kengkawan

September 29, 2011

RINDU SUASANA DAHULU....

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni aku duduk saja.. esemen tak buat, projek tak sentuh... log book pon aku tak pandang. hari ni totaly relex.. bangun pon lambat je pagi tadi. nasib kelas pukul 11. tu pon aku masuk kelas lambat. pukul 10.45 baru aku sedar. kelam kabut aku mandi nak pergi kelas.


sumpah aku tak sedar langsung alarm aku berbunyi. masa pukul 6:30 pagi. dengan pukul 8:00 pagi sekali. dua-dua alarm aku tak sedar. which mean!!!! subuh pon aku tak solat lah.
haiyak....
solat subuh pukul 11 pagi kot. tak pernah di buat orang.

masa aku solat subuh tadi, ada yang tanya aku. wat dhuha ke K.ESMA (dah pangkat kakak kot)..
dhuha kejaadahnye... subuh pon tak solat.. kelam kabut siap nak ke kelas.

nasib masa aku masuk kelas lecturer keluar sat. de hal kate nye. so, selamat di situ.
untuk pengatahuan korang. aku diantara student yang selalu masuk lewat ke kelas... perangai buruk???
kisah pulak aku.. janji aku masuk dan focus dalam kelas....

focus ke??? ohhh tidak... kekadang tu aku layu jugak..  nak marah aku?? jangan bajet suci la.. macam korang tak pernah buat...


hari ni aku bertembung dengan seorang student kolej aku ni. dia semester 4... dia ni boleh la dikatakan mat surau jugak la. ada jawatan kat dalam ahli lembaga surau..

dia offer aku join tilawah.. wakil kolej untuk pertandingan luar... mula tu agak berat jugak la nak join.. tapi, menda baikkan.. lagi pon aku dah lama tak bertaranum...

aku ni dulu sekolah agama.. mungkin ramai yang tak percaya. sebab aku ni bukan macam budak sekolah agama kan.. terukk!!!!!...

bukan aku jadi macam ni lepas aku abis sekolah ye... tidak sama sekali.. aku memang macam ni. before aku masuk sekolah agama dulu pon, aku lagi teruk dari sekarang... now!!! ada la perubahan sikit...

korang pernah join taranum??? serius best tau.. masa aku masuk kelas taranum time aku form 4 dulu.. semua yang join semua suara sedap-sedap... aku je suara tak sedap. wawawa.. tu pon perasan nak masuk jugak.

tapi, kalau korang join kelas taranum ni, kompom suara korang akan jadi sedap secara perlahan-lahan... serius tak tipu..

sebab belajar taranum pon, ada key tersendiri. macam artis belajar vokal. lebih kurang je. ada suara bass, suara halus. macam-macam lagi lah... tone bagi setiap lenggukan ayat pon berbeza.. sapa pernah belajar seni vokal dengan seni taranum. dapat lihat persamaan dan perbezaan penggunaan suara...


dulu masa sekolah form 1 dulu, aku pernah jugak ikut serta kelas vokal. tapi sekejab je. itu pon anjuran office abah aku. so, aku dapat la sikit perbandingan antara seni vokal dengan bertaranum...

tapi, aku bukan terpilih lagi untuk tilawah tu.. just ikut kelas je la. sebab rindu dengan suasana sekolah dulu. setiap sabtu masa aku form 4 and form 5 ada kelas taranum. best wo.. harap peluang ni dapat asah bakat aku dan memahirkan lagi skill aku dalam taranum yang telah lama aku tinggalkan..


mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... berrtarrannummmmmmm!!!!!!! 

September 27, 2011

LAMA PUNYA....

