kengkawan

October 25, 2010

SAHABAT MINYAK WANGI

Alhamdulillah..aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi penuh rahmat ini. ari ini genap sebulan aku menyepii di buai kesibukan. aku kian lupa akan blog yang perlu ku upgrade setiap hari..

hari demi hari.aku kian dikejar longgokan kerja. Itu memang akan terjadi sebagai seorang pelajar. Aku pasrah. Dan aku redha. alahai, Sudah memang begitu lumrah seorang pelajar. Tapi, aku tetap diuji dengan ujian yang telah ALLAH tentukan. aku sabar tempuhi. walau ranjau dan onak di hadapan. aku pasrah.. aku pohon agar ALLAH kurniakan kesabaran dalalm hati ku.

Acapkali aku leka dalam persahabatan. Aku leka dibuai janji indah. Namun aku tidak sedar bahawa tiap kata-kata itu umpama belati yang menikam di ulu hati.. Aku lupa, kata-kata adalah duri dalam daging. Aku juga alpa, bahawa kata-kata membawa binasa. Aku sibuk dalam mengejar impian, namun disitu aku tertinggal satu perkara. 

Pernah ku baca hadis barangkali. jika kamu berkawan dengan tukang besi, maka kamu akan terkena tempias apinya, dan jika kamu berkawan dengan saudagar minyak wangi, maka kamu akan terkena wangiannya. 

Rasulullah sudah bersabda. tetapi aku??? masih leka. Dunia sekarang penuh dengan glamor. aku sedar akan itu. Tetapi aku jua begitu. Aku naif dalam menilai persekitaran.Aku alpa dengan jolokan dunia. Aku lalai dengan tanggungjawab yang terbina. 

Aku kini sedar. Bersahabat perlu. Tapi sahabat bagaimana yang perlu kita cari?? Aku ingin bersahabat dengan saudagar minyak Wangi agar aku terkan tempias wangian. kerna wangi itu sunnah Nabi dan amalan Rasulullah.

"Tika ku ke alpaan kau bisikan bicara keinsafan.kau beri kakuatan tika aku diulit dengan dugaan. saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan. Saat ku meragukan Keampunan tuhan Kau katakan Rahmatnya Mengatasi Segala."

"Menitis Air Mata Ku Keharuan Kepada Seebuah Pertemuan. Kehadiran Mu Mendamaikan Hati Ynag Dahulu Keresahan. Disebalik KesamaranKau gilap Cahaya Kebahagian. Tulus Keikhlasan Menjadi Ikatan Dengan Restu Kasih MU oh Tuhan...."

"Aku Telah Pun Sedaya TAk Melukai Hatimu. Ini Sudah Suratan Hidupku.Kasih Yang Lama Trjalin Berderai Bagaikan KAca. Oh Teman Maafkan lah Diriku."

"Teman MAafkan Jika Ku MElukaimu.MOga Ikatan Ukhuwah Yang Dibina. Ke Akhirnya....."

No comments:

Post a Comment