secara tetibe2 mase aku tengah charge mp4.. nasib MP4 aku masih bernyawa. tapi..... charger dah hangus

sedey!!! =(

nak tidoooooooo


nangis.... ='(

AKU ADA... KORANG ADA KEW???

ASSALAMUALAIKUM

fuuhhhhh.. sudah lama tak hupdate blog. rindunye. *padahal baru 2 hari. lama la jugakkan. lebih dari sehari. macam2 la yang terjadi dalam masa 2 hari ni.


masa hari sabtu. aku ke jalan pasar, Pudu. mencari component untuk projek akhir aku. aku tak tau la pulak yang KTMB ni problem. mase sampai kat KL SENTRAL aku kena keluar. aik.. agak pelik la. aku tanpa tunggu2 lagi. terus naik tren bertentangan. ingatkan lepas la nak pergi bank negara. rupanya salah tren.


masa aku tak sedar yang aku ni slah tren. de la sorang negro ni. tanya tren ni nak ke KL ke.. dengan selambe aku cakap ye. bila laluan tren menghala ke seremban. aku dah cuak. negro ni pelik. dengan selambe dia marah aku. mula2 aku ok lagi... bila aku says sori coz bagi salah direction. dia cakap "dont talk english with me if you dont understand what i said" perrrggghhhh... memang time tu aku hilang sabar la. tak kasi aku cakap english konon. dah ko tanya aku. tak kan aku nak cakap melayu plak. kang ko tak paham.... bongok.


suhu badan aku naik mendadak. terus aku marah dia. " hello tourist, i stand the wrong tren too. so, that not my false if you and I in the wrong tren. if I says malay.. did you understand?????" terkedu negro tu kejap. sampai kat stesen MIDVALLEY. aku turun. aku nampak jugak dia turun. tapi tak tau hiang mana.


padan muke ko sesat. datang negara orang bikin panas. aku sekeh laju2 baru tau...


pengalaman aku selama duduk KL ni. tourist negro la yang paling biadap berbanding dengan tourist lain. datang negara orang. bajet bagus. gerammmmmm nye!!!!!!!!



sampai je jalan Pasar, Pudu. aku pon riang ria la. lupa sat pasal negro tadi. masuk la selok belok pasar kat situ. bersepah-sepah orang jual daging babi. hahahaha. time tu. rasa nak muntah sesangat. busuk di. yang amat.. lebih busuk dari ayam or ikan yang berulat. bayang kan... hidung tahan la. sekat nafas time tu. laju je jalan nak cepat kua dari pasar tu. hahahha. tu la akibat gatai nak masuk kawasan pasar. orang suruh cari komponen.. bukan suruh merayau dalam pasar tu..



tapi, masa dok cari komponen tu. ramai gile student kat area tu. mesti semua pakat2 nak cari barang tuk projek. ada yang siap bawak HOBBY KID (buku litar)... perrggghhhh. dasyat betol. bawak senarai sudah lah. hahahahaha


yang sedehnya IC (intergrated circuit) PT 2275 & PT 2265 tak ada kat pasaran. encik aku suh aku cari IC tu. untuk infrared circuit. aku rasa memang tak jual kat MALAYSIA. kat KOREA je kot. sebab advisor aku ni baru je balik dari khusus di KOREA selama 4 bulan. tu pasal la aku kena buat litar yang dia buat kat korea tu...


kalau barang tak ada kat sini. macam mana aku nak buat kerja?? tak kan nak order kat korea kot. mampus.... gamak nye tukar litar la kalau macam tu...

July 14, 2011

WALAUPON SEDEH, AKU ADA NO CELCOM BARU

ASSALAMUALAIKUM

hari ni aku agak tacing. dengan letih coz puasa. then kene uruskan hal component mahal yang student last semester nak gune. kena wat plak survey form. i'm not MPP. but still aku bertanggungjawab atas semua selepas technician minta tolong pada aku...


last aku lak yang tension. mane tak nye. aku dah la kehulu ke hilir dengan survey form. yang mana aku suruh wat balik coz form tak lengkap. aku pulak kene marah. mana tak hangin aku. kalau korang nak senang kerja. korang beli sendiri komponent tu. tak payah la nak suruk technician kolej belikan.



bukan tu je. tadi masa dalam kelas projek. aku ni punye la tunggu mase yang sesuai nak tanya lecturer projek aku tu. sebab litar TOUCH SWITCH aku tak function. aku dah tanya. encik cakap jap. then aku pon mengadap la litar aku balik. time aku tengok lecturer aku tu free. aku pon tanya la. masa nak amik litar tu. de la pulak dok tanya. aku tak marah la nak tanya kan. tapi, bagi la yang dulu jumpe ni. bilik projek yang panas tu bertambah panas.


lepas abis lecturer aku ni bincang dengan student tu. ada la pulak yang tak dan dan. boleh pulak cakap kat aku "sat je". aku pon bagi la. ingatkan betol2 sat. last last sampai abis time klas. dan aku??? sampai sekarang tak dapat siapkan litar tu hari ni. terpaksa la tunggu advisor aku yang kena attend khusus.

so. malam ni tak dak mood nak buat litar.


ye, aku ni kurang mesra dengan lecturer. sebab aku tak reti nak bergurau. aku ni hormat mereka sebab mereka lecturer aku. bukan kawan aku. tapi, aku bukan duduk saja. aku buat kerja aku. tapi certain lecturer still tak pandang afford aku. dan aku??/ pasrah lah. kekadang sedih la. ramai lecturer yang pandang pada luaran. ye, aku ni tak cantik. tapi, aku pon nak pandai jugak.


untuk hilangkan rasa marah dan sakit hati. ye la aku ni puasa. kang batal pulak puasa aku sebab sakit hati. aku ni nak kurang kan penyakit hati. so, aku ambil langkah bijak. eceehhhhh... bijak ke.... aku langkah kaki tinggalkan kelas projek yang makin membahang. aku lepak kat bilik technician. hahahaha. 1st time aku belajar  kat kolej ni aku lepak kat situ. dalam aircond. tak la panas sangat. ye dak.



bak cakap ustaz aku.... BERDIAM ITU BUKAN BERERTI KALAH. TETAPI ITU ADALAH SIFAT MULIA DAN SIFAT ORANG YANG BERIMAN.


alhamdulillah.. moga iman aku bertambah hari ni. untuk menambahkan lagi iman. aku keluar la cari happy. happy pon kena cari tau. baru la kita sempurna hidup. cari happy ke pasar malam kat KG. DATO' HARUN.


sebelom kaki langkah ke pasar malam. aku sempat singgah kat kedai hanfon kat Taman medan tu. ye la no celcom aku yang lama kan diserang virus. abis kredit aku hilang. so, untuk memulihkan hati aku. aku beli lah no baru. yeaaahhhhh... aku suka....


mase nak balik dari pasar malam tu. aku terlepas tren. so, terpaksa la aku berbuka puasa kat KTM KG DATO' HARUN.

manu buka puasa hari ni....
soya ais campur tau fu fa, laksa kuala kedah, cendawan goreng dengan roti pita.

dah nama pon puasa kan. nafsu makan. melambung lambung. nasib bawak 20 je. so, terhad la nak membeli. tak ada lah istilah membazir.

yeaaahhhhh... bertambah lagi iman. sebab tidak membazir. aku suka...


aku excited sesangat sebab dah ada no celcom baru. 019-30*****... suke la. walaupon no ni sementara saja. sampai aku pergi celcom center nak marah pasal sim lama aku tu. kenapa buleh serang virus tamak duit.


sebarang maklumat buleh contact aku kat number yang tertera... hahahaahhaha


amalan zikir aku hari ni.

selawat sebanyak 1000 kali.
semoga di akhirat rasulullah ingat akan kita. dan dapat ganjaran akhirat yang baik.

selamat berzikir.

July 13, 2011

ENTRY PENDEK JE....

ASSALAMUALAIKUM...

tak sempat nak hupdate blog pepanjang..


hanya mampu mendoakan semua blogger dan hamba ALLAH agar di permudahkan segala urusan..


amalkan bacaan rukyah setiap malam. tak mampu nak baca?? bukak CD pon tak pe. untuk pelindung kepada syaitan yang di rejam...



zikir untuk hari ini yang aku amalkan.. istifar 1000 kali. moga terubat penyakit hati dan berada dekat di sisi allah.

selamat beramal..


al 'amarulillahi syi'aruna....

July 12, 2011

SELALU TAU CAM NI. INGAT DUIT AKU NIE UNTUK TOPUP SELALU KER??