ASSALAMUAALIKUM...

sekarang ni memang payah sikit nak update blog. sambai busuk berkulat blog aku. haaaiiisssshh... jenuh jugak satg  kena basuh and cuci kasi wangi balik..

dalam kesibukan aku. aku tidak upa la nak coret seketol dua ayat kat blog aku ni.


lagi dua bulan aku akan tamat belajar. so, sekarang tengah berperang untuk kesejahteraan masa depan.. cewahh... kemain lagi ayat aku. tak mau kalah ni.

selepas hantar laptop repair dan tukar screenn... baru aku tahu laptop aku ni screen jenis LED... perrggghhhh... mahal tu.. LED.
cehhh... LED konon.. aku tengok sama je dengan laptop LDC. brightness sama je.. macam tak ada beza. bagi aku la kan. LCD dengan LED pada screen laptop lebih kurang. yang beza harga... hahahaha...


nak jadi photografer yang gedik... 

si gigi besar... :P

aku de topi 2... engkau ado??? pedulikan baju aku yang bersaiz M tu.. menyampah saiz S tak ada... :(

my lovely kolej.... :)

muke nikmat bile ada orang kipas di saat kepanasan di padang......

 gambar gambar ni masa aku kat JOHOR awal bulan tu... sekarang baru nak upload kan... serius ketinggalan zaman...

masa ni ade kejohanan sukan IKM/KKTM semalaysia... serius superb.

September 23, 2011

TERIMA KASIH MAK!!!!

ASSALAMUALUAIKUM..

pengorbanan mak memang tak ada tandingan. sebagai seorang anak. aku cuba jugak la nak balas segala jasa mak walaupon aku tahu itu mustahil.
sebab, jasa mak tak ada yang boleh jadi galang ganti...


tengahhari tadi aku terima call dari mak..

mak:: asu,(panggilan manje aku kat rumah okey) duit laptop mak dah masukkan. tapi 400 je. cukup tak??


aku:: mak cakap minggu depan. 


mak:: sian pulak sagt nak buat kerja. payah kan. screen dah pecah macam tu.


aku:: boleh guna lagi la mak. mak dah baik demam kew???


mak:: boleh lah...

tetibe time tu bunyi mak hembus hingus. meleleh air mata aku.
mak demam, tapi masih buleh ke bandar bank in duit kat aku. berdosanya aku. walaupon aku tak paksa mak. tapi... mak buat semua tu demi aku...


aku::: kan mak demam.. tak yah la masukkan lagi. nanti dah baik demam baru la mak masukkan. 


mak:: sikit je..dah tak payah nangis...  okey la. mak nak balik dah ni. nanti dah sampai rumah. 
mak kol balik.. blaja rajin2. esok pergi tukar cepat screen laptop.


aku::: terima kasih mak.. sayang mak...


besarnye pengorbanan mak kat aku. sanggup berpanas dan naik bus ke bandar semata nak bain in duit kan aku.

ya allah berdosanya aku susah kan mak.

mak.. asu sayang mak... asu mintak maaf sebab banyak susahkan mak selama 20 tahun asu hidup. jasa mak akan asu kenang sampai bila-bila..

korang!!!! doakan mak esma cepat sembuh demam ye...


asu sayang MAK!!!!!


September 22, 2011

KETANDUSAN IDEA.....

ASSALAMUALAIKUM...

memohon keredhaan dari allah agar blog ni masih bernyawa.
dan memohon ke ampunan dari allah, agar dosa tidak berganda.
memohon ke sejahteraan dari allah, agar semua sihat sejahtera...


memandangkan sekarang ni aku kurang berblogging.. aku mohon maaf kalau aku tak dapat nak usha blog korang semua yang cantik2.. aku nak mintak maaf jugak yang tag macam-macam contest. sorry erk... kurang masa nak join. tapi, ada jugak la yang aku join.. tak mau jual mahal. nanti orang tak mai singgah blog aku ni...
kalau aku femes tak pe. ni ceruk banat bukan kenal aku.


sekarang ni, buzy kemain aku. ye la, last year kan. buzy pon dah macam perdana menteri dah aku rasa. buzy punya la sakan. kerja??? aku rasa macam tak jalan. aku pon tak tahu lah. nak kata banyak main, tak jugak. tapi projek aku, macam tak terusik.


hari ni aku rest terlebih. tak study apa pon. masa dalam kelas CONTROL SYSTEM pon aku tidur je. dari awal kelas sampai ke kelas tamat.
apasal aku teruk sangat???
chill dulu kak yong, aku sesungut senggugut la. biasa la masalah perempuan yang tak dapat di elak. nak tak nak kena tahan la jugak. ye dak!!!



masa aku blogging tadi, ramai yang aku tengok anjurkan macam-macam jenis contest. ada yang style contest, ada lucky draw, ada candid contest. macam-macam la. tapi, aku tak join la.. bukan jual mahal. buzy la. ni pon  meluoakan kerja buat seketika sebab rindu nak blogging.

tiap hari aku tengok orang post entry tak SAHABAT BLOGGER, MARKAS BLOGGER dan DIARI SAHABAT BLOGGER...
tapi aku??? 1 entry pon tak berjaya nak hasilkan. kalau ada pon, tak sempat nak post link kat blogger fan page. sadis betol..


hari ni, disebabkan aku ketandusan idea, aku nak rojak semua cerita.. walaupon aku tahu hanya akan ada seorang dua je yang akan baca blog aku ni..
wawawawawawawa..


pagi tadi dapat email dari Pengurus Latihan Industri kolej aku...

TO STUDENT SEMESTER 5 HND ELECTRONIC ENGINEERING. HANYA 3 ORANG DARI 62 PELAJAR YANG BARU MANDAPAT TEMPAT UNTUK LATIHAN INDUSTRI.

SILA MOHON TEMPAT PRACTICAL ANDA SECEPAT MUNGKIN SEBELUM PINTU KESEMUA SYARIKAT DI TUTUP..

SILA DAPAT KAN NAMA SYARIKAT DI PUAN HASYIMAH SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT TEMPAT LAGI. SAPA CEPAT DIA DAPAT...


gerun pulak aku baca email ENCIK LI tu. baru 3 orang yang dapat tempat LI... risau kemain la aku ni. takut aku tak dapat mane-mane pulak. aku dah mohon banyak tempat. kilang, company.. semua aku mohon.
tapi, sampai sekarang aku tak dapat mana-mana lagi tempat practikal... risau nye..


bukan senang nak dapat. aku berharap dalam minggu depan pihak company yang aku pohon tu bagi surat balasan. cuak kot kalau orang lain semua dah dapat tempat. yang aku pulak terkontang kanting mencari.


aku hanya ada 1 bulan 2 minggu sahaja untuk tunggu jawapan mana-mana company.. nak cari rumah sewa lagi. kalau dapat kat TAIPING or PENANG  tak la risau sangat nak cari rumah.. tapi, kalau dapat area KL... naya nak cari rumah last minutes.. silap-silap tidur tepi jalan la jawab nye..


berdoa agar surat balasan permohonan LI dapat dalam kadar segera... amiiinnnnnnnnnn....

September 19, 2011

AKU DAN CAMERA....

ASSALAMUALIKUM...

bila aku kebosanan.. aku akan mula menggodek laptop kesayangan aku ni. mana tak nya... aku ni bukan cantik.. so, bila tengok gambar sendiri... mula la starting perasan cantik.. hahahah...

entry kali ni.. just nak show gambar-gambar aku yang hodoh ye.. waaaaaaaaaaaa...






teringin jugak la nak cantik kan.. tapi, kalau dah tak cantik tu... tak cantik jugak la... jangan nak perasan..

KAU MEMANG LELAKI DURJANA!!!!!

