kengkawan

June 4, 2011

ARTIS BEGADUH DENGAN BLOGGERS???

ASSALAMUALAIKUM...

panas... sensasi... hottt.... jum terjah...

tadi baca la pasal sorang artis ni gaduh dengang bloggers malaysia. boleh tahan panas jugak la. yang bloggers masing masing post kat entry masing masing..

yang artis ni makin rancak pulak bertwitter untuk balas ketidakpuasan hati..


apa sebenarnya terjadi???

ini semua isu MV prema yin yang diarahkan oleh MR.GAMBIT.



mungkin ada bloggers yang tengah panas dengan kenyataan si GAMBIT SAIFULLAH ni. aku pon terasa kepanasan nya...




wow!!! hot la..

for me la kan...
sepatutnya semua dipersalahkan. baik bloggers or artis tu.

bloggers::: 
you all should kritik untuk membina or membetulkan kesalahan. ada bloggers yang bahasa.. perrrhhh... macam nak mintak penampar. ayat biarlah berhemah. cikgu bahasa melayu dulu pon ade ajarkan. so, jangan la terlalu kasar bahasa nya. bahasa kasar tak memberi kesan apa apa pada yang nak ditegur.

korang mesti bengang dengan aku kan asal la plak nak backup lebih si GAMBIT SAIFULLAH ni. relex.. jangan kelam kabut. walaupon aku nie seorang yang kelam kabut. adakalanya aku lebih  tenang dari segalanya.. ceewaahhh. sempai lagi puji diri. sila lempang aku lajulaju.
aku just tak mau nama buruk bloggers tercemar. blogger ni hanya boleh bersuara dalam dunia penulisan je. si GAMBIT plak boleh buat kenyataan di tv. ini kan menjejaskan reputasi bloggers malaysia....


gambit saifullah:::
nama cukut indah. merupakan pedang allah. tapi sayang. nama tidak menunjuk pada peribadi. sorry to say ye incik gambit.

Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….

incik gambit. buat apa anda nak contohi filem yang memang tidak ada pedoman macam itu. it worst okey. filem itu tidak mendapat tentangan yang hebat macam yang incik gambit terima. tapi, incik gembit sedarkah bahawa teguran itu adalah 1 peringatan. dan mendekatkan lagi incik gambit pada tuhan...

incik gambit cuba fikir. incik gambit buat silap. and orang nampak kesilapan itu. Allah selamatkan incik gambit dari terus melakukan atau membuat MV yang sedemikian rupa. tak bersyukur ke kelebihan yang incik gambit dapat.

cara incik gambit cakap macam orang hilang pedoman. i know u wanna make ur MV kebabommm... but that not goot way incik gambit.



your are public figure... you must think what public come say before you wanna making it. =)

GAMBIT kalau you rasa you betol
just go on. 
tapi think positif bila ada orang komen. tak semua orang suke kite.
so, terima je la bad komen tu dan jadikan positif
kalau you rasa betol kenapa nak melatah
kenapa?????


to bloggers... negara ini negara kita jugak. so, kita pon buleh suarakan apa yang kita rasa..
jangan mencarut ye bloggers... =)





gambar tak dak motif....



BLOGGER CANTIK KOMPOM FEMES.....

assalamualaikum


femes!! ada apa dengan femes?? wooaahh... femes making popular. memang la kan, femes dengan popular sama je maksud nya. tapi. apa yang bagusnya jadi popular ni?? i think it making worst. oppssss!!! nope okey. aku tak kutuk pon. jangan ban belog aku. aku tak femes pon. and bukan nak femes. =)


tapikan. best jugak kan jadi femes. semua orang kenal aku sembang dengan seorang pretty lady nie. dia tak ada belog pon. but she know about blogger more than me. malunye aku. ada belog pon tak abis teroka meneroka. yang tak dak belog nie. dah abis jelajah dah pasal blogger semalaysia. cisss... ni yang aku jeles ni. tak pueh hati. memandangkan aku dah abis exam.. aku nak tebus kemaluan aku tentang blog ni. aku nak pusing 10juta kali dalam dunia blog ni.


tadi masa aku happy go tak berlaki tengah blogwalking. aku tetibe je terfikir. ohhhh.. berfungsi lagi otak aku. ingat tak berfungsi dah. mentang mentang exam finished already. jadi kurang sioman terus.
aku jumpe ramai blogger yang cantik cantik. and aku suke. cisss!!! aku bukan spesis lesbian la. aku ni meminati wanita, perempuan dan gadis yang cantik. sebab i'm not really beauty like them... but!!! i'm really sweet and sweet. sila muntah lajulaju.


rupanya, gadis cantikcantik ni ramai jugak la erk dalam dunia silent ni. and, i really sure that all the beauters not a silent person. but quick noise and talkative. i really wonder that.


