kengkawan

July 19, 2011

DEMAM SEHARI JE....

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni baru ade masa nak hupdate entry. almaklumlah sibuk mengalahkan perdana menteri. cewahhhh.. padahal demam.. padan muke aku.


ni aku nak bagi tau sikit la. walaupon korang tak nak tau. aku tetap nak kasi tahu.

aku memang tak buleh makan pedas. bukan sebab ngada2. memang tak buleh. aku demam pon punca makan pedas je. pelik kan?? tapi tu la yang terjadi.


masih ingat lagi. masa aku semester 2 di kolej aku. time tu  nak raya cina. bese la time raya cina McD mesti buat menu buger prosperety. betol je eje ni.. hahahha. gasak la. time tu aku teringin sangat bile aku tengok iklan kat Tv. iklan memang mempengaruhi orang. benci la iklan.


aku tak tau yang buger tu pedar nak mampus. aku pon habis kan la. dah beli kan. membazir pulak kalau buang. balik je dari makan McD tu. aku terus muntah2. esok nye aku demam. nak dekat seminggu jugak la aku demam.


peristiwa ni berulang lagi. tapi kali ni bukan aku makan McD. tapi, nasi lemak.

nampak simple kan. nasi lemak je pon. lepas aku melantak nasi lemak tu. aku sakit perut sesangat. malam tu aku muntah2 and terus suhu badan melambung. tapi, alhamdulillah. sehari lepas tu badan aku kebah.

tu pon aku dengar nasihat mak aku. doa seorang ibu betol2 mustajab dan mujarab. Thanks mak sebab doakan anak mu di perantauan ni.


mak aku nasihat. time demam ni jangan lupa zikir. banyakkan zikir. solat jangan tinggal pulak. minum air bebanyak. sup ayam dengan danging elok beno la tu. hirup sup tu. tak lalu makan nasi pon hirup sup panas. mandi jangan malas. kalu tak larat nak bangun lap je dengan tuala basah.

bla.. bla..bla...bla..bla.. macam2 mak aku bagi nasihat. dan semua nya aku ikut.


berkat patut dengan arahan dan perintah seorang ibu. aku dah sihat. alhamdulillah.

kalau korang nak demam or dah demam. bagi tahu parents korang. doa mereka allah cepat makbulkan.
istifar jangan lupa..

ingat!!! jangan mencarut or salahkan tuhan. musibah itu datang dari ALLAH yang mungkin bawa 1000 rahmat buat kita..



zikir sepanjang aku demam ni hanya

istifar 1000 kali dan ayat kursi.

orang demam mudah setan nak dekat. sebab kita lemah. so, bentengnya ayat kursi tau. 

selamat beramal...

No comments:

Post a Comment