kengkawan

July 6, 2011

LEPAS GERAM DENGAN LUDAH DALAM MINUMAN ORANG...

ASSALAMUALAIKUM


aku baru je selesai adakan rokol untuk semester baru bagi penghuni asrama perempuan kat kolej aku. rokol ni antara semester lima sahaja. esok baru libatkan semua semester.


apa yang berlaku?? kisah lampau kini telah terbongkar. cerita ni berlaku pada seorang kakak yang merupakan classmate aku.


sebelom aku nak story benda ni. apa perasaan korang kalau korang tahu ada orang ludah dalam cawan korang dan korang minum air tu???


jijik?? ye, memang tepat sekali. ni la yang jadi pada classmate aku ni. budak tu satu bilik dengan classmate aku ni. dia tak puas hati apa dengan classmate aku tah, then untuk balas dendam dia ludah dalam cawan classmate aku ni. yang lebih sedeh nya orang yang buat tu PEREMPUAN.


buruk betol perangai. tadi kami semester 5 panggil lah dia tuk settlekan masalah ni kononnye. bia tanya dia cakap tak dak pape. then classmate aku ni mula la bukak cerita. dengan selambe muke tak salah, "ITU LAH YANG LAYAK UNTUK KO, AKU ADA HAK BUAT MACAM TU"

perrgghhhh.. cakap pasal hak kot. memang melampau gile. layak??? ko tak layak ludah pada sesiapa. apatah lagi nak bagi orang minum air ludah ko. ko tak ada hak nak buat macam tu. sebab ko hak ALLAH. DIA lebih berhak atas ko.

bila keadaan mula tegang. aku dengan hilang sabar turut masuk campur. bukan nak panas kan keadaan. tapi feram dengan sikap dia yang tak ada sikit rasa bersalah atas apa yang dia buat... aku rasa macam nak tumbuk je muke dia. geraaammmmm gile lah..

aku pon cakap la dengan penuh hemah. aku tanye.. ooo, itu hak k.shiha, macam mana dengan hak k.nik?? dia berhak balas balik atas apa yang k.shiha buat..

dia cakap " pehal pulak. ingat aku nak??

oooo.. tau pon tak nak. ingat orang yang ko dajal tu nak ke ko wat macam tu. pandai aje.. tak guna dapat president award tiap sem. tak guna dapat pointer 3.96 kalau akhlak buruk, hati busuk jiwa gelap.

dah la perempuan.


aku cukup sedeh tadi. sedeh dengan sikap dia. sayang, muka cantik. minda pandai. tapi, akhlak??? NAUZUBILLAH

allah dah bagi signal kat ko dah. mulut ko sumbing sebab eksiden. tu pon ko tak reti nak sedar?? aku bukan nak hina orang ni. tapi itu selayak untuk dia.


kalau korang??? boleh bayang tak kalau pekara ni jadi kat korang???

apa tindakan korang erk???

No comments:

Post a Comment