kengkawan

August 31, 2011

MERDEKARAYA

ASSALAMUALAIKUM...

entry pendek untuk minggu raya ni.. 
hari ni bukan sahaja raya, tapi sambut merdeka.. MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!

tapi bagi aku biasa ja. sebab aku bukan nya raya sangat pon. duduk terperap je kat rumah. orang pagi raya sibuk beraya.. aku masih melingkar atas katil dengan diuit selimut tebal..

raya kali ni kurang berkesan bagi aku.. dan raya kali nie merupakan raya yang ke 5 aku tidak sertai solat raya sebab uzur.. sedey kot.. 5 tahun berturut-turut aku tak pergi solat raya.. alaha.. nasib la perempuan macam aku...  

okey la... terpaksa chow.. sebab sakit mata tengok screen laptop pecah. ni pon gune separuh screen je. terpaksa restore window... :(

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!

August 24, 2011

BERCUTI..

ASSALAMUALAIKUM..

entry pendek untuk hari ni..
sekarang aku kat PUDURAYA..

menunggu jam 11:15 untuk aku berlepas ke KUALA KANGSAR..
excited kemain la aku dapat balik raya awai dari orang lain.
yaaahhhhoooo...

tapi yang sedey pulak.. aku terpaksa cuti blogging jugak..
disebab kan brokband aku tak bayar so, jangan harap la aku boleh on9 kat rumah..

pada rakan blogger...

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..

minal aidil wal faizin..

assalamualaikum....

August 23, 2011

NOSTALGIA LAGU RAY..

ASSALAMUALAIKUM....

baru je bukak blog hari ni. baru settle jawab exam.. 
esok tinggal lagi satu paper before balik kampung raya..

seronok tidak terkata.

tadi masa bukak blog. 
abah khalisa komen blog aku.

aku pon terjah balik. 
balas kunjungan. 
rupanya abah khalisa ade wat contest la..


lagu yang memberi nostalgia adalah lagu NAZAM LEBARAN
nyanyian Dato' Siti.

apa yang jadi nostalgianya??
kejadian nie terjadi pada puasa ke 22 tahun 2002
time tu office abah aku ada buat malam berbuka puasa untuk semua staff dan keluarga.
lepas je solat magrib, majlis bersambung balik. makan-makan ala-ala hotel gitu.
banyak gile makanan. 

masa tu aku terlibat dengan persembahan. aku memang active dalam ramai-ramai anak-anak staff.
aku kena dendangkan lagu raya.
so, aku pon bawak la lagu Dato siti tu.

masa aku perform. tengah syok melalak atas stage tu.
heels yang aku pakai "terpeleut" 
tak tau terpeleut tu ape??  terpeleut tu ter.. ter... aku tak sure la.
kalau orang perak cakap terpeleut..

time tu malu gile. jenuh kot nak cover.
abis je perform. aku duduk belakang stage.. dan menangis. 
kawan aku suruh keluar makan. aku tak nak.... malu!!!!!!!!..

balik je rumah. aku kene gelak dengan family aku.
hampeh. abang aku lagi sakan gelakkan aku.

sejak hari tu, kalau aku dengar lagu NAZAM LEBARAN tu kompom aku gelak sampai pecah perut.
lucu kot..
serik aku nak perform atas stage pakai heels. 
sampai sekarang kot fobia.


itu nostalgia aku dengan lagu raya... korang pulak?? jom kongsi bersama ABAH KHALISA... 

August 22, 2011

SAYA JOIN BELLS CAFE CONTEST SEBAR DAN MENANG....

ASSALAMUALAIKUM...

malam malam ni rasa nak join contest. 
contest ni pasal makan.. 
aku suke makan makan ni. nak pulak tengah dalam proses nak gemokkan badan...


buat satu entri beserta gambar makanan favourite korang,tajuk entri tu mestilah CONTEST:BELLS CAFE,SEBAR & MENANG!
dan citer serba sedikit mengenai makanan tu...

makanan faveret?? kurang ada la. sebab aku suke makan. so, aku tak kisah makan ape saja yang tidak melangkah pantang larang aku. sebab aku ada alahan, terutama seafood.
tapi kekadang hentam je makan.


