kengkawan

August 17, 2011

MEMBIANG HARI PEMBEBASAN DI PENJARA KONGKRIT BEWARNA HIJAU...

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni genap lagi empat bulan aku akan di bebaskan dari penjara kongkrit yang dibina dengan design yang ama pelik. penjara yang bewarna hijau yang mempunyai 15 bilik beraircond, sebuah library, lengkap bercomputer yang penghuninya cerdik pandai dalam dunia IT dan technology.


see.. tu la penjara hijua.. sedar tak sedar. aku lagi 4 bulan nak tinggalkan bangunan hijau ni. dimana tempat aku menimba ilmu untuk mendapat diploma kejuruteraan electronik.

selama dua tahun lebih aku habiskan masa disini. dibangunan hijau ini. di bandar yang penuh dengan kesesakan. dan aku pasti merindukan kesesakan itu saat aku pulang ke kampung.

tapi, rasa melonjak riang bila aku nak tinggalkan bangunan hijau ni. yeaahhhh...

aku hargai ilmu yang aku dapat di bangunan hijau ni. tapi, aku amat tidak sukakan persekitaran yang sempit dan hanya terikat dengan dinding kongkrit. rimass...

pandang kiri dinding.. pandang kanan dinding... pandang belakang dinding. pandang depan aku hanya nampak pintu pagar yang besar yang sentiasa tertutup.
rimas...

stresss???? teramat lah streessss. bukan stresss belajar sangat pon. tapi environment yang buatkan aku stressss... persekitaran.
pakar psikologi ada cakap. faktor persekitaran mempengaruhi pembentukan minda.
dan aku harap, lepas aku keluar dari kolej ni. aku dapat memperluaskan minda aku dengan aku teroka segala bidang aspek yang sekarang ni menjadi tanda tanya aku saat ni.


menolak UITM dulu???

aku tidak pernah menyesal menolak 100% tawaran kemasukan ke uitm dua tahun yang lalu. malah aku rasa bersyukur tidak terikat dengan hutang bila aku terpaksa buat pinjamam PTPTN bila aku ke uitm.

pengurusan perakaunan. tawaran yang aku tolak mentah-mentah. bukan aku tak buleh bawak subjek tu. aku ada basic akaun sejak aku di tingkatan 3 lagi.
ambil KHB topik akaun di tingkatan tiga. belajar kos lepas, kos hangus dan sebagainya...
sambung ekonomi asas di tingkatan empat dan lima.. ambil tuisyen prinsip akaun di luar sekolah.
itu sebenar boleh menjadi penyumbang pada aku untuk berjaya dengan bidang perakaunan. cewahhhhh.........


tapi, aku memilih kolej yang tidak pernah menjadi impian semua orang untuk daftar. kolej yang tidak fames untuk orang lain banggakan. kolej yang kecik dan sempit. kolej usang yang tidak digemari.

sebabnya!!! tawaran yang aku terima mancabar dan buleh mengasah minda aku untuk aku terus maju. basic dalam kejuruteraan zero. kosong.
aku gagah jalani hingga kehari ni..


KKTM...


huh... sekali dengar pasti orang akan cakap keretapi tanah melayu ke??
ohhh... silap ye cik jah... KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA. yang sekarang ni sudah dibuka di setiap negeri di MALAYSIA.

negeri sembilan : KKTM REMBAU
johor : KKTM LEDANG
melaka : KKTM MASJID TANAH
kelantan : KKTM PASIR MAS
penang : KKTM BALIK PULAU
terengganu : KKTM KEMAMAN
pahang : KKTM KUANTAN
selangor : KKTM PETALING JAYA, KKTM BERANANG


jangan bangga korang lahir dari UNIVERSITI yang gah.. jangan berlagak korang dari UNIVERSITI yang terunggul.
sebab kejayaan korang bukan dari institut pengajian. tetapi dari ilmu yang korang amalkan.


aku bangga menjadi pelajar KKTM. sebab aku dibayar untuk belajar dan aku tidak terikat dengan mana-mana badan pinjaman. :)

terima kasih pada ALLAH sebab aku menolak tawaran UITM dulu. sebab ALLAH bagi aku rezeki dan kelebihan...

syukur ya rabb...

p/s:: bukan nak jatuhkan mana-mana pihak... tapi agak terkilan kawan-kawan aku bangga dengan IPTA yang dia lanjutkan...

No comments:

Post a Comment