ASSALAMUALAIKUM


marah sesangat. selalu macam ni. geram giler.

pe ke hal lak aku ni. tetibe nak marah2 pulak ka.  sapa tak marah. baru 5 minit lepas aku ni topup celcom. dan dan pulak dapat massage "massage cannot displayed". check credit. alamak tinggal 5 hinggit. peerrrggghhhhh.. hangin giler la aku. jenuh la. macam mane la nak jimat topup.


nak kate pakai caller ringtones tak pulak. active something?? tak penah la seumor hidup aku pakai fon aku active something. pe ke hal pulak dah. ni nak tukar no nie. melampau la kalau tiap kali topup nak tolak macam ni. kalau takat 2 3 puluh sen tak la marah sangat. ni hanpir 5 hinggit. eeerrrrrrr.. geram nya..


rasa nak nangis je. pasal pe la sangat genting highlands jadi kat aku. time aku tengah sengket pulak tu. kalau nak kaut untung pon tunggu la aku kawen dengan orang kaya. ni, time aku nak buat final projek la jadik kat aku. ingat parents aku ni cop duit ke nak bagi kau ko melambak2.


memang tak selamat la agensi yang kaut keuntungan cam gini. tak selamat dunia akhirat. memang ejen di mampus kena panah petir. bia padan muke.


kejam??? memang kali ni kejam. mau tak kejam nye.

baru jam 12 tadi aku topup 10 hinggt. sekarang ni tinggal 25sen.. aku baru gune 1.26sen kol mak aku. lepas rindu. check baki... perrgggghhh 25sen je tinggal... hhuuuwwwaaaaaaa... teriak aku tak ketahuan hala... memang sian kat aku.

 39398... memang sial agensi yang buat line ni. memang aku sumpah sapa yang keje kat agensi ni kene panah petir.

July 10, 2011

KEKADANG KITA NI BOLEH HILANG AKAL.

ASSALAMUALAIKUM.


hari ni baru ada kesempatan nak hupdate blog ni. semalam terpaksa balik rumah kakak secara mengejut kat sungai buloh. ni semua angkara perhimpunan bersih. niat aku perrrggghhhh... punye la baik nak pergi makan kat KL sentral. ingat depa tak la wat perhimpunan tu kat KL sentral.. sekali sesampai je kat Kl sentral... depa starting kat Kl sentral rupanya.


aku ape lagi menyebokkan diri la di situ. mula2 nak join.. sebab saja nak tengok apa yang berlaku. aku ni pantang sikit mende2 pelik2 ni. laju je nak join. bila fikir balik. cancel la. kang kene tahan. tak pasal2 aku duduk lokap. hahahaha..

tapi aku respect abis la pada student yang pergi sana. semangat abis.. ramai kot student yang pergi. ada dari kelantan, kedah. ade sorang yang sempat aku temu bual datang dari UUM sintok. 1 van. perrrgghhhh semangat nye.



okey aku ni bukan nye minat nak amik tau pasal politik ni.. just teramiktau je. motif bersih ni bagus. nak mansuhkan pilihan raya pos. okey la. bagi aku pilihan raya pos ni memang patut dimansuhkan. macam banduan dan penghuni pusat serenti. depa ni tak layak untuk mengundi. sebab berita politik tidak di sampaikan pada mereka.


lagi satu la. aku rasa, tak salah pon kerajaan ambil pendapat tu. terima atau tolak. tu pilihan kedua. pihak pembangkan mungkin ada sebab nak buat macam ni.
mereka tidak di beri peluang untuk bersuara. so, tindakan macam ni wajar bagi mereka.


presss?? aku tengok hanya memihak pada satu je. yang satu lagi di kutuk dan di tomah. aku pon kalau selalu di kutuk dan di tomah naik hangin. pihak kerajaan cukup untung sebab banyak media menyebelahi.
so, tak salah pon kan buka minda untuk terima.


bersih pon perlu fikir apa risiko yang bakal bersih terima. macam-macam. dengar pulak pihak peniaga nak sue bersih dan bayar ganti rugi. itu boleh membuatkan rakyat hilang kepercayaan pada pihak pembangkang. tak salah pon kalau bersih ni buat kat stadium macam saranan kerajaan. masing2 nak tunjuk ego. bertimbang rasa kan bagus..