one more thing that i really knows. semua blogger yang cantik cantik ni semua dalam ketogori yang femes ames dan ada jugak yang setanding artis Hollywood...
woowwww... amazing that.... i wonder that i will be the fames amess too... perasan dan sila muntah lajulaju.




seronok jugak kan jadi femes ames ni. perrhhh... ramai peminat. bapak best. mesti dah rasa macam artis... jalan kat area bukit bintang pon dah boleh rasa macam kat red carpet. melampai kat peminat. dengan lambaian super model. senyum lebar sampai telinga. sambil control sebab photographer nak snap gambar. jalan dengan penuh bergaya. fuuuhhhhlamakkkk... gempak gila. syok abis ni. nak jugak...nak jugak... sila jangan perasan la cik isma oit!!!




tapi.... bila dah femes dah terkenal. ramai plak la yang busuk hati. adesss.. ni part yang tak best ni. i really hated that. ye la. orang yang stalker ni mana la nak puas dengan hidup orang. so, yang jadi sasaran blogger yang femes ames meletop habis. dengan busuk hati nya dok cerita keburukan orang. then tuduh buat macam macam.

adehhh... ada jugak yang nak cantik macam blogger blogger femes ames meletop ni. dengan cara salah. tak kurang jugak yang nak femes ames meletop. dengan stolen picture blogger blogger cun. then buat fan page FB. eeeuuuuuwwww.. memang la tak ada identiti sendiri. sadis betol orang yang macam ni. tetibe takut plak nak jadi femes ames ni.
cancel la. i wanna be my own self. tak nak la nak tiru or ciplak hasil blogger femes ames meletop kebaboommm ni.


jom usha blogger cun and femes ames meletop... they all di antara blogger yang isma minat...

belog CIK EPAL

My Photo

isma suke betol dengan cik epal nie. kalau dia berstory perrhhhh.. memang la panjang berjelajela. 
bahasa dia guna pon.. perrrhhhh.. amat la dramatis gitu..
suke CIK EPAL


belog FATIN LIYANA


belog cik fatin liyana ni. antara fevret aku la. aku suke tengok photo kat belog nie. cantik cantik belaka. tengok owner la kan. 
belog dia banyak cerita pasal activiti dia lakukan. so, bagi peminat setia amat la best untuk tau. nak nak plak tentang photoshot yang dia buat.


belog FYNA HERE


belog milik cik fyna ni bersih dari kotoran. hehe. maksunya tak banyak kale kale. so. tenang ja bile skodeng. free flow gitu. 
cik fyna ni gemar jugak la buat tutorial. penah sekali dua isma try tutorial fashion shawl ala HANA TAJIMA version fyna.. i like her. dia nie popular tau dikalangan photografer. berduyun orang nak snap pic dia.
cantik & nature pose. 


belog IRINE NADIA MARCELLO



the busineswomen yang cun & jelita. how much popular she?? tak popular sangat. penah masuk dalam magazine. 
opssss... magazine. tak popular aku cakap. sila lempang aku lajulaju.
she quick cantik. i like her style. 


belog NurulBadiah Lai


aku yakin ramai yang kenal peguam yang gila camera and photogenik nie. perrhhhh... 
she was awesome. 
terbukti sudah. tak semua peguam itu skema. hahaha
look her header. memang berbakat sungguh. 



belog YUYU ZULAIKHA


pemilik belog kupukupukecik. tak tau la berapa kecik cik yuyu nie. one day. maybe i'll meet her. nak try ukur tinggi si gadis genit ni. 
comel kan. isma suke la usha blog dia. dengan lukisan yang macam kanakkanak tadika yang harihari minum air rebena. 
i like her style too.


they all ni memang popular la. tapi!! kenapa semua blogger popular bertudung je??? it mean. bertudung tak semestinya tak cantik kan. tak semestinya tak vogue. tak semestinya tak femes ames meletop kan?? kan?? kan??

bila la dapat jumpe blogger fevret isma nie erk... 
okey. 
nak tidur. mana la nak tau jumpe dalam mimpi yang penuh indah.


maaf ye blogger femes ames meletop kebabommm...
saya budak baru belajar...
ambil you all punya gambar...
if you wanna punish me. i'll accept...
sorry.. morry.. srawberry... blueberry.. rashberry... 




