kengkawan

September 22, 2011

KETANDUSAN IDEA.....

ASSALAMUALAIKUM...

memohon keredhaan dari allah agar blog ni masih bernyawa.
dan memohon ke ampunan dari allah, agar dosa tidak berganda.
memohon ke sejahteraan dari allah, agar semua sihat sejahtera...


memandangkan sekarang ni aku kurang berblogging.. aku mohon maaf kalau aku tak dapat nak usha blog korang semua yang cantik2.. aku nak mintak maaf jugak yang tag macam-macam contest. sorry erk... kurang masa nak join. tapi, ada jugak la yang aku join.. tak mau jual mahal. nanti orang tak mai singgah blog aku ni...
kalau aku femes tak pe. ni ceruk banat bukan kenal aku.


sekarang ni, buzy kemain aku. ye la, last year kan. buzy pon dah macam perdana menteri dah aku rasa. buzy punya la sakan. kerja??? aku rasa macam tak jalan. aku pon tak tahu lah. nak kata banyak main, tak jugak. tapi projek aku, macam tak terusik.


hari ni aku rest terlebih. tak study apa pon. masa dalam kelas CONTROL SYSTEM pon aku tidur je. dari awal kelas sampai ke kelas tamat.
apasal aku teruk sangat???
chill dulu kak yong, aku sesungut senggugut la. biasa la masalah perempuan yang tak dapat di elak. nak tak nak kena tahan la jugak. ye dak!!!



masa aku blogging tadi, ramai yang aku tengok anjurkan macam-macam jenis contest. ada yang style contest, ada lucky draw, ada candid contest. macam-macam la. tapi, aku tak join la.. bukan jual mahal. buzy la. ni pon  meluoakan kerja buat seketika sebab rindu nak blogging.

tiap hari aku tengok orang post entry tak SAHABAT BLOGGER, MARKAS BLOGGER dan DIARI SAHABAT BLOGGER...
tapi aku??? 1 entry pon tak berjaya nak hasilkan. kalau ada pon, tak sempat nak post link kat blogger fan page. sadis betol..


hari ni, disebabkan aku ketandusan idea, aku nak rojak semua cerita.. walaupon aku tahu hanya akan ada seorang dua je yang akan baca blog aku ni..
wawawawawawawa..


pagi tadi dapat email dari Pengurus Latihan Industri kolej aku...

TO STUDENT SEMESTER 5 HND ELECTRONIC ENGINEERING. HANYA 3 ORANG DARI 62 PELAJAR YANG BARU MANDAPAT TEMPAT UNTUK LATIHAN INDUSTRI.

SILA MOHON TEMPAT PRACTICAL ANDA SECEPAT MUNGKIN SEBELUM PINTU KESEMUA SYARIKAT DI TUTUP..

SILA DAPAT KAN NAMA SYARIKAT DI PUAN HASYIMAH SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT TEMPAT LAGI. SAPA CEPAT DIA DAPAT...


gerun pulak aku baca email ENCIK LI tu. baru 3 orang yang dapat tempat LI... risau kemain la aku ni. takut aku tak dapat mane-mane pulak. aku dah mohon banyak tempat. kilang, company.. semua aku mohon.
tapi, sampai sekarang aku tak dapat mana-mana lagi tempat practikal... risau nye..


bukan senang nak dapat. aku berharap dalam minggu depan pihak company yang aku pohon tu bagi surat balasan. cuak kot kalau orang lain semua dah dapat tempat. yang aku pulak terkontang kanting mencari.


aku hanya ada 1 bulan 2 minggu sahaja untuk tunggu jawapan mana-mana company.. nak cari rumah sewa lagi. kalau dapat kat TAIPING or PENANG  tak la risau sangat nak cari rumah.. tapi, kalau dapat area KL... naya nak cari rumah last minutes.. silap-silap tidur tepi jalan la jawab nye..


berdoa agar surat balasan permohonan LI dapat dalam kadar segera... amiiinnnnnnnnnn....

2 comments:

  1. menjadi orang yang pertama komen memang best

    ReplyDelete
  2. hahaha... thanks.. ala.. komen kat blogger cikai macam aku ni memang la jd commenter no 1...

    ReplyDelete