one more thing.. pasal berita kat Tv 3 tadi.. tentang bayaran sapa yang pergi bersih.. macam tipu je... nape aku cakap macam tu.. yang di temuramah cakap macam ayat skrip. macam dah ada text yang tersusun rapi. bahasa yang guna pon bahasa buku. kalau betol itu luahan perasaan. mesti ada muka kesal. itu nampak na macam tipu. tapi tak tau lah kan.


hanya yang maha ESA yang mengetahui perkara sebenar.


tadi before aku nak balik kolej. kat KL sentral ada la segroup tourist ni tanya plan KTM. dah terlanjur aku sembang. aku pon tanya la. pendapat dia tentang apa yang terjadi kat kl..

nak tau dia cakap pew??

"masa kejadian I ada di situ. pagi I okey la jika nak dibanding dengan di US. lagi dasyat. ramai yang masuk wad. kalau I masa polis bertindak balas. I akan serang pihak polis."


see... tourist pon tau menilai. orang malaysia?? Lu fikir lah sendiri...



itu pendapat aku. sebab aku ni tak layak lagi untuk mengundi.
tapi aku yakin jika dapat di selesaikan secara aman.
ni tak akan berlaku,

July 8, 2011

ADA APA DENGAN HARI INI.

ASSALAMUALAIKUM.


kejar untuk capai kejayaan memang payah. tapi kejar lah cemerlang. pasti kejayaan yang cari kite. masih aku ingat kata kata yang di petik dalam cerita 3 idiot. dan aku amat terkarik sangat dengan baris ayat tu. ramai yang kejar kejayaan kuang serlah kejayaan berbanding yang kejar unruk jadi cemerlang.


saat ni aku terfikir. ramai dikalangan pelajar sekarang bila dah cemerlang kurang perhatian pada yang ESA lebih tepat lagi tidak bersyukur dan berterima kasih. berterima kasih pada tuhan bukan takat wish thank you ALLAH. itu semua orang pon buleh lakukan. yang bukan beragama islam pun mudah lakukan.


hari ini aku melihat pelbagai situasi yang terjadi. bukan di kolej aku ni jadi. most nye di IPTA. ramai yang berjaya. yang mengungguli anugerah yang membanggakan, kurang melakukan ibadah. ini bukan sahaja pada umat islam. malah pada agama lain jugak. mungkin sebab faktor riak. atau tidak bersyukur.


hari ini aku banyak berfikir. menjana kuasa minda yang melepasi takat didih yang maximum. kala ini jugak aku masih lagi berfikir. berfikir dengan sikap manusia yang pelbagai. malah sikap aku jugak turut jadi bahan kajian pertama aku..



wanita yang tidak digauli. aku merupakan salah satu darinya. bukan sebab aku ni anti sosial. tidak. aku suka berkawan. tapi tidak semesra orang. aku banyak celoteh. tapi pada golongan yang tertentu. ini lah aku. setelah peristiwa yang berlaku dahulu. aku lebih suke sendirian. itu lebih tenang.

nabi cakap. tidak bersahabat itu adaah buruk. tapi, lagi buruk jika bersahabat dengan orang yang berupa syaitan.

mendalam maknanya.


sikap manusia yang kurang perihatin. ini ramai yang jadi. malah aku pon tidak ketiggalan terjebak. kurang perihatin dengan kebajikan, kurang prihatin dengan persekitaran. ini amat lah tidak digalakan. nabi yang besar darjat pon tanam sikap perihatin. nikan pulak kita hamba yang hina.


jika nak di karang la kan pasal sikap ni. belum tentu sebulan dapat dijelaskan. mengambil masa yang lama untuk kajian yang teperinci.


kekangan keadaan jugak jadi faktor kita lalai. yang utama masalah hati. jika hati kurang di kawal dan di jaga sempurna. kompom2 la korang akan berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. percayalah...

July 7, 2011

TEGANG URAT BOLEH DI URUT. TEGANG HATI BOLEH ISTIFAR.