ASSALAMUALAIKUM....

korang pernah tak dipermainakan lelaki?? aku amat yakin ramai dikalangan korang ni pernah terjerat dengan cinta kasanova.

untuk kali ni entry aku ni bukan nak salahkan lelaki 100%. tapi, ini cerita benar yang terjadi. depan mata aku je kot. bukan cerita rekaan. 

bukak pekung kawan?? oh.. bukan maksud aku macam tu. aku bercerita bukan nak sibuk hal orang apatah lagi nak buruk-burukkan kawan sendiri. tetapi sebagai pengajaran dan teladan untuk kaum wanita ni lebih berhati-hati.

mungkin ada golongan yang akan terasa tersentuh or tertacing. memang aku sengaja nak kasi tacing pon. biar ada kesedaran. selagi tak tacing, bukan dia nak sedar pon kan..

penipuan dalam bercinta...

bukan mudah nak percaya kan orang 100%. kemungkinan tu amat lah tipis. tapi, bila di beri kepercayaan tentang perhubungan 100%. pasti ada yang bersikap lepas pandang dan mula naik tanduk setan untuk menghancurkan keseluruhan kepercayaan.

kalau dulu, awek kau gila curiga. dan kau lelaki mula tabur berjuta-juta janji ke ladang gandum agar tidak berlaku curang dan sentiasa bersikap setia. saat kepercayaan diserahkan pada kau,lelaki... dengan mudah kau lemparkan kepercayaan tu dalam tong sampah je. 
dan kau memang lelaki jahanam....


bila saat, kepercayaan di taburkan, kau memberi kata-kata manis. bila kecurangan berbau hampir, kau menyakinkan itu semua fitnah untuk merosakkan perhubungan. tetapi, bila kepercayaan kembali pulih. hamis kecurangan makin hampir. dan hati, membohongi setiap hiduan yang terkesan..

dan, bila bukti kecurang mula terserlah. bau hamis sudah diketahui, kau,lelaki mula melunakkan nada, mengalunkan suara dengan ayat manis madu yang hampir melemahkan jiwa perempuan..
dan kau memang lelaki jahanam...


dan kini, tiada lagi kemaafan. tiada lagi kebodohan si wanita. sebab aku akan pastikan kau tidak dapat memiliki hati wanita itu kembali.. sebab aku tak akan biarkan kau menghancuri hati kecil kawan aku. aku tidak akan benarkan kau, lelaki durjana yang miang, mendekati kawan ku. sebab kau tidak layak untuk nya...


aku benci gila kat lelaki tu. tapi, tidak aku mention kan la siapa lelaki aku even aku benci tahan gaban kat dia. itu dah mengaibkan orang. so, tak mau la jatuhkan maruah orang walaupon dia sendiri yang membiarkan maruahnya tergelincir...

pandai gile kau belakon suci. berselindung di sebalik facebook yang kononnya menasihati semua remaja... ko memang sial la bro. dan untuk pengatahuan kau, aku benci gila kat kau since aku di semester satu lagi. sebab kau memang layak untuk di benci.


menyakiti kawan aku dengan ayat manis.. 
kau di fitnah???? 
kau tahu ke maksud fitnah tu???
dasar lelaki keparat. bukti dah jelas. saksi dah depan mata. kau masih nak tutup kesalahan.. 
masih lagi nak tegakkan benang yang basah.


mula dengan student UIA. kau cakap perempuan tu ex engkau.. dan yang kedua dengan student UITM... pergggghhhhhh... siap pegang tangan kat KL SENTRAL.. kakak angkat konon.. cilaka betol la kau lelaki...
awek kau berkhidmat dengan pihak kolej kat JOHOR dan kau berfoya dengan perempuan lain...

ya, awek kau tak nampak sebab dia kat JOHOR.. tapi, ko lupa yang ALLAH nampak setiap perbuatan kau.. tentera ALLAH ramai la weh... ko kan hebat sangat pasal agama kan. berhadis bagai untuk tutup kesalahan sendiri. tapi, kau lupa ALLAH tu ramai bala tentera..

dan sekarang!!!! kau boleh jalan. sebab kau loser. kau memang tak layak memberi nasihat kat orang. sebab ko bukan orang alim. nasihatkan diri ko dulu okey wahai lelaki jahanam...


kepada perempuan semua.... plisssssss la.. jangan ganggu hubungan orang even orang tu baru bercinta ke, bertunang ke, dah kawen ke. korang kena fikir tentang kaum sendiri.. cuba korang bayang kan it happen kat korang??? 
aku yakin yang korang pasti akan sakit. 

jangan musnahkan kaum sendiri. 

to perempuan semua. beware dengan pasangan korang... jangan beri 100% kepercayaan.
 kehancuran kepercayaan akan buat korang down.. 

to my friend.. chill ye. aku tahu kau seorang yang kuat semangat. ingat sayang... this our last semester. jangan sebab lelaki kau down... ingnore lelaki tu. aku yakin jodoh ko adalah jauh lagi baik dari sekarang. 

percayalah... lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..... 