ni makanan korean. ni 1st time kot aku try makan. buleh bla la jugak makanan ni. nama aku tak tau la. lupe.
tapi, aku tak bu;eh bla sikit dengan nasik dia. sebab lembik. aku rasa bukan beras biasa. maybe beras pulut kot.
tapi yang sedap ikan yang besar tu. superb sedap. rasa lemon2 sikit. memang best la..
aku memang suke cube makanan pelik2 ni. tak salah habis duit pada menda makan.

aku nak tag kawan blogger aku...


saya tak di tag oleh sesiapa coz saya terjah blog owner contest ni.
so, saya di tag oleh suraya (owner blog) 


shiema sufian nak bagi duit raya!

assalamualaikum...

esma ismail nak join GA

korang nak join.. klik banner okey.. 


syarat2 nak join senang.. terjah belog pink kotak2  comel ni okey..

hadiah!!

RM10 kad topup untuk 10x pemenang

good luck!!!!

MINGGU EXAM... DAN AKU SUKE!!!

ASSALAMUALAIKUM...

menurut pengiraan masa dan hari aku. this week aku balik. yeahhhhh.... terasa tidak sabar nak balik. *padahal baru semalam aku balik kolej setelah dua hari bercuti di rumah..


mungkin orang akan cakap sejak bermenjak ni aku asyik balik kampung je.. nak buat macam mana dah orang ajak aku balik. aku pon ekot je la. bukan aku tong minyak kereta or bayar tol pon. just duduk dalam kerete.. tidur. sedar sedar dah sampai kampung.


alangkah indahnya dunia.

dan minggu ni aku balik lagi. cuti raya maaaaa... kompom la baliik.. dah beli kot tiket bas KUALA LUMPUR-KUALA KANGSAR. tiket 11.00 pagi khamis lagi. awai?? tu je yang ada. coz last minutes beli tiket. sebab kakak aku cancel balik raya kampung. so, aku terpaksa la balik naik bus.


minggu ni  exam sebenarnya... wah!! tidak sangka. dalam kesibukan berexam. aku sempat lagi online nie... dussshhhhh..


jom study jom... esok exam PLC (programming logic circuit) wish me luck..



nak sambung study sambil bayang kan suasana dalam bas balik raya...


    

  

August 18, 2011

WALAUPON SIBUK.. BLOGGING TIDAK AKU TINGGALKAN..

ASSALAMUALAIKUM...


kesibukan aku ni tak bermakna aku tidak luangkan masa dengan berblogging. kekadang aku akan curi sejam dua untuk aku berblogging. even aku tengah melambak esemen macam sekarang ni. tapi, sempat lagi aku bukak lappy aku, semata-mata nak blogging..


ada yang akan berasa jemu bila blog kita tidak ada pengunjung. bagi aku, itu tidak penting. aku berblogging because ni minat aku. kalau dulu aku lebih focus pada diari. setiap apa yang ingin aku coretkan, akan aku lakarkan dalam sebuah buku yang tebal. kali ni, aku lebih focuskan pada blog aku.


tapi, aku masih tidak dapat tinggalkan habit aku menulis diari. bagi aku menulis diari ni satu kepuasan. serba serbi mak nenek aku tulis. even perkara yang tak masuk akal pon.
diari aku, sapa nak baca dan siapa peduli kan.



pernah dulu parents aku terbaca diari aku. masa tu usia aku 15 tahun. see.. dah lama aku ber"diari" ni. terkantoi yang aku ni pernah curi duit mak aku sebab nak beli novel RAMLEE AWANG MURSHID (RANGAU). 
masa tu aku tak kena bantai sebab dalam diari tu aku tulis yang aku menyesal dan nak ganti balik duit mak aku.
jahatkan aku kecik-kecik dulu...


pernah jugak incik sayang aku baca diari milik aku masa menunggu bus di puduraya untuk pulang ke kampung. time tu aku tertidur sebab aku demam. mula-mula aku tak tahu.
bila aku cakap nak muntah dia cakap
" kesakitan padamu, tetap aku rasa padaku" 
tercengang aku. tak jadi aku nak muntah. ayat tu sejibik dalam diari aku. aku bukak beg laptop aku. terkial aku cari diari warna biru..

tidak!!!!! hilang...
gelabah aku sekejap. bila dia tunjuk diari kat tangan dia. aku tetiba menangis...
ah... sensitif nya aku...
bukan sebab aku marah. tapi lebih pada malu. sebab time tu tahun pertama aku mula bercinta. ayat dalam diari tu. jiwang kemain.
malu tahap gaban la...


antara blogging dan menulis diari.
keduanya aku minat sebab dua-dua memerlukan aku mengeluarkan idea. dan kedua-duanya jugak memerlukan aku berkarya..


p/s::: aku student kejuruteraan erk.. bukan sastera.... 


