kengkawan

July 23, 2011

PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN

ASSALAMUALAIKUM....

hari ini aku berjaya bangun awai. pukul 8:30 kot. wow amatlah awal. selalu tengahari baru aku terhegeh hegeh nak bangun. hari ni mimpi apa tah aku tetibe jadi anak dara yang teramatlah rajin.


sudah kebiasaan lepas subuh pasti aku tidur balik. kalau ikut pantang orang tua tua;
tak elok lepas subuh tidur balik. rezeki tak masuk. rezeki di patuk ayam. macam-macam la patang larang. tapi orang zaman sekarang ni bukan nak dengar sangat. lagi di buat ada lah.
haaaiisssshhh..


hari ni aku bukak album lama. bukan lah album sangat. gambar dalam laptop je. kalau tengok gambar ikot turutan umo. pasti aku ketawa terbahak-bahak. ye la betapa selekehnya aku masa usia 9 tahun. waaa...
rasa nak bunuh dan hapus je gambar tu.

kalau orang tengok. mau depa bahan aku sampai lebam. kalau incik sayang aku tengok. oh... tidak.. pasti aku diketawakan. dan time tu aku akan sorok muka aku dalam baju...


jom tengok perubahan wajah aku masa aku umur 16 tahun hingga sekarang. dari umur 16 je tau. sebab dalam laptop ada dari umur 16 je. time tu baru start pakai enset camera. (padahal pinjam henset abah).


masa umur 16 tahun

time ni aku dalam feri pulau pinang. cuti sekolah kan. aku pon langkah kaki tinggalkan rumah menuju ke kampung halaman. yeahh.. teman kan tok aku yang kesorangan di kampung. 
masa umur 16, mak aku dah lepaskan aku berdikari tau. 
aku balik kampung sesorang kot... 

masa umur 17 tahun

ni time aku tengah kerja. jugak kat penang. aku kerja kat ESSO station. umor 17 kot dah kerja. 
hehehehe. ni time tengah tunggu result SPM. kalau tak salah time ni baru 5 hari kerja.


masa umur 18 tahun

gambar ni aku make up sikit. konon perasan cantik la. time ni aku nak pergi daftar masuk kolej. tu agak bergaya sikit tu. mana la nak tau time daftar terjumpe lelaki idaman ke. so, make up la sikit. 


masa umur 19 tahun.

see... time ni dah start dah pakai selendang. wahh... kemain lagi . muke macam telur ayam dan itik pun still lagi nak ssenyum senyum. hahahah.
senyum nak tayang lesung batu tu je. 



masa umur 20 tahun (sekarang)

ni la rupa aku sekarang. amboi tudung tak mau kalah ni. haish...



seriusly, aku lebih suke masa aku umur 17 & 16 tahun dulu. muke innocent je. baik je. time tu memang aku baik pon. 
uweeekkkkkk..


ye la muka aku masa tu seketul jerawat pon tak dak. sekarang ni. haissshhhh... incik jururawat ni tumbuh tak ikut time betol. ekot suke hati dia je. 


pape pon. incik jerawat. pergi la jejauh ye. saya bukan tak suke kat anda. tapi anda ni comel sangat. so, anda pergilah pada orang yang lebih comel dari aku...


korang pulak??? apa perubahan diri korang??? jom la kongsi ramai2..... 









No comments:

Post a Comment