June 3, 2011

CONTEST "AKU DAN DIA" BY RIZWAN EWAN

ASSALAMUALAIKUM...


merujuk pada banner kat atas. kompom la aku join contest. dah lama tak join. kali ini join lah. menarik contest ni. "AKU DAN DIA". disebabkan owner contest tak taruk pon DIA itu untuk sesape. korang boleh la taruk ur BFF ke. ur teacher ke. lecturer ke. sesapa je la

tapi aku nak taruk gambar aku menggedik dengan incik sayang.


time nie we all kat sunway. melepaskan rindu setelah 5 bulan tidak jumpe. nie masa tengah happy selepas menternak lemak di FLAMING STEAMBOOT sunway. makan macam orang sawan. so, suke pon macam orang sawan. 
masa nak snap pic nie. isma tak sedar pon dia dok tgk isma. isma perasan bile dah balik hostel transfer dalam lappy. baru tau dia tak tengok camera. malu tetiba plak time tengok pic ni.

tetiba rindu kat incik sayang. tak sabar nak cuti semester. nak jumpe incik sayang...


aku tag =)


jom join contest nie. klik banner okey...:)


PART TIME??? KERJA APA NAK BUAT

asalamualaikum


tengok orang lain macam macam kerja buat time belajar. aku pon rasa macam nak buat jugak. macam seronok la plak pegang duit banyak ni. ah. biasa la student. mesti la gila duit sikit. tamak sungguh la aku. dua tahun aku belajar mengharapkan elaun yang tak seberapa ini. kali ni. tak salah pon aku ringan kan beban family yang terpaksa bagi duit untuk tampung perbelanjaan aku. aceehhhh....


aku ni cakap pasal duit tetiba je sebab final la. aduh. final projek merisaukan aku pasal duit. mana la aku nak cekau duit untuk membiaya perbelanjaan untuk projek aku. senior senior aku buat digital clock ja. habis duit mencecah 1k. OMG. amat lah dasyat.


freelance??? dulu penah jugak la dengar kerja ape tu?? la ni dah tak bongok dah. dah tau dah freelance tu kerja ape. tapi nak freelance untuk jadi apa?? typer?? berkarya?? mampukah aku untuk kerja sedemikian.???

tusion?? macam okey ja. aku pon penah ajar dulu student PMR masa aku tengah tunggu result SPM. tapi kat mana?? ada ke yang nak terima aku ni. belajar pon tak habis lagi. sekarang ini atleast mesti ada diploma. aku lagi setahun bakal terima diploma. so, memang la tak layak sesama sekali.


nuffnang?? perhhhh. nak suruh aku tunggu duit nuffnang?? alamat aku dah abis belajar belom untu lagi la aku dapat merasa duit dari incik nuffnang ni. huh. menggaban la aku cekau duit nanti.


ape erk part time yang boleh aku buat.?? ada sesiapa nak pakai pekerja tak untuk 3 minggu semperna aku cuti semester nie. kalau fikir pasal duit. memang tak kan abis la. duit ni berhantu sungguh. cukup berhantu. dan aku tetiba plak terasa seram sejuk bila kaitkan pasal duit ni.


money.. duit..money.. duit.. money... pitih.....


June 2, 2011

YOUR BOYFRIEND CELEBRATE BIRTHDAY AWEK ORANG???

ASALAMUALAIKUM...

mesti korang akan sedeykan. bf korang yang korang sayang. selalu sangat celebrate betday awek kawan bf korang. betday korang yang adooo je. wish pon lewat. orang lain dah pulun pulun kol. dah full inbox send sms. dia baru nak wish. huh so sad...


korang jangan la sedey kalau bf korang buat macam tu kat korang. dia bersebab kot. mana la nak tau kan. tapi kompius jugak kalau every gf member dia dia turut serta wat suprise party. but!! untuk awek sendiri. bukan takat suprise party, planning party pon jangan harap la..


okey tips untuk korang!!!!

1) korang jangan sedey. korang wat suprise party tuk bf korang. mana la nak tau dia nak buat tuk korang kew kan.. itu pon kalau nak buat...

2) korang buat tak tau je bila dia mula cerita what happen mase betday party tu.

3) ignorekan kegembiraan dia. biarkan dia tidak terlalu bersuka ria di majlis party orang.

4) tunjukkan sikap keras hati dan degil korang. jangan sampai korang menangis sebab bf korang tak pernah nak celebrate betday korang..


okey tak tips yang aku kasi??? cube korang try kalau terjadi. agak-agak berkesan tak..

tips sampah ini di taja oleh ISMA ISMAIL


lets party... lets party... yeeaahhhh!!!!!!!


FOLLOWER KE- 200

ASALAMUALAIKUM

exam done. happy tidak terkata. barang barang sume ada yang sudah aku packing dalam kotak. kotak kotak buku aku dah simpan dalam stor yang di sedia oleh pihak kolej. seronok gila la.

tapi apa yang aku tunggu lagi. tak balik balik kampung lagi.. lex la. exam baru je abis tadi. mana la tau paper tadi sangkut ke. kalau aku balik tak pasal pasal aku kne repeat paper tu untuk semester depan...
sapa yang nak tanggung.??

hari berganti hari. tak sangka follower aku dah cecah 200.
eleh baru 200 dah nak kecoh. orang lain riban riban wat dek je.. suke hati aku la nak over ke tak. follower aku. sibuk je nak kutuk orang...



pape pon thank dan terima kasih bebanyak la kepada cik IQA sebab sudi follow belog kesayangan kita ni. almaklumla belog usang ja. bukan nya belog femes ames kan..

Photobucket


cun kan empunya belog. korang kene terjah tau. pemilik belog kale puple pink ni sweet. kawan2 dia pon sweet n cun cun belake. seyes. tak tipu.
belog yang simple. sedap mata memandang... 

THANKS CIK IQA

June 1, 2011

JUNE FOR LOVE GIVEAWAY

assalamualaikum..


GA lagi... jom join... =)

tag

1ST GIVEAWAY BY SHAWLFORYOU


ASALAMUALAIKUM




mari join GA ni. macam menarik ja.. 
i love shawl. 
mana nak tau rezeki aku ke kali nie. 

=)


KECOH PASAL TAK DAK VIRGIN

asalamualaikum

hari ini memang kecoh betol pasai one girl dok post kat entry belog dia yang dia TAK DAK DARA,TAPI ADA MARUAH..

aku wonder yang you all semua tau pasal menda alah nie kan. and aku tak heran yang belog dia menjadi kunjungan ribuan blogger untuk hari ini sahaja.

aku tak nak mentionkan empunya belog. tak penting pon bagi aku. aku cakap pasal benda ini bukan untuk kutuk girl yang aku kira dia teramatlah jahil dalam soal agama. dan aku yakin itu..

tapi pernah tak korang fikir sebab apa erk budak hingusan itu macam tu. semua pandai tunding jari. semua tuduh dan salahkan budak hingusan itu. tapi ada tak yang fikir punca dia jadi macam itu.?? ada tak yang fikir, macam mana nak bantu budak hingusan itu..


semua tidak fikir begitu. aku pon mula mula jugak turun tunding jari... menuduh kemain lagi. macam la aku ni perangai macam malaikat.. ask her why she said like that?? i think she lost her self. so, as the human and the importance as a muslim. we need to help her.,

macma mana??? dengan tidak menyalahkan nya.. dengan beri nasihat atau apaapa yang boleh bantu dia.. tak salahkan. korang kutuk pon korang capat ape??? silap silap dosa yang korang dapat..


ingat!!! kita bukan malaikai. hidup ini KARMA. kita dok ngata kat orang... no wonder the next you will doing like that.. kalau bukan korang your sister.. your child. or your cousin. you never know. so, ask your IMAN what should do with this...

dont show the point your finger to other. 


ask your self.


isma berkatsa bukan pada korang je. tapi pada diri isma sendiri..

wallahu'alam...
 

May 31, 2011

AISHHH..TAK DAPAT PROJECT LAGI!!!






asalamualaikum.
semua orang dok bincang dengan advisor pasal projek. isma sekarang dalalm dilema yang tersangat la malap.
why isma said like that? 
isma tak tau nak buat projek apa tuk final projek semester last ni.
agrrhhh!! buntunya. semester ni ramai yang projek gembak gempak belaka. takkan la isma nak buat simple je. 


by the way, isma rasa nak projek yang simple but awesome. yang simple tu mudah untuk laksana. projek gempak but not fully function pon payah jugak. 
tapi nak buat projek apa erk...

advisor isma ada jugak suggest kan isma beberapa projek.

> fan swing remote control
> automatic toilet lamp
> fencing additional display boards using RF signal.

tapi nampak macam tak comercial je..
erm. itu hanya cadangan dari advisor. isma kalau boleh nak la buat idea sendiri.

> paper shredder automatic function
> portable charger usingg solar

tapi isma tak tau lagi litar apa nak gunakan dalam projek tu nanti. 

ada sesiapa nak bagi cadangan??/ plis help me. need a awesome and simple projek!!!!!





May 30, 2011

SEMUA ORANG TAU MARAHLAJH. BUKAN KAU SORANG JE!!

asalamualaikum....
salam sejahtera. kepada anda semua moga bahagia.

hai hello to all readers sweet sweeties sweeter. dah lama rasanya tak menupdate belog yang isma rasa makin hari makin usang je. sian betol la dengan belog isma ni. dah kurang makan dengan entry dah.


marah!! okey semua orang penah marah. jangan nak tipu la kalau sapa cakap dia tidak pernah marah. jangan nak tipu. jangan nak membongak..

tadi isma baru je lepaskan kemarahan. yang amat dasyat. sampai lappy kesayangan yang selalu dibelai pon jadi sasaran. how dare isma??/
isma tak sengaja. sian lappy comel isma. tak pasal pasal jadi mangsa keadaan. sebab apa isma mengamuk. biar kan secret.

marah!!! ye marah. sahabat setan iblis laknat allah. itu semua untuk menyesatkan umat manusia yag tawaduk dan menyembah ALLAH. isma tewas. ditangan kaki dan kepala makluk ALLAH yang direjam itu.


kenapa ada perasaan marah?? ko ingat kau je tau marah aku tak tau..
punca adalah hati. hati yang lemah iman. dan khilaf dalam menyusuri jalan ALLAH.

isma bukan nak burukkan diri sendiri. tetapi renungan bersama. sebagai satu titipan untuk mengisafi.

disebabkan kelalaian isma dalam memunaikan tuntutan ALLAH subuh tadi tak bangun solat. maka mudahlah syaitan merasuki tubuh isma dengan sekali hembus sahaja.
meninggalkan amalan yang dahulu sering diamalkan. maka dengan ini sebagai satu ujian oleh ALLAH atas apa yang berlaku.

isma bukan seorang yang tawaduk. bukan seorang yang kuat iman nya. isma hanya insan yang inginkan ketebalan iman seperti FATIMAH puteri RASULULLAH.


muhasabahlah diri kalau diri korang diserang syaitan. mungkin ada khilaf yang kita sendiri kurang arif. isma harap penginsafan isma ini. dapat menajukan diri isma ke arah yang lebih baik.


sebangai rnungan bersama. syaitan akan sentiasa menusuk umat islam untuk berkeadaan marah. marah akan buat kita alpa. marah akan buat kita lupa. marah akan buat kita hilang daya., marah juga akan buat kita sensara..


renung renungkan dan selamat beramal!!!!

May 26, 2011

PETANG BERSAMA MANGGA MUDA

assalamualaikum blogger, readers, dan semua lah..


isma dah ada di kampung halaman. berhari raya bersama keluarga la.
penat betol isma melayan adik isma yang banyak sangat celotehnya. sampai nak update entry pon dia tak kasi sebab nak suruh dengar cerita dia. ciss. nie pon curi curi bukak lappy ja. sebab dia dok ralik makan mangga muda.





petang ni aktiviti makan mangga muda sambil berblogging. ecehh. best wo dok kampung selaman ni. dapat makan mangga muda. ecehh. macam isma je ada kampung selaman. tapi masa tengok mak cakar rumput. *tengok je. malas nak tolong. balik kan nak release tension. isma ternampak buah mangga banyak bergayut gayutan tidak terhingga di atas, bawah tepi pokok. dengan melompat macam beruk di zoo negara sambil terjerit jerit panggil adik isma yang selemoih isma terus kerabat pokok. fuh. best jugak kalau dah lama tak balik kmpung. perangai terus jadi kanak kanak rebena gitu.



dengan mata keranjang melihat buah mangga yang bergayut tidak ketahuan hala. isma pon dengan rakus dan gelojohnya meragut buah mangga sambil menyanyi nyanyi. rakus habis lah.



sekarang. menikmati buah mangga dengan rasa riang ria raya. suasana yang meriah ibarat malam raya cuti berhari raya isma best wooo...


korang nak jugak berhari raya. mai la kampung isma. melantak buah mangga muda sambil berblogging. feel tidak terhingga. ibarat berada di awan awangan ja.

*nampak sangat tipu nye. sila lempang isma


sambut raya dengan gembira, 
bersama keluarga handai semua,
makan mangga hati suka, 
blogging pula penambah ceria..


ceeeeewwwaaaahhhhh!!!!

chow sin chiii....

May 25, 2011

SEDANG BERSUKARIA

asalamualaikum,...

hari yang betol betol ceria. setelah berjaga sepanjang malam untuk siapkan semua incik esemen. huh. akhirnya. i'm done...

presentation pon berjalan denganlancar. ismadapat menjawab semua solan yang di kemukan. isma pon tidak menyangka sesame sekali. bahawanya. isma ni pandai rupanya. cisss.. masuk kete bawak sendiri...

isma dalam ETS. on the way menuju ke ipoh untuk berhari raya di rumah bersama mummy. yeahhhh... i happy tak terkata. tapi. isma sad lasikit. punye la dok ingat tadi nak cas MP3. last last ketinggalan di atas katil cisss. sunyi tanpa bunyi la isma dalam ETS ni..

itu pasal la jadi tak ketahuan hala dan muka buat muka tebal keluarkan komputer paha yang besar gedabak nak mampus ni. akak yang duduk sebelah ni dok usha je. mesti dia berkata didalam benak. ha... pedulik hapa aku...


next entry bila isma sampai umah ye... tapi!! takut line berukband tak ada. dulu pakai celcom penuh macam gamdum di ladang. tapi, digi???

pape pon... tak lantak la. janji dapat berhari raya denganfamily... =)

May 24, 2011

ENTRY DALAM MOOD LETIH

asalamualaikum

malam ini isma spend betol betol masa untuk incik esemen. mata, badan,tangan,kaki dan kepala otak sengal sengal ayam betol. ponet gilo...

1 malam isma telah siapkan 3 jenis incik esemen.

1) islamic studies
2) english comunication
3) engineering math.

fuh. alhamdulillah siap.

so, isma nak ucapkan selamat malam walaupon sekarang ini sudah subuh sepieee. tak kira nak wish jugak good nite.

daaaaa...

mood bahagia incik esemen siap, and bahagia nak pulang ke pangkal kampung. T__T

ESOK PULANG KAMPUNG. YEAH

ASALAMUALAIKUM

hai readers. wassup. wassup.. chill yeah.
im so happy right now. very happy and happy and so, happy. =)
isma sesangat la happy. sila tempang isma. senyum pacam kerang wangi. actually, isma nak balik kampung. yeah. suke suke.

tadi isma ada exam engineering math. nak kata susah tu tak la. nak kata senang. huh. hebakkk sangat la isma ni kan kalau nak cakap hebaakkk. tapi angineering math merupakan subjek yang paling isma suke. isma sanggup menghabis kan sisa masa time isma semata 2mata nak dating dengan incik engineering math. haha.. tapi!!! alamak alapak. ada jugak la perkataan tapi nie. isma tak la buleh skor 4 plat untuk subjek nie. hardcore and hardless yang terkata dik panjang serta pendek


last paper isma tuk final exam ni 2 jun. fuhhhh.. lambat nye. disebabkan tak sabar nak balik. isma nak jugak balik before cuti sem. yahooo. tak terkata tak ternyanyi rindu kat umah and my lovely and caring mummy. then my sweety little brother. mesti banyak cerita adik aku yang kecik tu nanti. hahaha. mesti muncung muncung mulut dia dok cerita kat isma. tak sabarnye nak jumpe and dengar celoteh budak kecik yang comot serta selemoih lagi selekeh itu. T___T


huh. seronok sesangat. bukan seronok je beronok ronok. selain dok 2 3 ronok ni. isma kena prepare untuk presentation untuk esok. islamic study. lepas je present trus langkah kaki sambil menari menuju ke KTM jalan templer. untuk menapak di kl sentral.


ETS jam 1730 KL SENTRAL to IPOH. yahoo.. asyik dok tengok ja tiket ETS ni. sudah lama tidak naik ETS. tak kusangka ular lidi jadi naga. tiket ETS naik 5 hinggit. adoiyai. tapi ada cut price for student. yang sedey nye isma yang tak penah lupa bawak ID CARD tetibe la plak tak bawak. saja je nak kopak and perabiskan duit isma. cissss. tu la kalau hari hari breakfirst semut plus kerengga.






esok sampai IPOH around 1900. =) then incik sayang mai ambil di rail station ipoh. ecehhh. lagi la isma tergedik gedik nak balik. yahooo... thanks incik sayang.


before isma nak mengedik gedik.. jom terjah belog incik sayang isma

May 22, 2011

SEX EDUCATION FOR CHILDREN? RELEVEN ATAU TIDAK

asalamualaikum readers.

sex education for children. releven ke tidak?

korang sara sesuai tak budak sekolah belajar sex ni. bagi parents yang ada anak kecik ni. they should berhati hati dengan anak yang nak meningkat remaja.

bagi isma la. sex education ni sesangat la perlu untuk anak yang nak membesar dan nak jadi remaja. remaja sekarang ini tersangat la extrem and hardcore. orang besar tak tau. depa dah tau dah. isma ni jugak remaja. so, isma tau apa jiwa remaja mahukan. nak pulak remaja yang agak liar atau buas. lagi la payah nak handle.

anak sekarang ini akan tanya macam macam pada ibu bapa. so, parents should sediakan jawapan yang betol dan tidak mengelirukan anak.

kat sekolah kini ada yang sudah terapkan sex education ni. terutama sekolah menengah. sex education tak tau la sekolah kerajaan sudah terap ke belom.
tapi ada certain sekolah swasta memang di ajar sex education.

sex education ini bukan untuk naikkan nafsu pada remaja. dan bukan nak ajar rmaja buat menda yang terlarang itu. bukan macam itu. tak mau fikir negative. sex education ini anak menerapkan isu bahayanya sex bebas. kesan hubungan sex terlarang. akibat yang akan di tanggung jika melakukan hubungan sex.

sex education jugak akan menerapkan sifat malu terhadap remaja yang merdorong ke arah hubungan terlarang ini.

selain itu jugak. sex education ini boleh menyelak dari berlaku kecelaruan pada kanak kanak.
kadang kadang kanak kanak akan tanya parents dia. dari mana datangnya dia. so, kat situ parents dah mula jam. dan tak tau nak terang macam mana. dan mula buat cerita panjang lebar.

bila teori yang dibagi pada kanak kanak salah. ini akan menumbulkan masalah. kanak kanak akan explore sendiri. jadi ini akan merumitkan lagi pada parents itu sendiri.


jadi memang perlulah sex education untuk kanak-kanak dan remaja.


korang setuju tak?????


korang penah tengok cerita aku tak bodoh tak?
korang should tengok. apa terjadi jika sex education tak bagi sedari usia kanak-kanak...




selamat sejahtera. asalamualaikum... tak jawab dosa. jawab sayang


May 21, 2011

I AM BLINDING FOOL

hai to all my readers. maaf la pagi ini merangkap subut sepieee isma terlalu emo. dibawa arus perasan sedey, marah dang menyampah.

isma pon tak tahu nak cakap macam mana. oppsss. nak taip macam mana. adakah benar PJJ percintaan jarak jauh ini banyak keburukannya. kawan kawan isma banyak yang cakap. nonsense je pencitaan jarak jauh. last last putus jugak. 

selama ini isma wat dek ja bila ada yang cuba menjarakkan hubungan isma dengan incik sayang. tapi. isma pedilik hapa. janji isma sayang dia dan dia begitu.


hari ini dah la isma rasa macam seorang pelarian. sekarang isma rasa yang inma ini satu kebencian. ya. memang payah untuk korang percaya apa yang isma cuba sampaikan. 


isma sekarang mengalami gastrik yang isma rasa agak melampau. tapi isma kuatkan jugak sebab isma dapat chay dengan incik sayang. tiga jam isma tuggu incik sayang on the line on facebook. isma tetap sabar. walaupon perot mula meronta. memberontak.

apa yang isma nanti tiba. incik sayang on the line. isma happy. dah la nak jumpa 5 or 6 bulan sekali. saat nak menggedik dengan incik sayang. isma pon bagi tau la kat incik sayang yang isma sakit perot. then apa dia cakap. 

isma ni asyik asyik sakit. sakit je tau.,

incik sayang. tak ada orang yang nak dirinya sakit. ada??? tipulah kalau ada. semua orang nak sihat. dan isma tak mintak pon perot ini sakit. incik sayang pon tahukan sebab apa.?? so, why are you said like that.???

hati yang remuk rendam dengan tohmahan sebegitu hala. isma pon pantas off the line. sakit perot makin bertambah. dengan juraian air mata yang dah macam air terjun ulu yam dah. 

rajuk isma tidak lama. 5 minit lepas itu isma on the line balik. isma tahu incik sayang takkan pujuk isma. sebab isma dapat sms berbaur marah. isma pujuk hati untuk on the line. dan apa yang isma nampak?


dia post kat wall dia. salah ke tegur? r u perfect??

okey fine!!! isma tak perfect. ye mamang tidak sama sekali. hati isma lagi remuk. btw, thanks untuk kata dan ayat yang buat kati isma sakit. thanks a lot incik sayang.


i know i am blinding fool!!!



AKU PELARIAN DI NEGARA SENDIRI

ASALAMUALAIKUM.



hai readers hari ini isma betol betol bad mood. moody semacam sahaja. bangun pagi aku ingin kan suasana yang ceria. ya. pagi tadi aku memang dapat mood ceria itu. bila hari makin cerah. dan matahari mula naik pacak atas bangunan 9 tinggat yang aku diami. berita kurang enak aku dengar.


kakak incik sayang isma yang merupakan bakal kakak ipar isma dan merangkap kawan isma sms isma dipagi yang sungguh syahdu. dengan menyatakan bahawasanya dia berstatus single. oh man, apa pon tak boleh terima. isma? terkejut mentega cap helang. pasai apa la boleh putus memutus ni. isma tak la banyak songeh nak ambush dengan soalan spm kat kakak incik sayang. hanya dengar je la. biar cool. then baru la bertubi tubi soalan spm keluar. time tu. isma akan buat sampai kakak incik sayang macam dalam dewan exam. ha. siap lah.


yang sebenar dan semahu mahunya. isma nak cerita pasai isma tidak ubah seperti pelarian bosnia tau. sungguh sedey dan rasa nak nangis. *nangis dulu. okey. continue. isma nie sudah macam, sama, like, same to same dengan pelarian afrika. afrika la plak. lantak la. janji pelarian. huh. dimana kebebasan untuk student yang baik dan rajin macam isma ini? isma dah la comel macam sailormoon. cute macam sakura. selemoih macam sizuka. tapi hanya seorang pelarian.


pelarian dalam mencari makanan. itulah yang terjadi pada diri isma yang ini. kolej sudah la sekangkang monkey ja. itu tak kisah lah. isma bukan nak sangat pon kolej sebesar padang golf. kang hari hari terpaksa buang lemak sebab nak menuntut ilmu. sudahlah sekeping. nanti dah tak nampak rupa manusia kang. orang pon kompius. manusia ke tengkorak. payah lak kalau macam itu.