August 17, 2011

HEY LELAKI KAU MEMANG TAK GUNA BUAT PEREMPUAN MACAM TU.

ASSALAMUALAIKUM..

ini entry nak cari gaduh. lelaki yang aku nak cari pasal ni bukan incik sayang aku okey. incik sayang aku baik. tak buat aku macam ni. berani dia kecewakan aku.
aku kerat "tiittttt" dia. aku blander bagi hancur then aku kasi anjing makan..

mungkin sebab aku ni gangster kampung DUSUN (nama kampung aku) so, incik sayang aku tak berani lah kecewakan aku..
sayang incik sayang... kumpul duit cepat-cepat then pinang I okey.


opssss... iklan jap.. bukan nak tunjuk incik sayang yang berkepala besar ni erk.. 

aku agak pelik dengan segelintir lelaki. bila kau chatting dengan perempuan lain. duk ber"awak-awak" when awek korang melenting. korang cakap just a friend.

tapi bile it happen pada korang. korang tuduh awek korang curang. pasang jantan lain. 
yang korang dok menggatal korang tak pernah nak fikir pulak...

apa hal tetibe aku nak meleting tak tentu pasal erk?? adakah aku ni mengalami meroyan. atau aku sedang disampuk sawan babibun?
tidak!!!! semua itu tidak benar sama sekali.



aku just kasian kan seorang kawan aku ni. merendam kemarahan sebab sikap boyfriend dia yang macam lahanat. aku as kawan. tak sampai hati melihat kepura-puraan dia berlakon untuk bergembira. 

aku main tuduh??
itu tidak mungkin. banyak bukti dan saksi yang menunjukkan yang kecurangan berlaku.

mula-mua aku dengar yang lelaki tu bergayut malam. around pukul 12 keatas. padahal aku duk lepak dengan perempuan ni hampir setiap malam. dan selalunya mencecah pukul 2 pagi. menyiapkan kerja bersama. 
dengan sapa lagi laki tu bergayut kalau tidak dengan perempuan lain..

ok!! itu satu tuduhan tanpa bukti.

seminggu lepas aku dengar khabar yang tak tahu betol ke tidak. perempuan tu cerita sendiri pada aku yang EX-lelaki tu add facebook perempuan tu. EX-lelaki tu cakap yang mereka still lagi kaple. 
yang tu lagi aku hangin dengan jantan lahanat tu. rasa nak shoot je. 

itu mungkin fitnah..

beberapa hari lepas tu. perempuan tu terima layanan buruk oleh lelaki tu. depan kawan-kawan perempuan tu aki tu jatuh kan air muka perempuan tu. depan aku.. aku lagi bertambah menyampah...

mungkin aku terlalu ikutkan perasaan....


dan peristiwa kelmarin. bila kecoh dalam class aku yang lelaki tu komen-komen manja di blog dengan perempuan tu.. 
aku jadi ingin tahu. aku nak perjelaskan yang aku ni bukan paranoid. ni benar terjadi...
aku stalker blog lelaki tu dan EX-lelaki tu kononnya. 
dan buah mulut orang benar. tidak salah. 
yang aku jadi lebih marah bila kawan aku back up lelaki tu padahal bukti dah ada depan mata...


kau memang jantan tak guna.. aku nak sebut or dengar nama ko pon aku tak lalu. bila aku terserempak dengan kau wahai jantan lahanat... aku rasa macam nak bunuh or lempang kau sepuas hati aku..

ah.. kau tak hensem mana pon. jantan ko siyes tak hensem. tapi, kau beruntung ada orang sayang kau even kecurangan kau dah ada depan mata..

dan untuk pengatahuan kau wahai jantan lahanat... aku memang benci kau masa aku mula-mula daftar masuk kolej. sebab perangai kau dah buleh tunjukkan kau pemain perasaan orang... 
dan kau adalah LOSER ever.. 

