kengkawan

October 6, 2011

REVIEW KARIPAP KARIPAP CINTA...~menyampah gile~

ASSALAMUALAIKUM..

tajuk entry tu mesti korang cakap aku ni ketinggalan zaman. ah.. pedulik hapa orang nak cakap. mulut orang kita tak buleh nak katup.

aku mengaku la yang aku ni agak lambat sikit dalam industri perfileman ni. orang yang jemu nak tengok, aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. sadis..

baru semalam aku tengok cerita karipap-karipap cinta. kalau korang nak tau, aku tak pernah baca pon novel cerita tu. so, tak boleh la nak bandingkan antara filem dengan dalam novel. tapi, aku boleh bayangkan bertapa berbezanya yang dalam novel dengan yang di perfilemkan..

cover novel.. nampak sweet kan... 

cover filem.. rasa nak jeling berkali2.. meluat.. 


korang mesti dah tengok bukan. dan aku yakin ada yang minat and ada yang tak suke.. MENCI!!!!!..


aku jujur nak cakap yang aku menci giler dengan cerita Karipap-Karipap cinta tu..
sebab apa yang aku menci sangat..

1) pelakon tak best. aku ok lagi la dengan GAMBIT SAIFULLAH. sebab sebelum ni dia belakon memang menjadi. mungki  watak tak sesuai dengan dia kot. so, dia jadi tak pape.. (aku tak pandai sangat)
yang pelakun perempuan tu aku meluat sikit. (watak dengan dia tak match) 

2) ustazah??? ya allah.. aku rasa pasti ustazah semalaysia marah.. mana tak nye. kata seorang ustazah. tudung macam nak tak nak je pakai. rasa macam nak bakar je tudung perempuan tu.. MENCI!!!!!!!!

3) lulusan Al-Azhar??? macam bodoh.. yang tak boleh nak terima PELAJAR TERBAIK SELURUH UNIVERSITI AL-AZHAR... ohhhhhh... sila sabarkan aku...

4) seorang ustazah tak akan segedik perempuan tu yang memulakan chatting dengan lelaki yang tidak dikenali.. aku tahu la. ustazah kan.. mesti lah zuhut. 

5) kenapa tak HELIZA HELMI yang berlakon. prefer dia lagi..


kalau tengok dari cover novel dengan cover filem tu, aku dapat bandingkan bertapa berbezanya cerita ni. bertapa ustazah nye didalam novel.. tapi dalam filem.. ustazah yang bakal terima penampar..

seriusly, aku menyampah tengok. dan aku tak tengok habis pon cerita tu. then aku telah delete dari koleksi movee aku. cisssss... wat habis kapasiti berukband aku je..
kalau aku tahu cerita tu tak best langsung.. baik aku download JONNY ENGLISH REBORN.

kepada pengarah2 yang nak adaptasi cerita novel tu, biarlah bebenor sikit. jangan main sedap rembat je.. cerita novel memang indah. tapi, jangan memburukkan lagi keindahan dengan adaptasi yang tak menjadi...

kesian pada yang beli tiket tengok kat wayang tu. aku sure ramai yang menyesal.. mahal kot tiket wayang 12 ringgit.. makan meetball pon lepas..

antara cerita adaptasi novel yang superb... STANZA CINTA...

sweet fathia pakai tudung.. alangkah cantik dia terus pakai tudung.. :)
aaron aziz memang hensome..
fauzi... i love ur acting.. 


novel stanza cinta... superb!!!!



jalan cerita walaupon ada yang miss.. tapi tetap superb...

1 comment:

  1. Hye awak , jom join segmen kat blog saye nak tak ? Jangan malu malu or sombong sombong okeh ? Datang blog saye ntok join segmen tu . Trutame gegurl2 mesti suke segmen I ni . Korang datang dulu key ? BOLEH TINGKATKAN FOLLOWERS KORANG !!! HOTT !


    XOXO
    ZettyIlhamZakuan

    ReplyDelete