September 18, 2011

2 IN 1 CONTEST BY YANA

assalamualaikum...

disebabkan sekarang ni aku makin malas nak hupdate blog. 
aku nak join this contest.. 

join contest je la. tak mau la blog ni di biarkan berhabuk
ye dak!!!


klik banner kalau korang nak join contest cik Yana nie...

mula.. nak join kedua2 contest yang cik yana buat. 
tapi, aku ni photogedik... bukan photogenic.. so, masuk lacky draw je la...

nak tag::

cik cute FARAH
cik comel ARMA
cik cantik BELLA

semoga berjaya.... >.<

AWAK NAK KERJA.. AWAK KENA BUKAK TUDUNG TAU....

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni genap seminggu pencarian kerja part time aku.. huh. payah jugak erk nak dapat kerja part time macam ni. bukan mudah rupanya. nak pulak kat area KL. maksud aku kerja part time yang halal la.. bukan yang kerja tak berapa nak senonoh kan.

kemain aku lagi nak buat part time ni ape hal erk???

ekceli, aku nak tambah income disebabkan kos pembaikpulih laptop kesayangan aku ni tinggi. nak harap duit elaun. jangan mimpi lah. kumpul enam bulan pon belom tentu dapat repair laptop. (nampak sangat elaun aku ciput) elaun aku ni just cukup makan je aku kat bandar metropolitan ni. kalat takan nak makan nasi lauk ikan ikan goreng hari-hari lepas la..

so, aku pon ligat la mencari kerja part time. mencari punya mencari punya mencari, tak jugak jumpa2. haissshhhhh,.. payah jugak cam gini.

semalam tergerak hati aku nak bukak email aku. kot la dah dapat job kan. eh.. ada yang reply permohonan part time tu la..


we dont mine taking you for this job but since this flayers is regarding with health care spa / massage service.....we looking for someone who can dress to attract people. we want a girl who can wear mini skirt but without tudung.

are u wiling to wear mini skirt? dress bit sexy? and dont wear tudung?
maybe if u worry of ur parents, u may wear tudung n long dress but once u reach to bukit bintang area...u can change ur dress to mini skirt n remove ur tudung n start ur 4 hrs or 6 hrs job by standing near complex entrance n giving flyers to any body passingby u . CAN?

see.. ni yang aku dapat feedback. really payah la nak dapat kerja part time yang boleh jana side income yang halal. 

aku tak salahkan pon the owner spa tu. nak promote spa kan. takkan nak pakai litup2 pulak. mesti la yang dedah sikit. yang nampak lurah dan gaung. 

so, the moral nye. memang payah la cari kerja part time yang okey kat area LEMBAH KLANG ni. huussshhhhh.. 

tetiba mulut teringin nak makan goreng pisang... NAK GERONG PISANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

September 16, 2011

MENCARI SETIAP SEN....

ASSALAMUALAIKUM..

memang sekarang ni musim aku kurang berblogging. musim kemalasan yang berganda. kerja tertangguh, blogging tidak. apa yang aku buat hanya tidur.. tidur dan terus tidur.

sebenarnya baru je aku balik dari johor. ada sukan ikm/kktm se-malaysia. kat sana dan macam sukan sukma dah aku tengok. first time aku pergi kot. beribu orang yang join.

entry ni bukan entry nak cerita masaaku kat johor kelmarin. aku nak cerita minda aku ligat berfikir. mencari setiap sen yang boleh untuk repair laptop yang makin cepat tumbesaran keretakannya pada screen.