GA duit raya dari niera

assalamualaikum...

join GA lagi..


pendapat tentang blog AISYAH HUMAIRH

pemilik yang cantik and comel... 
belog yang pinky..
entry yang bagus *cara penyampaian.
simple dimple apple.... 

tag my frenz


tarikh tutup : 21 ogos 2011 (pindaan tarikh terpulang pd admin)

jom join ramai2...

MEMBIANG HARI PEMBEBASAN DI PENJARA KONGKRIT BEWARNA HIJAU...

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni genap lagi empat bulan aku akan di bebaskan dari penjara kongkrit yang dibina dengan design yang ama pelik. penjara yang bewarna hijau yang mempunyai 15 bilik beraircond, sebuah library, lengkap bercomputer yang penghuninya cerdik pandai dalam dunia IT dan technology.


see.. tu la penjara hijua.. sedar tak sedar. aku lagi 4 bulan nak tinggalkan bangunan hijau ni. dimana tempat aku menimba ilmu untuk mendapat diploma kejuruteraan electronik.

selama dua tahun lebih aku habiskan masa disini. dibangunan hijau ini. di bandar yang penuh dengan kesesakan. dan aku pasti merindukan kesesakan itu saat aku pulang ke kampung.

tapi, rasa melonjak riang bila aku nak tinggalkan bangunan hijau ni. yeaahhhh...

aku hargai ilmu yang aku dapat di bangunan hijau ni. tapi, aku amat tidak sukakan persekitaran yang sempit dan hanya terikat dengan dinding kongkrit. rimass...

pandang kiri dinding.. pandang kanan dinding... pandang belakang dinding. pandang depan aku hanya nampak pintu pagar yang besar yang sentiasa tertutup.
rimas...

stresss???? teramat lah streessss. bukan stresss belajar sangat pon. tapi environment yang buatkan aku stressss... persekitaran.
pakar psikologi ada cakap. faktor persekitaran mempengaruhi pembentukan minda.
dan aku harap, lepas aku keluar dari kolej ni. aku dapat memperluaskan minda aku dengan aku teroka segala bidang aspek yang sekarang ni menjadi tanda tanya aku saat ni.


menolak UITM dulu???

aku tidak pernah menyesal menolak 100% tawaran kemasukan ke uitm dua tahun yang lalu. malah aku rasa bersyukur tidak terikat dengan hutang bila aku terpaksa buat pinjamam PTPTN bila aku ke uitm.

pengurusan perakaunan. tawaran yang aku tolak mentah-mentah. bukan aku tak buleh bawak subjek tu. aku ada basic akaun sejak aku di tingkatan 3 lagi.
ambil KHB topik akaun di tingkatan tiga. belajar kos lepas, kos hangus dan sebagainya...
sambung ekonomi asas di tingkatan empat dan lima.. ambil tuisyen prinsip akaun di luar sekolah.
itu sebenar boleh menjadi penyumbang pada aku untuk berjaya dengan bidang perakaunan. cewahhhhh.........


tapi, aku memilih kolej yang tidak pernah menjadi impian semua orang untuk daftar. kolej yang tidak fames untuk orang lain banggakan. kolej yang kecik dan sempit. kolej usang yang tidak digemari.

sebabnya!!! tawaran yang aku terima mancabar dan buleh mengasah minda aku untuk aku terus maju. basic dalam kejuruteraan zero. kosong.
aku gagah jalani hingga kehari ni..


KKTM...


huh... sekali dengar pasti orang akan cakap keretapi tanah melayu ke??
ohhh... silap ye cik jah... KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA. yang sekarang ni sudah dibuka di setiap negeri di MALAYSIA.

negeri sembilan : KKTM REMBAU
johor : KKTM LEDANG
melaka : KKTM MASJID TANAH
kelantan : KKTM PASIR MAS
penang : KKTM BALIK PULAU
terengganu : KKTM KEMAMAN
pahang : KKTM KUANTAN
selangor : KKTM PETALING JAYA, KKTM BERANANG


jangan bangga korang lahir dari UNIVERSITI yang gah.. jangan berlagak korang dari UNIVERSITI yang terunggul.
sebab kejayaan korang bukan dari institut pengajian. tetapi dari ilmu yang korang amalkan.


aku bangga menjadi pelajar KKTM. sebab aku dibayar untuk belajar dan aku tidak terikat dengan mana-mana badan pinjaman. :)

terima kasih pada ALLAH sebab aku menolak tawaran UITM dulu. sebab ALLAH bagi aku rezeki dan kelebihan...

syukur ya rabb...

p/s:: bukan nak jatuhkan mana-mana pihak... tapi agak terkilan kawan-kawan aku bangga dengan IPTA yang dia lanjutkan...

