kengkawan

September 18, 2011

AWAK NAK KERJA.. AWAK KENA BUKAK TUDUNG TAU....

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni genap seminggu pencarian kerja part time aku.. huh. payah jugak erk nak dapat kerja part time macam ni. bukan mudah rupanya. nak pulak kat area KL. maksud aku kerja part time yang halal la.. bukan yang kerja tak berapa nak senonoh kan.

kemain aku lagi nak buat part time ni ape hal erk???

ekceli, aku nak tambah income disebabkan kos pembaikpulih laptop kesayangan aku ni tinggi. nak harap duit elaun. jangan mimpi lah. kumpul enam bulan pon belom tentu dapat repair laptop. (nampak sangat elaun aku ciput) elaun aku ni just cukup makan je aku kat bandar metropolitan ni. kalat takan nak makan nasi lauk ikan ikan goreng hari-hari lepas la..

so, aku pon ligat la mencari kerja part time. mencari punya mencari punya mencari, tak jugak jumpa2. haissshhhhh,.. payah jugak cam gini.

semalam tergerak hati aku nak bukak email aku. kot la dah dapat job kan. eh.. ada yang reply permohonan part time tu la..


we dont mine taking you for this job but since this flayers is regarding with health care spa / massage service.....we looking for someone who can dress to attract people. we want a girl who can wear mini skirt but without tudung.

are u wiling to wear mini skirt? dress bit sexy? and dont wear tudung?
maybe if u worry of ur parents, u may wear tudung n long dress but once u reach to bukit bintang area...u can change ur dress to mini skirt n remove ur tudung n start ur 4 hrs or 6 hrs job by standing near complex entrance n giving flyers to any body passingby u . CAN?

see.. ni yang aku dapat feedback. really payah la nak dapat kerja part time yang boleh jana side income yang halal. 

aku tak salahkan pon the owner spa tu. nak promote spa kan. takkan nak pakai litup2 pulak. mesti la yang dedah sikit. yang nampak lurah dan gaung. 

so, the moral nye. memang payah la cari kerja part time yang okey kat area LEMBAH KLANG ni. huussshhhhh.. 

tetiba mulut teringin nak makan goreng pisang... NAK GERONG PISANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

5 comments:

  1. nah pisang goreng...

    terbaek dr ladang :D

    ReplyDelete
  2. mak aiii, kalau macam ni payah lahh~ pelik betul zaman sekarang

    ReplyDelete
  3. fiza::: nak wat cam gane...
    mazri:: pos la goreng pisang... kebulur goreng pisang ni.. :)

    ReplyDelete
  4. ahahahhaha....ada je part time yang boleh pakai tudung.....kfc, pizza hut, mc d.....maybe

    ReplyDelete
  5. payah.. tak berbaloi... letih 10 kali ganda... :(

    ReplyDelete