kengkawan

August 23, 2011

NOSTALGIA LAGU RAY..

ASSALAMUALAIKUM....

baru je bukak blog hari ni. baru settle jawab exam.. 
esok tinggal lagi satu paper before balik kampung raya..

seronok tidak terkata.

tadi masa bukak blog. 
abah khalisa komen blog aku.

aku pon terjah balik. 
balas kunjungan. 
rupanya abah khalisa ade wat contest la..


lagu yang memberi nostalgia adalah lagu NAZAM LEBARAN
nyanyian Dato' Siti.

apa yang jadi nostalgianya??
kejadian nie terjadi pada puasa ke 22 tahun 2002
time tu office abah aku ada buat malam berbuka puasa untuk semua staff dan keluarga.
lepas je solat magrib, majlis bersambung balik. makan-makan ala-ala hotel gitu.
banyak gile makanan. 

masa tu aku terlibat dengan persembahan. aku memang active dalam ramai-ramai anak-anak staff.
aku kena dendangkan lagu raya.
so, aku pon bawak la lagu Dato siti tu.

masa aku perform. tengah syok melalak atas stage tu.
heels yang aku pakai "terpeleut" 
tak tau terpeleut tu ape??  terpeleut tu ter.. ter... aku tak sure la.
kalau orang perak cakap terpeleut..

time tu malu gile. jenuh kot nak cover.
abis je perform. aku duduk belakang stage.. dan menangis. 
kawan aku suruh keluar makan. aku tak nak.... malu!!!!!!!!..

balik je rumah. aku kene gelak dengan family aku.
hampeh. abang aku lagi sakan gelakkan aku.

sejak hari tu, kalau aku dengar lagu NAZAM LEBARAN tu kompom aku gelak sampai pecah perut.
lucu kot..
serik aku nak perform atas stage pakai heels. 
sampai sekarang kot fobia.


itu nostalgia aku dengan lagu raya... korang pulak?? jom kongsi bersama ABAH KHALISA... 

3 comments:

  1. perghhh... raye dah dekat sgt nie.... :D

    ReplyDelete
  2. sy tau terpeleut tu ape!! hehehe :p aiyookk :)

    ReplyDelete
  3. @Ku azhar : kalau bahasa melayu terpeleut tu ape erk?/ hahahha

    ReplyDelete