ASSALAMUALAIKUM


kepantasan pemikiran aku sekarang ni makin menjadi jadi. dengan jana kuasa voltan 240 votl. kuasa 300 watt buat aku makin menjana minda dan IQ.

bukan mudah saat kita dalam keadaan yang tegang. bila voltan 240 volt ini berada di kemuncak kritikal. dengan aliran konductor yang makin berleluasa. dengan persekitaran banyak pengaliran arus. saat itu tidak mustahil berlaku ketegangan akibat renjatan.

ini yang aku alami. ketegangan urat. bila aku sibuk berurusan untuk menyiapkan final projek. sehingga aku kejang di bahagian tangan. punca?? tidak ketahui. akibat kekejangan aku pasrah. kan buleh urut.


ketegangan berganda bila aku hangin dengan sikap segelintir manusia yang terlalu menjual ikan (sellfish). siap buat jualan berganda. saat itu ketegangan aku merebak pada hati. nak kutuk dosa. nak ngumpat ingat api neraka. hanya memendah rasa dan meluah pada menda yang tidak bernyawa.


pada blog yang usang ini aku luahkan. biar ketegangan aku sedikit kendur. bukan aku menyifatkan aku ni sebaik umat. sebaik insan. itu tidak. dan mungkin akan aku perbaiki untuk jadi umat yang baik. insan yang baik.


tengan hati aku. aku sulam dengan istifar. nak solat tak buleh. almaklum saja wanita. berdaraj itu memang tiap bulan akan jalani. so, emosi aku mudah la sikit terganggu. tapi, aku kawal dengan mengingati ALLAH. aku kawal dengan mendiamkan diri..


apasal aku tidak bersuara?? oh, aku bukan seorang yang bersabar dan buleh berlembut saat syaitan menguasai diri. keadaan mulut yang bau longkang bila aku mula bersuara. lebih baik aku berdiam. takut nanti jadi musuh la pulak. kan lagi merana hati.

TARAF NI BUAT ORANG LUPA DIRI

ASSALAMUALAIKUM

baru je lepas buat gotong royong kemas level. malam2 kemas level?? feel la sikit... baru best malam2 buat kerja.
okey. ni bukan nak story pasal kerja yang aku buat tadi.. bukan erk. aku nak story sikap dan tingkah laku.


hai, manusia ni mudah sangat la lupa diri. mudah sangat belagak hero. mudah sangat nak senang. mudah sangat nak relex. serba serbi nak mudah. tapi, susahkan orang lain.


ape yang aku meraban sesorang ni?? ni bukan entry meraban. eh.. idak. ni entry nak lepas ketidakpuasan hati aku sebagai seorang pelajar dan penghuni asrama. aku  pelajar seniorkat kolej aku ni. ye, cukup senior. lagi 5 bulan nak berambus dari kolej ni. dan dah cukup matang aku ni bergelar senior.


tapi bagi aku. senior ke, junior je sama je. tak ada bezanya. aku pon manusia yang ada hati dan perasaan. junior pon ada hati dan perasan.


tapi. kenapa dah jadi senior ni nak tunjuk hebat. ye aku tahu senior pernah jadi bahan masa junior dulu. time tu sumpah seranah bukan. time tu rasa nak maki bukan. kutuk macam2. so, senior nak buat seperti mana senior pernah kena dulu kew??? tak guna senior kutuk2 dulu. dak ada erti pon. sebab senior pon lebih kurang sama macam yang di sumpah seranah tu.


girls!!! aku tak kata korang jahat. dak. sikit pon idak. tapi kita duduk hostel sesama. guna koridor sesama. buang sampah dalam tong yang sama. tak salah pon korang tolong budak junior buat kerja. aku agak terasa bila ada mulut2 longkang junior mula hilang respect kat senior. nak harap aku sorang je yang tolong tadi.. tak beri kesan pape pon. alah.. bukan susah pon buat kerja. just mop je pon. kalau jijik sangat nak pegang batang mop tu.. duduk pantau pon dah okey. ni yang dok pergi buat kedai kopi kat hujung koridor pasal pe..


aku bukan apa. aku tak mau hilang respect junior pada senior. bagi aku tak ada istilah senior junior zaman sekarang ni. sekarang zaman moden. zaman di mana orang semua pakat berdikari. tak kan nak duduk tak takuk lama.


aku tak tegur korang sebab aku senior yang paling muda. aku respect korang sebab korang semua aku panggil kakak. tapi, tak kan usia korang membantutkan pemikiran kakak2 sekalian..


korang runsing pasal final projek??? kakak2 semua. aku pon sama macam korang. aku pon seperti korang. pelajar semester last. so, kita sama. tak kan korang tak buleh korban sikit masa untuk beribadah. yang korang mengopi kat tepi pindu tu buleh pulak. sesama la fikir ye. masing masing dah besa. sampai bila nak hidup untuk bergosip.


aku yakin. korang masuk bilik bukan buat projek pon. dok wat jugak kerja lain. so, belajarlah respect orang sekeliling kalau nak orang sekeliling respect kita. tak rugi mana pon...


aku ni tak layak tegur korang semua. sebab korang lagi tua dan matang dari aku. aku ni budak budak yang baru nak naik. itu yang korang cakap kan. so, fikir2 kan lah...



kepada yang bergotong royong sesama dengan aku... terima kasih bebanyak. aku bukan seorang ketua asrama yang cerewet.. aku macam korang jugak. tak suka di paksa. sama-sama buat. sama sama nimati. terima kasih bantu aku. kalau aku sorang jenuh jugak..

July 6, 2011

LEPAS GERAM DENGAN LUDAH DALAM MINUMAN ORANG...

ASSALAMUALAIKUM


aku baru je selesai adakan rokol untuk semester baru bagi penghuni asrama perempuan kat kolej aku. rokol ni antara semester lima sahaja. esok baru libatkan semua semester.


apa yang berlaku?? kisah lampau kini telah terbongkar. cerita ni berlaku pada seorang kakak yang merupakan classmate aku.


sebelom aku nak story benda ni. apa perasaan korang kalau korang tahu ada orang ludah dalam cawan korang dan korang minum air tu???


jijik?? ye, memang tepat sekali. ni la yang jadi pada classmate aku ni. budak tu satu bilik dengan classmate aku ni. dia tak puas hati apa dengan classmate aku tah, then untuk balas dendam dia ludah dalam cawan classmate aku ni. yang lebih sedeh nya orang yang buat tu PEREMPUAN.


buruk betol perangai. tadi kami semester 5 panggil lah dia tuk settlekan masalah ni kononnye. bia tanya dia cakap tak dak pape. then classmate aku ni mula la bukak cerita. dengan selambe muke tak salah, "ITU LAH YANG LAYAK UNTUK KO, AKU ADA HAK BUAT MACAM TU"

perrgghhhh.. cakap pasal hak kot. memang melampau gile. layak??? ko tak layak ludah pada sesiapa. apatah lagi nak bagi orang minum air ludah ko. ko tak ada hak nak buat macam tu. sebab ko hak ALLAH. DIA lebih berhak atas ko.

bila keadaan mula tegang. aku dengan hilang sabar turut masuk campur. bukan nak panas kan keadaan. tapi feram dengan sikap dia yang tak ada sikit rasa bersalah atas apa yang dia buat... aku rasa macam nak tumbuk je muke dia. geraaammmmm gile lah..

aku pon cakap la dengan penuh hemah. aku tanye.. ooo, itu hak k.shiha, macam mana dengan hak k.nik?? dia berhak balas balik atas apa yang k.shiha buat..

dia cakap " pehal pulak. ingat aku nak??

oooo.. tau pon tak nak. ingat orang yang ko dajal tu nak ke ko wat macam tu. pandai aje.. tak guna dapat president award tiap sem. tak guna dapat pointer 3.96 kalau akhlak buruk, hati busuk jiwa gelap.

dah la perempuan.


aku cukup sedeh tadi. sedeh dengan sikap dia. sayang, muka cantik. minda pandai. tapi, akhlak??? NAUZUBILLAH

allah dah bagi signal kat ko dah. mulut ko sumbing sebab eksiden. tu pon ko tak reti nak sedar?? aku bukan nak hina orang ni. tapi itu selayak untuk dia.


kalau korang??? boleh bayang tak kalau pekara ni jadi kat korang???

apa tindakan korang erk???

