kengkawan

August 8, 2011

SEDANG CUBA BAIKI DIRI SENDIRI ITU ADALAH JALAN TERBAIK...

ASSALAMUALAIKUM...




bulan puasa ni, jika kita dekatkan diri pasa ALLAH s.w.t. insyaallah hidayah pasti akan menyusul.
dalam usia aku yang mencapai 20 tahun ni. macam-macam yang aku lalui. baru 20 tahun hidup, aku dah rasa bagai berabad lamanya.


kekadang tu timbul jugak rasa nak mati kan. almaklumlah. aku ni remaja yang kurang matang. kekadang rasa terhimpit dalam dunia ni. bila masalah menyerag, macam macam la terjadi. macam macam jugak aku berfikir.


kalau dulu aku ni mulut dah macam bertih jagung. tak henti bercerita. macam macam la aku cerita. dari mengumpat orang sampai buka pekung sendiri pon ku tak sedar.
aip... sungguh tak mature aku masa tu.


bila aku renung " banyak berkata-kata, banyak juga dosa nya" 
lukman hakim pon ada tinggalkan pesanan buat anak nya "baik mulut nya, baik jugak hatinya"
perrrggggghhhhhh.. time tu memang kena sedepek kat batang hidung. bukan takat batang hidung je. pipi, dahi mulut semua kena.


insaf la kejap. lame-lame buat balik. dah nama pon habit. memang payah la nak buang ye dak. masa tu, makan masa bertahun jugak la.
bila usia menjangkau 18 tahun. time tu aku di tarik nikmat berkawan. ,time tu aku kurang berkawan. ha, kat situ aku sedih tahap gaban. ye la tak ada kawan. mane tak sedihnya. ada masalah aku simpan sesorang. sampai masuk wad sebab migrain.


tu, ujian allah, dan signal pada aku kot untuk aku bertaubat. dan aku terima dengan redha. masa tu aku lebih banyak menyendiri. lebih banyak berkerja dari bercakap. sebenarnya tu lah tuntuntan nabi. selama ni aku yang ingkar suruhan alllah.


bila dah tersungkur, baru la aku terhegeh mengadah. tapi, aku bersyukur yang aku sedar awal. bukan saat nyawa dihujung tanduk. bersyukur yang teramat tahap gaban la.


bila keadaan menimpa aku. aku cube sedaya upaya dengan jayanya memperbaiki diri aku ni. dengan muhasabah la yang paling berkesan. bila hati kosong,  mesti nak isi sesuatu ye dak?? so, aku pon mula la isi hati aku ni dengan sikap yang lebih positive macam aku isi baju dalam beg. main sumbat je.


tapi tak pe. aku sumbat menda yang positive. so, berat macam mana pon beg tu. tetap aku boleh galas.
okey tak perumpamaan aku..
aku kalau nak buat perumpamaan sendiri teror la. tapi kalau tatabahasa kompom hancus. silapsilap cikgu bahasa melayu saman aku sebab aku merosakkan bahasa kebangsaan


jom la sesama baiki diri. mulakan penghijrahan. semoga allah merahmati... selamat beramal..


selamat jalani ibadah puasa 
&
selamat berbuka..... 










6 comments:

  1. ye aku.. atleast aku sedar kesilapan diri aku... ecehhhhh....

    ReplyDelete
  2. Baguslah,

    i loikkkee..tak mcm aku kan..




    umpphhh.

    ReplyDelete
  3. ala... ko pon kena la berazam tuk berubah... fighting...

    ReplyDelete
  4. cik la... tak kawen lagi tau....

    ReplyDelete