duit.. kalau nak cerita pasal duit ni. sampai bila-bila pon tak abis. aku bukan dari katogori anak bangsawan. bukan jugak anak dermawan. tapi dilahirkan dalam keuarga yang biasa-biasa je. setiap apa yang aku ingin kan. aku akan fight sampai aku dapat.

so, bila dalam keadaan terdesak macam sekarang ni. rasa segan mengelinap la. segan untuk mengemis even pada adik beradik. so, sekarang ni dalam proses pencarian money.. nak mencari part time masa weekend.. apa erk pekerjaan yang sesuai untuk peajar masa weekeknd..


chow dulu... mencari ilham.....

September 9, 2011

LADIES DAN EGO

ASSALAMUALAIKUM...

perempuan... memang terkenal sangat dengan sikap yang sensitif... no wonder la perempuan ni mudah menangis (macam aku) dalam sensitif perempuan ni. pasti ada terselit sifat keegoaan. yang kadang kala melampaui batas.

lama jugak la aku tak hupdate blog kesayangan aku ni. ni semua akibat kebuzyan tahap maksima. dan dengan ini aku megurang kan ke putaran minima dengan menggunakan instruction programming minda. dengan itu aku dapat mengontrol tahap kebuzyan aku.

tapi, dalam tempoh aku menjana maksima buzy. aku tidak pernah berhenti blogging. aku lebih selesa menerjah lingkaran blogger yang lain untuk mengasah minda dan mereleasekan sistem kekejangan dalam otak.
oleh yang demikian, aku dapat melihat putaran kehidupan para blogger yang mungkin sedang mengalami kekusutan jiwa.

most dari blog yang aku terjah. semuanya berkisahkan kehidupan dia. perjalanan hidup korang. aku yakin blog adalah tempat sesuai untuk bercerita. tapi, ada certain perkara kita perlu jaga jugak. because of nak jaga hati semua pihak..

melalut kemain lagi aku..
dussshhhhhh... buang skema yang poyo... back to normal..

ramai kot yang aku tengok mudah terperdaya dengan pujukan lelaki. dalam laman sosial lagi la. usah di cakap la kan. aku pon hampir terjebak dalam kancah kegelian ni... eeeuuuwwwwww..
nasib aku ada protection pro active. so, aku adalah yang yang terbaik la dikalangan mereka.. *perasan tak sudah

bagi aku la kan... orang perempuan ni should protect diri dengan ego. tapi bukan ego yang keterlaluan.. sebab keegoan seorang permpuan ni mereka akan bertambah mahal.

pasai pe plak jadi lagu tu???

ye la.. keegoaan perempuan ni menyukarkan kaum lelaki memujuk rayu. mengambil kesempatan. biar kita jual mahal. sebab mahal tu bererti berharga. berharga dan payah untuk memiliki. bila dah dapat sayang untuk dilempar.. ye la.. beli mahal-mahal. dan buang.. tak ke sayang macam tu.

tapi!!!! berjaga-jaga... wanita yang ego ni menjadi makanan lelaki. lelaki yang bersifat syaitan akan cuba sedaya upaya untuk rosakkan perempuan ego..

September 5, 2011

CEMBURU TENGOK ORANG LAIN BERAYA SAKAN....

ASSALAMUALAIKUM...

raya tahun ni semua kawan-kawan aku beraya sakan. kawan sekolah, kawan facebook, kawan blogger,, semua spisis kawan aku la beraya sakan.

tapi bagi aku tidak... di pagi raya pon aku diselubungi selimut. hanya memerap di rumah samapi ke petang. petang menjelang, baru ada semangat sikit nak beraya lepas kawan baik aku yang balik ke malaysia kol ajak mai open house.
semangat kemain la time tu.

tapi, sat je la semangatnya. bila pulang kat rumah. kembali membuta.. pasai apa aku tahun ni murung erk...
mungkin sebab rungsing sebab laptop rosak. memikirkan kerja yang melonggok tak siap. jugak beraya tanpa orang tersayang.
sebab incik sayang kena kerja minggu raya.

