kengkawan

July 7, 2011

TARAF NI BUAT ORANG LUPA DIRI

ASSALAMUALAIKUM

baru je lepas buat gotong royong kemas level. malam2 kemas level?? feel la sikit... baru best malam2 buat kerja.
okey. ni bukan nak story pasal kerja yang aku buat tadi.. bukan erk. aku nak story sikap dan tingkah laku.


hai, manusia ni mudah sangat la lupa diri. mudah sangat belagak hero. mudah sangat nak senang. mudah sangat nak relex. serba serbi nak mudah. tapi, susahkan orang lain.


ape yang aku meraban sesorang ni?? ni bukan entry meraban. eh.. idak. ni entry nak lepas ketidakpuasan hati aku sebagai seorang pelajar dan penghuni asrama. aku  pelajar seniorkat kolej aku ni. ye, cukup senior. lagi 5 bulan nak berambus dari kolej ni. dan dah cukup matang aku ni bergelar senior.


tapi bagi aku. senior ke, junior je sama je. tak ada bezanya. aku pon manusia yang ada hati dan perasaan. junior pon ada hati dan perasan.


tapi. kenapa dah jadi senior ni nak tunjuk hebat. ye aku tahu senior pernah jadi bahan masa junior dulu. time tu sumpah seranah bukan. time tu rasa nak maki bukan. kutuk macam2. so, senior nak buat seperti mana senior pernah kena dulu kew??? tak guna senior kutuk2 dulu. dak ada erti pon. sebab senior pon lebih kurang sama macam yang di sumpah seranah tu.


girls!!! aku tak kata korang jahat. dak. sikit pon idak. tapi kita duduk hostel sesama. guna koridor sesama. buang sampah dalam tong yang sama. tak salah pon korang tolong budak junior buat kerja. aku agak terasa bila ada mulut2 longkang junior mula hilang respect kat senior. nak harap aku sorang je yang tolong tadi.. tak beri kesan pape pon. alah.. bukan susah pon buat kerja. just mop je pon. kalau jijik sangat nak pegang batang mop tu.. duduk pantau pon dah okey. ni yang dok pergi buat kedai kopi kat hujung koridor pasal pe..


aku bukan apa. aku tak mau hilang respect junior pada senior. bagi aku tak ada istilah senior junior zaman sekarang ni. sekarang zaman moden. zaman di mana orang semua pakat berdikari. tak kan nak duduk tak takuk lama.


aku tak tegur korang sebab aku senior yang paling muda. aku respect korang sebab korang semua aku panggil kakak. tapi, tak kan usia korang membantutkan pemikiran kakak2 sekalian..


korang runsing pasal final projek??? kakak2 semua. aku pon sama macam korang. aku pon seperti korang. pelajar semester last. so, kita sama. tak kan korang tak buleh korban sikit masa untuk beribadah. yang korang mengopi kat tepi pindu tu buleh pulak. sesama la fikir ye. masing masing dah besa. sampai bila nak hidup untuk bergosip.


aku yakin. korang masuk bilik bukan buat projek pon. dok wat jugak kerja lain. so, belajarlah respect orang sekeliling kalau nak orang sekeliling respect kita. tak rugi mana pon...


aku ni tak layak tegur korang semua. sebab korang lagi tua dan matang dari aku. aku ni budak budak yang baru nak naik. itu yang korang cakap kan. so, fikir2 kan lah...



kepada yang bergotong royong sesama dengan aku... terima kasih bebanyak. aku bukan seorang ketua asrama yang cerewet.. aku macam korang jugak. tak suka di paksa. sama-sama buat. sama sama nimati. terima kasih bantu aku. kalau aku sorang jenuh jugak..

1 comment:

  1. hey ain singgah sini .
    nak mintk tlg cument entry ni leh ?

    http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html



    tq hihi

    ReplyDelete