kengkawan

August 18, 2011

WALAUPON SIBUK.. BLOGGING TIDAK AKU TINGGALKAN..

ASSALAMUALAIKUM...


kesibukan aku ni tak bermakna aku tidak luangkan masa dengan berblogging. kekadang aku akan curi sejam dua untuk aku berblogging. even aku tengah melambak esemen macam sekarang ni. tapi, sempat lagi aku bukak lappy aku, semata-mata nak blogging..


ada yang akan berasa jemu bila blog kita tidak ada pengunjung. bagi aku, itu tidak penting. aku berblogging because ni minat aku. kalau dulu aku lebih focus pada diari. setiap apa yang ingin aku coretkan, akan aku lakarkan dalam sebuah buku yang tebal. kali ni, aku lebih focuskan pada blog aku.


tapi, aku masih tidak dapat tinggalkan habit aku menulis diari. bagi aku menulis diari ni satu kepuasan. serba serbi mak nenek aku tulis. even perkara yang tak masuk akal pon.
diari aku, sapa nak baca dan siapa peduli kan.



pernah dulu parents aku terbaca diari aku. masa tu usia aku 15 tahun. see.. dah lama aku ber"diari" ni. terkantoi yang aku ni pernah curi duit mak aku sebab nak beli novel RAMLEE AWANG MURSHID (RANGAU). 
masa tu aku tak kena bantai sebab dalam diari tu aku tulis yang aku menyesal dan nak ganti balik duit mak aku.
jahatkan aku kecik-kecik dulu...


pernah jugak incik sayang aku baca diari milik aku masa menunggu bus di puduraya untuk pulang ke kampung. time tu aku tertidur sebab aku demam. mula-mula aku tak tahu.
bila aku cakap nak muntah dia cakap
" kesakitan padamu, tetap aku rasa padaku" 
tercengang aku. tak jadi aku nak muntah. ayat tu sejibik dalam diari aku. aku bukak beg laptop aku. terkial aku cari diari warna biru..

tidak!!!!! hilang...
gelabah aku sekejap. bila dia tunjuk diari kat tangan dia. aku tetiba menangis...
ah... sensitif nya aku...
bukan sebab aku marah. tapi lebih pada malu. sebab time tu tahun pertama aku mula bercinta. ayat dalam diari tu. jiwang kemain.
malu tahap gaban la...


antara blogging dan menulis diari.
keduanya aku minat sebab dua-dua memerlukan aku mengeluarkan idea. dan kedua-duanya jugak memerlukan aku berkarya..


p/s::: aku student kejuruteraan erk.. bukan sastera.... 


No comments:

Post a Comment