kengkawan

August 7, 2011

YOU PUASA.. TAPI YOU SOLAT TAK???

ASSALAMUALAIKUM


semua orang buleh lakukan puasa sebab iya setahun sekali. cuba puasa kena buat seminggu sekali. mungkin ada yang tinggal. tapi. cuba puasa tu di lakukan selang sehari. aku yakin ramai yang akan tinggalkan puasa sepertimana tinggalnya solat 5 waktu.


bulan puasa ni. berlumba lumba orang nak datang ke masjid sebab nak terawih. yeahhh.. tepukan gemuruh pada yang tak lagi tinggal solah terawih. dan aku yakin untuk 10 hari terawai ni. saf kat masjid mesti penuh bukan kemain lagi. tapi masuk hari yang se-11. tinggal 5 saf je. orang pon kurang datang.
then, masuk pulak hari ke 20. aku dapat agak. pasti ada 1 atau 2 saf aja.


tapi ramai jugak dikalangan umat islam kini. solat terawih full 30 hari. tapi zohor tinggal, asar lebuh. subuh??? jangan harap. semua yang ado je. untuk pengatahuan semua. solat terawih di bulan puasa ni hanya lah SUNAT MU"AKAD. sunat yang di tuntut. dan solat fardhu lima waktu merupakan WAJIB.

puasa tuntutan agama dan rukun islam ke-4 manakala, solat rukun islam yang ke-2. so, solat lebih utama. macam mana kelancaran ibadah puasa korang jika solat korang tinggalkan?
puasa korang sah. tapi, amalan ibadat?? hanya Allah sahaja yang tahu.


cube la korang fikir. korang nak buat kek. semua kelengkapan siap. tapi. korang lupe taruk telur dan serbuk penaik.
korang rasa jadi tak kek korang??
ye. kek korang menjadi. tapi mungkin keras, lembik. atau bentan. so, tak sempurna kan kek korang.


macam tu jugak la puasa tanpa solat. mungkin puasa korang sah. tapi, mungkin jugak puasa korang lemau, lembik, bentan dan kurang sempurna


jadikan lah bulan puasa ini permulaan penghijrahan korang. untuk korang lebih tawaduk dengan setiap apa ibadah yang korang lakukan.

tak rugi pon solat. siyes tak rugi. malah korang akan dapat ganjaran nanti. puasa korang pon akan sempurna. malah orang yang berpuasa dan bersolat. wajah lebih ceria dan bertenaga.




 

2 comments:

  1. terimakasih,


    aku terima nasihat kau dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  2. terima nasihat dengan terbuka jugak heee

    ReplyDelete