kengkawan

July 3, 2011

PERATURAN BUAT KORANG TERTEKAN???

ASSALAMUALAIKUM...

sesenja aku masih lagi mengadap komputer riba ni. nasib la aku ABC. so, tak adalah gelisar nak solatkan...
agak lama jugak aku tak bua entry ni. rasa rindu la pulak. aku sengaja padamkan laptop seminggu. nak habiskan masa dengan family.


aku sekarang ni dah mula semester baru. semester kelima. wahhh.. dah senior la aku ni. ehemmm..ehemmm.. nak buli junior la. hahahaha.

entry aku bukan pasal buli ke, aku excited nak balik kolej ke, aku sedih tinggalkan kampung ke. idak ye. entry aku pasal peraturan.. RULES.. LAWS..

aku tengok kat facebook kawan kawan aku. dah tiba masa untuk balik ke penjara.. ah..kolej macam penjara. macam macam lah. aku baca dengan senyuman yang seksi gitu. kolej aku ni bukan macam PTPL, bukan macam MAHSA, bukan macam LIM KOK WING. idak. aku kolej yang dibayar untuk belajar. so, banyak la peraturan yang kena ikut.


bagi aku, aku okey. kadang kadang ada la rungut sikit. tapu tak la sampai maki. mana mana tempat pon kalau belajar aku yakin pasti ada peraturan yang perlu kita ikut.


peraturan yang dibuat menambahkan tekanan.?? mungkin ya.. dan mungkin tidak.

aku dah biasa hidup dalam suasana asrama. dan aku dibesarkan dengan 1001 peraturan. itu tak bermakna aku jadi lupa diri bila peraturan dah makin longgar bila aku meningkat dewasa.

dan aku rasa best kalau ada peraturan. aku gila?? oke meh sini aku buktikan..


dalam islam sendiri ada ditegaskan larangan berzina. larangan itu kan peraturan. peraturan islam tak boleh berzina. cuba kalau korang tak ikut peraturan?? korang rasa korang boleh selamat kew?? aku tak rasa selamat. korang berisiko besar mengandung tanpa suami. mungkin korang dapat HIV. atau korang penghidap sifilis. selamat ke kalau dah ada macam macam penyakin dengan berzina?? tak kan.


so, peraturan yang dibuat di IPTA, IPTS, SEKOLAH malah dalam industri apa sekali pon pasti ada sebab musababnya. lain tempat lain la cara peraturannya..


jangan anggap peraturan, rules, laws ni sebagai beban. anggap ni biasa terjadi. cuba cari jalan, macam mana cara happy dan ceria nak follow peraturan or rules tu. kalau korang anngap bebanan. memang la korang stress. tangani rules dengan ceria..



peraturan kolej aku, bagi penghuni asrama tak buleh keluar tanpa tinggalkan nama di pak guard.

cara aku tangani dengan happy::: setiap nama yang aku tulis aku akan letakkan simbol smile =)
selain fikir positive. kalau aku kena culik or happen yang buruk2. atleast pihak kolej tahu aku kemana.

 ni jugak buatkan aku malas nak keluar. dan aku menghabiskan sisa masa dalam bilik sambil blogging..

2 comments:

  1. Entri yang bagus..kadang2 terdapat sesetngah orang xsuka peraturan..tp die xsedar akibat dr tidak mengikut peraturan tu..^_^

    ReplyDelete
  2. tapi ramai yang tak suka peraturan...

    ReplyDelete