tapi, yang jelas tergamabr kesuraman aku di hari raya. apabila pagi-pagi raya mak cancel untuk balik beraya dikampung. plan nak balik ke penang malam raya first.
bila aku bangun tidur jam 6:30 pagi. mak cakap tak jadi balik penang. malas katanya.

dengan angkah longlai, aku kembali kebilik dengan wajah yang muram dan kembali sambung tidur hingga jam menunjukkan pukul 12 tengah hari..

tak solat raya??
ye, memang aku tak solat raya. jujur aku bagi tahu. bukan sebab mood raya hilang aku malas pergi solat raya. tapi aku period dah...

ni lagi satu punca aku tak best beraya.. tiap kali pagi raya je, kompom aku period... masuk tahun ni dah lima tahun berturut-turut aku miss solat raya... senang cakap sejak aku dah besar [dah baligh]...
sedih sungguh...

tapi, masuk raya ke 4 aku rasa best.. sebab family aku buat open house. open la jugak. semua kawan-kawan adik abang dan kakak aku mai. kawan aku?? ahh... aku tak ada kawan kat area rumah. sebab aku bukan dibesarkan di KUALA KANGSAR. sekolah aku pon jauh dan kawan-kawan mostly bukan orang KUALA KANGSAR...

incik sayang??? dia tak mai rumah beraya. sibuk bekerja. ke rumah dia pon aku tak pergi. sedey tahu...
so, duit raya dari incik sayang pon tak dapat tahun ni. selama empat tahun bersama.. eceh... ni first time tak dapat duit raya dari incik sayang..

P/s::; incik sayang... apa kata kalau anda bank in duit raya tahun ni... T_T

September 4, 2011

BERMULA PEPERANGAN AKU DI MEDAN ILMU...

ASSALAMUALAIKUM...

setelah bercuti seminggu beraya. sekarang ni giliran untuk focus pada kerja dan assignment yang bakal aku susuri.
hai.,..rasa maas yang tidak keruan di buat nya. maklum je la.. cuti panjang. bila mula nak belajar mula la liat..

kerja untuk projek aku, aku kena siapkan this week. next week aku akan ke JOHOR seminggu. ikuti aktiviti IKM/KKTM se-MALAYSIA. so, kena la bekerja keras untuk minggu ni.

korang dah start puasa 6 belom?? moh la reramai start puasa esok. bagi kaum perempuan, jangan lepaskan peluang ni,. boleh sekali berpuasa ganti... hehehe..

kaum lelaki pulak.. tak salah pon puasa 6. pahala kot. selain beringat untuk menjaga hati setelah kita beraya sakan ye dak..

mungkin saat ni ramai pelajar IPTA/IPTS yang sudah pulang ke kolej masing-masing untuk continue study. macam tu jugak aku. jom la sesama pupuk sifat rajin setelah bermalasan di rumah dengan aktiviti beraya sakan...

bagi student degree tu, pasti tak sabar kan nak masuk semester baru. selamat kembali ke kelas aku ucapkan. dan kepada intake degree yang bakal daftar next week.. buat preparation betol-betol ye. jangan ada yang tercicir untuk berdaftar. dan selamat menempuh alam degree. :)

tak lupa jugak kepada pelajar yang berada dalam tahun akhir diploma or degree... selamat ye.  make sure korang tak sangkut mana-mana paper.. dan dapat abiskan study dengan tempoh yang dijangka.. bagi diploma elakkan ebih dari tiga tahun.. degree jangan lebih dari empat ye.. cepat2 clearkan paper yang sangkut tu...

sebelum aku terlupa... nak ucap jugak pada korang yang sudah bekerja. jalankan tanggungjawab dengan sempurna.. ingat!!!! jangan curi tulang.. cari rezeki yang berkat okey..

sekian...

out dulu okey, kepala pusing... sampai kolej petang tadi terus ngadap kerja yang kena settle before ke JOHOR next week... :)