July 5, 2011

LAST MINUTES TUKAR PROJECT

ASSALAMUALAIKUM..

bila tengok orang lain dok pulun dengan projek. aku masih lagi was was pasal projek aku. AUTOMATIC TOILET LAMP. simple application sampai aku pon tak buleh nak buat apa bila orang mula ragu dengan projek aku yang tak capai projek gempak.


aku bukan nya kejar projek gempak. aku kejer projek function. kalau projek gempak bagai tetibe masa nak VIVA tak function.. kan malu dan merugikan.


tapi aku kena jugak la tukar projek. bukan sebab tak yakin dengan diri sendiri. bukan aku ni nak poyo ekot ekot orang nak buat projek gempak. bila ada yang tak suka dengan projek aku. ni boleh sakitkan aku bila aku present. mungkin bertubi tubi orang akan smash projek aku..
atas cadangan Advisor aku EN. ANWAR... aku tukar jugak projek aku..

dari AUTOMATIC TOILET LAMP kepada MULTI INPUT DEVICES CONTROL TRAINER. kali ni projek aku mencabar abis.


untuk setiap projek yang buat sorang. pihak kolej tetapkan 5 litar seorang. tapi untuk projek aku kali ni. aku ada 8 litar dan 1 programming. perrgggghhhhh... memang agak tough la. aku kena lebih berusaha keras. dengan semester ni merupakan shot sem. memang lagi lah buat aku agak gelabah nak buat projek ni.


ramai yang tertanya aku, apa MULTI INPUT DEVICES CONTROL TRAINER??

sebenarnya nya, ini alat traning kid. alat bantuan mengajar untuk student electronic. untuk mengontrol devices macam lampu dan kipas dengan pelbagai input.


agak pening jugak la nak fikir objective alat ni. dan setakat ni itu je objektif nya. mungkin idea lain akan menyusul kemudian.


peralatan kipas amat digunakan. anggaran projek cost mungkin mahal. tapi, aku akan sahut cabaran meminimumkan cost. terima kasih kat advisor aku sebab nak sponsor kipas kaki untuk aku. kalau nak beli tu. memang mahal kot. mampus aku kalau nak beli.. hahahhaah


buat masa ni. aku tengah fikir fungsi alat ni secara detail untuk buat proposal. lembab macam supit aku ni. orang lain dah pulun buat proposal. aku baru je dapat projek. by the way, biar lambat asal selamat.


buat masa sekarang. hanya orang tertentu je yang tau aku tukar projek last minutes. to yang kutuk projek aku. wait and see how much success i'll control my project. i know u're excellent. how excellent you are, will know in VIVA. pandai atas kerta tak same dengan pandai untuk aplikasikan...

July 4, 2011

MANUSIA MUDAH ALPA DAN MUDAH LUPA

ASSALAMUALAIKUM

kekadang aku pelik dengan segelintir sikap manusia yang tak pernah nak ingat jasa orang yang pernah tolong kita. ade la jugak aku dengar anak yang lupa jasa ibu bapak. itu mmang makin ramai lah. dan itu memang akan jadi, dalam Quran pon dan citer. Quran tak berdusta.



sifat manusia yang selalu khilaf dalam buat keje. aku pon selalu la jugak buat salah. ala, no human perfect right. tapi, sampai bila korang nak guna pakai ayat yang aku rasa zaman tok janggut pon guna. tah tah zaman laksamana Hang Tuah pon ada guna ayat ni. memang wasiat yang turun kemurun betol.



dulu pon aku pon tergolong dalam golongan yang cam gitu. itu masa zaman yang aku rasa Hang Tuah lah hero aku. tapi la nie tak ada lagi super hero. so, aku pon tak la guna ayat mintak penampar tu.


aku tahu kekadang ni kita tak buleh ingat semua benda. sebab kita dilahirkan tidak 100% sempurna. sebab tu la kita di lahirkan berpasangan untuk menyempurnakan kehidupan. tapi, jangan la terlalu melampau sangat. sampai jasa orang yang pernah tolong korang  korang lupakan. dan buat buat lupa.


bukan pada ibu bapa je. tapi pada kawan kawan. adik beradik. sesiapa yang penah tabur jasa pada korang. tak kira la tu perkara remeh ke perkara yang siyes. korang should alert tentang ni. jangan sampai ada yang buat mulut  cakap korang ni tak kenang budi... kan tak best...


menyenangkan orang itu kan dapat pahala. korang tak kan tak mau kutip pahala bebanyak. lebih banyak orang yang senang dengan perbuatan korang. lebih banyak korang dapat pahala.


mari sama sama kumpul pahal dengan memaafkan orang. korang pasti hidup bahagia...

sedangkan Nabi Muhammad maafkan umat. ni kan kita yang hina ni....