kolej kecik tidak jadi masalah. yang jadi masalah bagi isma. bab makan.


pantang betol la kalau bab makan dan mentakedarah ni. kedai makan hanya satu sahaja di kawasan yang terdekat. itu pon terkulai-kulai topok kat belakang kolej. isma meletakkan harapat yag cukup tinggi. secukupnya tinggi. tinggi bangunan 9 tingkat yang isma duduk sekarang ini. tapi. huh. isma sangka bukak setiap hari, rupanya tutup weekend hari. sungguh sedih.


dan di situ isma merasakan yang isma seperti pelarian. terpaksa mencari maggi di bilik kawan kawan. yang tak kawan tetiba la pulak isma jadikan kawan. disebabkan stok maggi isma sudah kering di telan zaman. jadi terpaksa taruk masker setebal yang boleh. mengemis manggi. sebijik 2bijik macam pelarian. ah. pelarian afrika pon sopan lagi dari isma.
cissss...



lepas ini. isma nekad. maggi sekaten 2katen akan penuhi almari sebesar jamban itu. siapla jamban cantik. akan isma penuhi dengan maggi untuk stok sabtu dan ahad.




pelarian yang sedang kelaparan kini mahu menangis semahu mahu mahu mahu mahunya.
jangan ganggu isma. stop tanya pasal incik esemen dengan isma. kepada kawan rakan yang nak study atau buat incik esemen. sila tanya orang lain jika tidak faham. mengerti.



akan dilayan jika perut sudah di isi. 
sekian. bubye


=( lapoooooooooooo

May 20, 2011

1- BLOG REVIEWS


di sebabkan aku kerap sangat ber'blogwalking. aku nak wat segment review la. haha. saja gatai tangan. kaki, mula, lengan sebala benda gatai.


klis SINI
untuk 1st review blog orang ni, isma nak review blog milik. jeng jeng jeng. lelaki masa depan isma. ini belog milik incik sayang isma. DIEN. dia baru je 3 hari join blogspot ni. budak ladang ni terlalu baru la. 

belog yang simple je. maklum la baru kan. simple la. esok dah lama entah apa yang dia taruk. budak ladan ini start berbloging sebab kena paksa dengan incik sayang dia. ecehh. tidak. budak ladang blogging untuk support gadis masa depan nya. thanks bebanyak. support jangan tak support okey. 

korang jum semua terjah BELOG AKU BUDAK LADANG ni. nak tau pasal apa nama belog dia macam ni? jum la ramai ramai terjah. 


KURANG SEMINIT UNTUK 5 JAM

ASALAMUALAIKUM

hai to all my readers. hari ini isma tidak kemanamana. duduk terperap dalam bilik. then siapkan incik esemen je. pagi tadi isma plak ada presentation untuk english comuniccation. actually my group presented about water filter. ala semua group HND 2 presnt water filter. gelabah ayam betol isma ni. okey my batch kena buat water filter. so, present water filter la.


how about present?? present isma macam biasa je. isma bersyukur sebab isma ni confident when i speak in front of people. english languages isma bukan teror sangat. but, when we build the more self confident. it bring it you on a good conditions.

tapi entry isma ni bukan nya isma nak meraban teben tak tentu hala pasal what happen mase present isma hari ini. tapi isma nak melalut pasal kurang seminit untuk 5 jam.


apa itu? lek luuuu der. ce sabo. ish tak reti menyabor bebenor korang ni eehh. hari ini isma menghabiskan masa dengan tidur. OMG, tak berdisiplin bebenor la isma kali ini. hari ini isma memang lost pasal disiplin. ah, pedulik hape dengan disiplin. isma tak heran der.


apa yang kurang seminit? cisss korang ni tak mengempat aku nak meraban je. okey aku bagi tau la ni. kurang seminit isma tidur untuk cukupkan 5 jam. biasa sahaja. eh, ini luar biasa bagi isma. selama isma membesar dengan tubesaran yang sihat walaupon badak isma kurus. belom pernah dalam sejarah isma tidur petang selama 5 jam. ini membawa makna, isma berada dalam keadaan tidak siuman.


betol. korang memang pandai. dah tidur terlebih. kompom la kan asar dan magrib ruyop. korang memang hebat teka meneka. yup. asar isma terbabas. magrib lagi la. dah masuk wad 66 dah. tapi ada isma kisah isma tak solat. sebab isma CUTI. cuti umum yang di izinkan ALLAH lagi tau. tu yang tidur macam orang tidak ada pedoman.


isma rasa macam nak jadi balik ja penyakit dulu. tidak boleh tidur malam. nama saintisnya insomnia. dah la hari itu jadik macam ni. sampai jumpa incik doktor. ni nak mai plak perangai tak senonoh ni. haaiiissshh.. rasa nak luku. sakit la plak satg. tawakal to 'alallah je la jawabnya.