kengkawan

July 10, 2011

KEKADANG KITA NI BOLEH HILANG AKAL.

ASSALAMUALAIKUM.


hari ni baru ada kesempatan nak hupdate blog ni. semalam terpaksa balik rumah kakak secara mengejut kat sungai buloh. ni semua angkara perhimpunan bersih. niat aku perrrggghhhh... punye la baik nak pergi makan kat KL sentral. ingat depa tak la wat perhimpunan tu kat KL sentral.. sekali sesampai je kat Kl sentral... depa starting kat Kl sentral rupanya.


aku ape lagi menyebokkan diri la di situ. mula2 nak join.. sebab saja nak tengok apa yang berlaku. aku ni pantang sikit mende2 pelik2 ni. laju je nak join. bila fikir balik. cancel la. kang kene tahan. tak pasal2 aku duduk lokap. hahahaha..

tapi aku respect abis la pada student yang pergi sana. semangat abis.. ramai kot student yang pergi. ada dari kelantan, kedah. ade sorang yang sempat aku temu bual datang dari UUM sintok. 1 van. perrrgghhhh semangat nye.



okey aku ni bukan nye minat nak amik tau pasal politik ni.. just teramiktau je. motif bersih ni bagus. nak mansuhkan pilihan raya pos. okey la. bagi aku pilihan raya pos ni memang patut dimansuhkan. macam banduan dan penghuni pusat serenti. depa ni tak layak untuk mengundi. sebab berita politik tidak di sampaikan pada mereka.


lagi satu la. aku rasa, tak salah pon kerajaan ambil pendapat tu. terima atau tolak. tu pilihan kedua. pihak pembangkan mungkin ada sebab nak buat macam ni.
mereka tidak di beri peluang untuk bersuara. so, tindakan macam ni wajar bagi mereka.


presss?? aku tengok hanya memihak pada satu je. yang satu lagi di kutuk dan di tomah. aku pon kalau selalu di kutuk dan di tomah naik hangin. pihak kerajaan cukup untung sebab banyak media menyebelahi.
so, tak salah pon kan buka minda untuk terima.


bersih pon perlu fikir apa risiko yang bakal bersih terima. macam-macam. dengar pulak pihak peniaga nak sue bersih dan bayar ganti rugi. itu boleh membuatkan rakyat hilang kepercayaan pada pihak pembangkang. tak salah pon kalau bersih ni buat kat stadium macam saranan kerajaan. masing2 nak tunjuk ego. bertimbang rasa kan bagus..


one more thing.. pasal berita kat Tv 3 tadi.. tentang bayaran sapa yang pergi bersih.. macam tipu je... nape aku cakap macam tu.. yang di temuramah cakap macam ayat skrip. macam dah ada text yang tersusun rapi. bahasa yang guna pon bahasa buku. kalau betol itu luahan perasaan. mesti ada muka kesal. itu nampak na macam tipu. tapi tak tau lah kan.


hanya yang maha ESA yang mengetahui perkara sebenar.


tadi before aku nak balik kolej. kat KL sentral ada la segroup tourist ni tanya plan KTM. dah terlanjur aku sembang. aku pon tanya la. pendapat dia tentang apa yang terjadi kat kl..

nak tau dia cakap pew??

"masa kejadian I ada di situ. pagi I okey la jika nak dibanding dengan di US. lagi dasyat. ramai yang masuk wad. kalau I masa polis bertindak balas. I akan serang pihak polis."


see... tourist pon tau menilai. orang malaysia?? Lu fikir lah sendiri...



itu pendapat aku. sebab aku ni tak layak lagi untuk mengundi.
tapi aku yakin jika dapat di selesaikan secara aman.
ni tak akan berlaku,

4 comments:

  1. macam2 skrg .. tak suka politik T_T

    ReplyDelete
  2. ehh sama la,x cukup umo nk ngundi lagi,so malas nk msuk cmpur..tapi....lambat laun kena amek tahu jugak..negara kita...hmmm hmmmm

    ReplyDelete
  3. bagi fyna..demontrasi bukan jalan terbaik..tgklah apa dah jadi..btw itu pendapat masing2 =)

    ReplyDelete
  4. fyna:: betol. ramai yang dapat susah.. macam esma la. terpaksa cancel mkn kat mcd Kl sentral... :(

    ReplyDelete