August 16, 2011

First Giveaway by Amalina Athman

assalamualaikum...

GA lagi.. wah.. gila GA betol..


 1- Jadi follower blog ini ( optional )2- Buat satu entry bertajuk " First Giveaway by Amalina Athman"
3- Copy n paste banner di atas ke dalam entry tersebut serta backlink ke entry ini.
4- Masukkan senarai sponsor dibawah ni dalam entry penyertaan anda:




5- Follow blog2 sponsor di atas.
6- Tag beberapa orang blogger( tak wajib )
7- Setelah selesai mengikuti syarat2 di atas, hantarkan penyertaan anda di ruangan komen kat entry ni. Jika hantar di ruangan komen entry yang lain, tidak akan di layan.


jadi apa tunggu lagi... jom la join... 

QISTINA 1ST GA

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni rasa kemalasan nak buat entry panjang. 
so, aku just nak join contest je lah...


nak join.. klik banner yang comel nie... 

Tarikh tamat : 20/8/2011 (Tarikh x akan diubah)

hadiah!!!!!

Pertama : RM 50 top up
Kedua : RM 50 top up
Ketiga : RM 30 top up
Keempat : RM 30 top up
Kelima : RM 30 top up
Keenam : RM 20 top up
Ketujuh : RM 20 top up
Kelapan : RM 20 top up

aku tag:


selamat mencuba GA ni... 

August 15, 2011

BERBUKE PUASA.. DAN BERFOYA-FOYA...

ASSALAMUALAIKUM...

menurut tajuk entry di atas. sudah tertu anku nak story pasal bersiar sambil borong barang raya serta berbuka puasa di luar.

okey, sepatut nya entry ni aku post malam semalam. di sebabkan keletihan dan banyak esemen yang perlu aku settlekan. so, aku tunda. jadi, aku post hari ni lah. walaupon hampir basi. tapi buleh panaskan balik kan??

semalam ahad. ye semalam ahad. semalam sunday. ye semalam sunday. kalau dibulan bukan puasa. pasti hari ahad merupakan hari lapar aku. ye la, aku terpaksa ikat perut sampai ke malam untuk menunggu kedai makam belakang kolej aku ni bukak.

tapi, bulan puasa. lapa ke kenyang ke. aku tatap tak buleh nak makan siang hari. berdosa tau..
bangun je dari tidur aku yang dengkurnya amatlah dasyat, roommate aku ajak pergi masjid india shopping.

aku!!! tak pikir panjang terus setuju. walaupon time tu jam pukul 5 petang. ada aku kisah. asal nama jalan buang duit, aku lah juara. kalau ada contest perabih duit. aku rasa, aku lah yang bakal bergelar johan pembazir.

dengan penuh riang ria raya aku keluar. melupakan esemen yang menimbun dan berlonggok. fikir pendek dengan  mengatakan "malam ni buat la"
memang pendek segala akal aku yang kancil ni, semata nak teman member shopping.


sampai di jalan masjid india. around 6:30 petang. lepas membeli kasut kami pon tersedar yang kami ni puasa. see, sungguh dasyat nafsu perabis duit aku. aku puasa pon aku tak sedar...
menuju ke KFC. perrrggggghhhhh. penuh giler. sampai tak ada tempat. terus batal hasrat nak ngap KFC.


dengan muke sememmeh coz tak dapat lagi tempat berbuke, padahal jam pukul 7:05. tetibe lalu depan SOGO. pe hal orang ramai depan SOGO time magrib2 camgini. tak puasa ke semua orang...


ohhhh... tidak.. semua ni menunggu time berbuke. bersila depan SOGO berjemaah. wahhh... hebat betul orang melayu ni. sanggup makan depan SOGO semata shopping punya pasal...
ce korang pergi terawih camgini... tersenyum imam sedunia.







best jugak la makam kat depan SOGO tu. memandang kan tahun ni aku last di KL insyaallah. so, aku teruje dapat buat benda pelik before aku abis belajar dan pulang ke kampung halaman.

okey. setakat ini untuk hari ni. sekian..

incik esemen dah menjerit-jerit panggil aku tuk siapkan kerja... wasalam....