kengkawan

September 5, 2011

CEMBURU TENGOK ORANG LAIN BERAYA SAKAN....

ASSALAMUALAIKUM...

raya tahun ni semua kawan-kawan aku beraya sakan. kawan sekolah, kawan facebook, kawan blogger,, semua spisis kawan aku la beraya sakan.

tapi bagi aku tidak... di pagi raya pon aku diselubungi selimut. hanya memerap di rumah samapi ke petang. petang menjelang, baru ada semangat sikit nak beraya lepas kawan baik aku yang balik ke malaysia kol ajak mai open house.
semangat kemain la time tu.

tapi, sat je la semangatnya. bila pulang kat rumah. kembali membuta.. pasai apa aku tahun ni murung erk...
mungkin sebab rungsing sebab laptop rosak. memikirkan kerja yang melonggok tak siap. jugak beraya tanpa orang tersayang.
sebab incik sayang kena kerja minggu raya.

tapi, yang jelas tergamabr kesuraman aku di hari raya. apabila pagi-pagi raya mak cancel untuk balik beraya dikampung. plan nak balik ke penang malam raya first.
bila aku bangun tidur jam 6:30 pagi. mak cakap tak jadi balik penang. malas katanya.

dengan angkah longlai, aku kembali kebilik dengan wajah yang muram dan kembali sambung tidur hingga jam menunjukkan pukul 12 tengah hari..

tak solat raya??
ye, memang aku tak solat raya. jujur aku bagi tahu. bukan sebab mood raya hilang aku malas pergi solat raya. tapi aku period dah...

ni lagi satu punca aku tak best beraya.. tiap kali pagi raya je, kompom aku period... masuk tahun ni dah lima tahun berturut-turut aku miss solat raya... senang cakap sejak aku dah besar [dah baligh]...
sedih sungguh...

tapi, masuk raya ke 4 aku rasa best.. sebab family aku buat open house. open la jugak. semua kawan-kawan adik abang dan kakak aku mai. kawan aku?? ahh... aku tak ada kawan kat area rumah. sebab aku bukan dibesarkan di KUALA KANGSAR. sekolah aku pon jauh dan kawan-kawan mostly bukan orang KUALA KANGSAR...

incik sayang??? dia tak mai rumah beraya. sibuk bekerja. ke rumah dia pon aku tak pergi. sedey tahu...
so, duit raya dari incik sayang pon tak dapat tahun ni. selama empat tahun bersama.. eceh... ni first time tak dapat duit raya dari incik sayang..

P/s::; incik sayang... apa kata kalau anda bank in duit raya tahun ni... T_T

No comments:

Post a Comment