kengkawan

July 4, 2011

MANUSIA MUDAH ALPA DAN MUDAH LUPA

ASSALAMUALAIKUM

kekadang aku pelik dengan segelintir sikap manusia yang tak pernah nak ingat jasa orang yang pernah tolong kita. ade la jugak aku dengar anak yang lupa jasa ibu bapak. itu mmang makin ramai lah. dan itu memang akan jadi, dalam Quran pon dan citer. Quran tak berdusta.



sifat manusia yang selalu khilaf dalam buat keje. aku pon selalu la jugak buat salah. ala, no human perfect right. tapi, sampai bila korang nak guna pakai ayat yang aku rasa zaman tok janggut pon guna. tah tah zaman laksamana Hang Tuah pon ada guna ayat ni. memang wasiat yang turun kemurun betol.



dulu pon aku pon tergolong dalam golongan yang cam gitu. itu masa zaman yang aku rasa Hang Tuah lah hero aku. tapi la nie tak ada lagi super hero. so, aku pon tak la guna ayat mintak penampar tu.


aku tahu kekadang ni kita tak buleh ingat semua benda. sebab kita dilahirkan tidak 100% sempurna. sebab tu la kita di lahirkan berpasangan untuk menyempurnakan kehidupan. tapi, jangan la terlalu melampau sangat. sampai jasa orang yang pernah tolong korang  korang lupakan. dan buat buat lupa.


bukan pada ibu bapa je. tapi pada kawan kawan. adik beradik. sesiapa yang penah tabur jasa pada korang. tak kira la tu perkara remeh ke perkara yang siyes. korang should alert tentang ni. jangan sampai ada yang buat mulut  cakap korang ni tak kenang budi... kan tak best...


menyenangkan orang itu kan dapat pahala. korang tak kan tak mau kutip pahala bebanyak. lebih banyak orang yang senang dengan perbuatan korang. lebih banyak korang dapat pahala.


mari sama sama kumpul pahal dengan memaafkan orang. korang pasti hidup bahagia...

sedangkan Nabi Muhammad maafkan umat. ni kan kita yang hina ni....

MOHON JUTAAN KEMAAFAN...

dah macam hari raya dah...

1 comment:

  1. kemaafan tu adalah dendam yg pg indah ..ramai yg kata begitu kan?

    ReplyDelete