MOHON JUTAAN KEMAAFAN...

dah macam hari raya dah...

TERIMA KASIH NUFFNANG...

ASSALAMUALAIKUM...

tak payah cerita pon korang mesti tahu bahawa aku sedang bergumbira..

ya.. itu memang benar. dah lama tak bukak akaun nuffnang. selama ni earning aku memang tak pernah nak naik. sampai ade hati nak curang pada nuffnang...


dan akhirnya... aku berjaya peroleh BE.. yeahhhh... alhamdulillah... syukur atas nikmat yang tidak terhingga. walaupon tak mencecah ratus ratus dan puluh puluh. atleast nuffnang masih sudi begikan BE kat aku ni...


tak sia sia aku setia pada nuffnang setelah ramai yang cakap says dan adverlats lagi masyuk dari nuffnang. berkat kesabaran tunggu nuffnang.. akhirnya penantian berakhir dengan gumbira...


terima kasih NUFFNANG bagi BE pada aku.... lain kali bagi lagi erk... bagi la lebih lebih sikit... =)




TERIMA KASIH NUFFNANG... BASYAAAHHHH!!!! 

July 3, 2011

PERATURAN BUAT KORANG TERTEKAN???

ASSALAMUALAIKUM...

sesenja aku masih lagi mengadap komputer riba ni. nasib la aku ABC. so, tak adalah gelisar nak solatkan...
agak lama jugak aku tak bua entry ni. rasa rindu la pulak. aku sengaja padamkan laptop seminggu. nak habiskan masa dengan family.


aku sekarang ni dah mula semester baru. semester kelima. wahhh.. dah senior la aku ni. ehemmm..ehemmm.. nak buli junior la. hahahaha.

entry aku bukan pasal buli ke, aku excited nak balik kolej ke, aku sedih tinggalkan kampung ke. idak ye. entry aku pasal peraturan.. RULES.. LAWS..

aku tengok kat facebook kawan kawan aku. dah tiba masa untuk balik ke penjara.. ah..kolej macam penjara. macam macam lah. aku baca dengan senyuman yang seksi gitu. kolej aku ni bukan macam PTPL, bukan macam MAHSA, bukan macam LIM KOK WING. idak. aku kolej yang dibayar untuk belajar. so, banyak la peraturan yang kena ikut.


bagi aku, aku okey. kadang kadang ada la rungut sikit. tapu tak la sampai maki. mana mana tempat pon kalau belajar aku yakin pasti ada peraturan yang perlu kita ikut.


peraturan yang dibuat menambahkan tekanan.?? mungkin ya.. dan mungkin tidak.

aku dah biasa hidup dalam suasana asrama. dan aku dibesarkan dengan 1001 peraturan. itu tak bermakna aku jadi lupa diri bila peraturan dah makin longgar bila aku meningkat dewasa.

dan aku rasa best kalau ada peraturan. aku gila?? oke meh sini aku buktikan..


dalam islam sendiri ada ditegaskan larangan berzina. larangan itu kan peraturan. peraturan islam tak boleh berzina. cuba kalau korang tak ikut peraturan?? korang rasa korang boleh selamat kew?? aku tak rasa selamat. korang berisiko besar mengandung tanpa suami. mungkin korang dapat HIV. atau korang penghidap sifilis. selamat ke kalau dah ada macam macam penyakin dengan berzina?? tak kan.


so, peraturan yang dibuat di IPTA, IPTS, SEKOLAH malah dalam industri apa sekali pon pasti ada sebab musababnya. lain tempat lain la cara peraturannya..


jangan anggap peraturan, rules, laws ni sebagai beban. anggap ni biasa terjadi. cuba cari jalan, macam mana cara happy dan ceria nak follow peraturan or rules tu. kalau korang anngap bebanan. memang la korang stress. tangani rules dengan ceria..



peraturan kolej aku, bagi penghuni asrama tak buleh keluar tanpa tinggalkan nama di pak guard.

cara aku tangani dengan happy::: setiap nama yang aku tulis aku akan letakkan simbol smile =)
selain fikir positive. kalau aku kena culik or happen yang buruk2. atleast pihak kolej tahu aku kemana.

 ni jugak buatkan aku malas nak keluar. dan aku menghabiskan sisa masa dalam bilik sambil blogging..