kengkawan

November 9, 2011

A MONTH TO FINISH MY STUDIES HND ELECTRONIC ENGINEERING

ASSALAMUALAIKUM...

semakin hari semakin sibuk.. terkejar-kejar dengan kerja yang banyak. tiada hari rehat bagi aku. weekdays aku bertungkus lumus dengan eseman, projek dan kelas. weekend aku bekerja keras untuk part time. bukan mudah untuk bergelar seorang pelajar. nampak mudah. ya!!! mungkin mudah untuk orang yang berada... tidak bagi aku. aku hanya pelajar sederhana yang memerlukan kecekalan untuk meneruskan kehidupan di KOTA METROPOLITAN ini...

ayat aku skema abis kan. aku rassa macam nak lempang diri sendiri pon ada. ala... bukan selalu pun ayat skema cam gini.
pejam celik pejam celik dah 2 tahun setengah aku tinggal kat bandar yang penuh dengan jam ni. rasa macam baru semalam aku daftar diri kat kolej je... tup tup dah nak abis belajar.. fuhhhhh... exited kemain..

minggu depan aku akan menempuh satu sesi presentation yang menentukan keputusan aku di kolej ini.. VIVA.. bukan kereta perodua viva erk... ni VIVA presentation. presentation untuk projek akhir aku,

selama 5 bulan aku bertungkus lumus siapkan projek aku tu.. akhirnya projek tu berjaya aku siapkan dengan jayanya... ALHAMDULILLAH....


MULTI-INPUT CONTROL DEVICES TRAINER.. (MICDeT)
ini la projek title aku... tak la segempak projek kawan-kawan aku yang lain. tapi, aku cukup berpuas hati sebab projek ini hasil kerja tangan, kaki dan badan aku. semua atas bantuan advisor aku.. EN. ANWAR MOHD ABD MAHI... "thanks a lot en. encik terlalu banyak bantu saya siapkan projek saya ni..."

sekalung jutaan terima kasih buat advisor aku tu..

function projek aku???

as a simple project. aku buat papan trainer. papan trainer aku ni sesuai untuk pelajar engineering yang nak develop skill electronic. ni sebagai training kit untuk lecturer nak teach student supaya boleh generate skill student.

senang kan function projek aku ni. projek aku ni boleh menghidupkan macam2 equipment dalam makmal. macam kipas, lampu, aircond dan macam2 lagi lah.

aku suka giler projek ni walaupon sound simple kan. tapi, mencabar la jugak nak buat.

dalam tempoh aku buat projek aku ni, macam2 happen.. advisor aku tu memang tegas. tegas dengan setiap kerja yang aku buat la... bukan garang okey.. selama aku jadi anak dia. tak penah dia marah..
tapi dia kerap buat aku menangis...

hahahahaah...

advisor aku ni memang mengajar aku dengan teknik yang betul. dan aku suka cara dia.. kalau orang lain, bila litar tak jadi, advisor akan troubleshootkan...

tapi, advisor aku tak ok.. jadi ke tak ke.. kene buat sendiri.. belajar untuk troubleshoot... belajar kenalpasti setiap kesalahan pada litar.
ada satu litar tu.. sampai 8 kali aku buat lain.. semua sebab tak function.. bila aku mengadu pasal litar aku, dia cakap aku tak betol2 cari masalah... then aku buat lain...

dan untuk kali ke 8... aku jumpa dia untuk litar yang sama.. HOLDING CIRCUIT.. aku betol2 menyampah buat holding ni... bila tak jadi jugak.. aku jumpa advisor aku... aku cerita la yang litar aku ni tak function... tanpa aku sedar, meleleh air mata aku tunjuk litar tak function... sedih kot...
advisor aku tengok, dia pon amik litar aku tu... dan dia troubleshoot...

seee..... advisor aku betol2 ajar aku dengan betol... dan aku berjaya siapkan projek aku dengan sendirinya... sampaikan advisor aku tak sempat lagi tengok projek aku yang function tu...

sebab masa aku interim. (presentation pertama) advisor aku cuti...

masa interim.. berdebar jugak la.. walaupon hanya ada dua panel sahaja... classmate aku sampai sejam present.. banyak soalan kot yang di tanya.. fuhhhhh...

masa tiba giliran aku, ramai pulak yang masuk tengok aku present. cuak kemain... aku ingat pesanan advisor aku.. masa present jangan baca slide. focus apa yang kita buat.. 12 soalan kot aku kena... mampus...
tapi 11 je yang aku dapat jawab.. soalan yang last tu aku kantoi... aku betol2 lupa pin name triac.. padahal pin name tu la yang aku focus pon..

aku lepas untuk interim.... dan aku dapat pergi ke VIVA..
dan next week adalah presentation VIVA. seramai 4 panel dari UiTM SHAH ALAM... dan aku tak tahu lagi berapa panel luar yang hadir... tapi, yang aku dengar pegawai dari tenaga kerja akan turun jugak. nervous masih ada.. walaupun projek function....


HOPE DAPAT VIVA DENGAN JAYANYA....


1 comment:

  1. hye future engineer..dulu sy nyaris je nk jdi engineer..btw,jom ke blog saye..komen2 ape2 yg ptut..hee

    ReplyDelete