kengkawan

August 6, 2011

BERBUKA KESEORANGAN?? TIDAK UNTUK HARI INI...

ASSALAMUALAIKUM...

kalau semalam aku berbuke sambil menitik air mata sebab teringat mak kat kampung angkara berbuka puasa seorang diri.

hari ni tidak lagi berbuka seorang diri.

hari ni aku merayap sakan. walaupon aku tak bersahur. aku tetap semangat. sebenarnya agak terkilan jugak la sebab tak bersahur. aku pon tak tahu kenapa aku buleh tak sedar jam berbunyi. pertama dalam sejarah.
biasanya aku jam baru bergetar aku dah tutup. sakit kepala nak dengar jam berbunyi.
tapi, hari ni boleh tak ssedar jam berbunyi pukul 5 pagi..
sedar sedar dah pukul 8. sah aku terlajak subuh. kelam kabut aku bangun mandi. solat subuh jam 8 pagi. memang nak penampar diri sendiri je rasanya..

lepas je aku mandi. buleh pulak aku sambung tidur. haaiiissshh.. memang kena sampuk hantu tidur kot. sampai buleh jadi cam gitu.

kol 10, bakal akak ipar aku massage. ecah. bakal kakak ipar yang tak tahan tu.
tanya aku dah bangun belom. aku pon cakap la baru je bangun.
cis... memang mintak penampar betol.

aku pon bersiap la. janji pukul 12 nak jumpe kat KL SENTRAL. aku pulak nak pergi jalan pasar kejap. cari barang.

nie bukan perisa air tau.. ni cecair etching...  FERRIC CHLORIDE. sejenis acid. 


lepas aku beli barang aku tu. baru aku pergi jumpe bakal akak ipar aku. ecehhh..
teman dia shopping raya..

kemain lagi dia shopping.. aku pulak naik letih berjalan.. *padahal aku lagi teruk kalau shopping.
satu jalan TAR la pusing. 
FIRST LADY,
MAIDIN
GULATIS,
HAJRA.
area bazar pon terjah jugak. 
dari depan sogo, sampai masjid jamek.
perrggghhhh.. letih kot. dah la pose. aku tanpa segan silu bersila dalam first lady. penat punya pasa. pedulik hapa aku. janji aku tak letih.


lepas abis shopping. kami ke kl sentral pulak. nak berbuke kat RASAMAS. 





ni la bakal kakak ipar aku.. 


ni la time aku lapar. tak sabar nak ngap ayam kat depan. nyam... nyammm... 
naik berat aku nie... aku suke.... 

1 comment: